Antarabangsa
Hanya Brazil, Mauritius, Belanda dan Turkiye terima pakai semua langkah anti-tembakau – WHO
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyatakan hanya empat negara iaitu Brazil, Mauritius, Belanda dan Turkiye menerima pakai semua langkah anti-tembakau yang disyorkan dalam memerangi “wabak maut” merokok.

- Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyatakan hanya empat negara iaitu Brazil, Mauritius, Belanda dan Turkiye menerima pakai semua langkah anti-tembakau disyorkan dalam memerangi “wabak maut” merokok.
- WHO menggesa negara-negara lain meningkatkan penggunaan langkah yang diiktiraf bagi mengurangkan penggunaan tembakau, termasuk menguatkuasakan larangan pengiklanan, menampal amaran kesihatan pada bungkusan rokok, menaikkan cukai tembakau serta memberikan bantuan kepada mereka yang ingin berhenti.
- “Seramai 5.6 bilion orang atau 71 peratus daripada penduduk dunia kini dilindungi oleh sekurang-kurangnya satu langkah kawalan tembakau atau lima kali ganda berbanding pada 2007.”
- “Kadar kelaziman merokok global juga menurun daripada 22.8 peratus pada 2007 kepada 17 peratus pada 2021.” – WHO
- Merokok kekal sebagai punca utama kematian yang boleh dicegah, membunuh 8.7 juta orang setiap tahun, termasuk 1.3 juta yang mati akibat terhidu asap rokok.
GENEVA: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyatakan hanya empat negara iaitu Brazil, Mauritius, Belanda dan Turkiye menerima pakai semua langkah anti-tembakau yang disyorkan dalam memerangi “wabak maut” merokok.
WHO turut menggesa negara-negara lain untuk meningkatkan penggunaan langkah yang diiktiraf bagi mengurangkan penggunaan tembakau, termasuk menguatkuasakan larangan pengiklanan, menampal amaran kesihatan pada bungkusan rokok, menaikkan cukai tembakau serta memberikan bantuan kepada mereka yang ingin berhenti.
Dalam laporan terbaru, WHO berkata, Mauritius dan Belanda kini menyertai Brazil dan Turkiye dalam melaksanakan semua langkah yang disyorkan itu.
“Seramai 5.6 bilion orang atau 71 peratus daripada penduduk dunia kini dilindungi oleh sekurang-kurangnya satu langkah kawalan tembakau atau lima kali ganda berbanding pada 2007.
“Kadar kelaziman merokok global juga menurun daripada 22.8 peratus pada 2007 kepada 17 peratus pada 2021.
“Tanpa penurunan ini, mungkin terdapat 300 juta perokok tambahan sekarang,” menurut WHO.
Sementara itu, Ketua Pengarah WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus, berkata usaha itu biarpun perlahan tetapi pasti akan menjadi kenyataan dan sentiasa akan menyokong usaha nasional untuk melindungi rakyat daripada musibah yang membawa maut.
Merokok kekal sebagai punca utama kematian yang boleh dicegah, membunuh 8.7 juta orang setiap tahun, termasuk 1.3 juta yang mati akibat terhidu asap rokok.
Menurut agensi kesihatan itu, lapan negara tinggal selangkah lagi untuk menyertai pemimpin dalam kawalan tembakau iaitu Ethiopia, Iran, Ireland, Jordan, Madagascar, Mexico, New Zealand dan Sepanyol.
Walau bagaimanapun, sejumlah 2.3 bilion orang di 44 negara kekal tidak dilindungi oleh mana-mana langkah anti-tembakau WHO.
Sumber: Berita Harian
Antarabangsa
Mahkamah EU putuskan pejabat kerajaan boleh haramkan pemakaian simbol agama termasuk tudung
Mahkamah Keadilan Kesatuan Eropah (EU) pada Selasa memutuskan bahawa pejabat kerajaan di organisasi berkenaan boleh melarang kakitangan memakai simbol keagamaan seperti tudung walaupun mereka tidak berjumpa dengan orang ramai.

- Mahkamah Keadilan Kesatuan Eropah (EU) pada Selasa memutuskan pejabat kerajaan di organisasi berkenaan boleh melarang kakitangan memakai simbol keagamaan seperti tudung walaupun mereka tidak berjumpa dengan orang ramai.
- “Peraturan sedemikian boleh dikenakan untuk mewujudkan persekitaran pentadbiran yang neutral sepenuhnya,” kata mahkamah.
- Penghakiman itu diperoleh daripada kes dikemukakan seorang kakitangan di pejabat kerajaan tempatan Belgium.
- Kakitangan itu mencabar larangan memakai tudung dikenakan terhadapnya kerana menyifatkan ia melanggar kebebasan beragama dan berasa didiskriminasi.
- Mahkamah berpangkalan di Luxembourg berkata, larangan sebarang tanda yang mendedahkan kepercayaan falsafah atau agama tidak mendiskriminasi jika ia diguna secara umum dan sembarangan kepada semua kakitangan pentadbiran itu.
Brussels: Mahkamah Keadilan Kesatuan Eropah (EU) pada Selasa memutuskan bahawa pejabat kerajaan di organisasi berkenaan boleh melarang kakitangan memakai simbol keagamaan seperti tudung walaupun mereka tidak berjumpa dengan orang ramai.
“Peraturan sedemikian boleh dikenakan untuk mewujudkan persekitaran pentadbiran yang neutral sepenuhnya,” kata mahkamah.
Penghakiman itu diperoleh daripada kes yang dikemukakan oleh seorang kakitangan di pejabat kerajaan tempatan Belgium.
Kakitangan itu mencabar larangan memakai tudung dikenakan terhadapnya kerana menyifatkan ia melanggar kebebasan beragama dan berasa didiskriminasi.
Mahkamah yang berpangkalan di Luxembourg itu berkata, larangan sebarang tanda yang mendedahkan kepercayaan falsafah atau agama tidak mendiskriminasi jika ia digunakan secara umum dan sembarangan kepada semua kakitangan pentadbiran itu.
Lagipun, ia terhad kepada perkara yang sangat diperlukan.
Keputusan yang sah untuk pejabat sektor awam di seluruh EU menyokong penghakiman mahkamah EU sebelumnya yang mendapati larangan sedemikian sah di tempat kerja sektor swasta.
Ia berkata, mahkamah negara harus memutuskan kebolehgunaan larangan itu.
Pejabat awam juga boleh mempunyai dasar mengehadkan larangan itu kepada pekerja yang berhadapan dengan orang ramai, atau memutuskan untuk membenarkan pemakaian tanda agama atau falsafah kepercayaan boleh dilihat.
“Setiap negara anggota, dan mana-mana badan infra-negeri dalam rangka kerja kecekapannya, mempunyai margin budi bicara dalam mereka bentuk neutraliti perkhidmatan awam yang ingin dipromosikan di tempat kerja, bergantung pada konteksnya sendiri.
“Bagaimanapun, objektif itu mesti diteruskan dengan cara yang konsisten dan sistematik.
“Langkah yang diambil untuk mencapainya mesti dihadkan kepada apa yang sangat diperlukan,” katanya.
Sumber: Harian Metro
-
Terkini3 days ago
Lapan individu sehari dijangkiti HIV di Malaysia – Menteri Kesihatan
-
Terkini2 days ago
(VIDEO) Isu Aman Palestin dipolitikkan kerana ada figura politik dalam AP – KJ
-
Terkini3 days ago
Lelaki Muslim dijemput ke program hidangkan makanan tidak halal
-
Antarabangsa2 days ago
Anak perempuan saya dilayan seperti ratu, kata tebusan wanita Hamas dalam sepucuk surat tular