Connect with us

Antarabangsa

China cadang hadkan telefon 2 jam sehari untuk kanak-kanak 

Agensi pengawal selia siber China mencadangkan peraturan yang mengehadkan masa skrin penggunaan telefon pintar bagi kanak-kanak bawah 18 tahun dengan tempoh maksimum dua jam sehari, lapor saluran berita NBC News kelmarin.

Wartawan TMT

Published

on

China cadang hadkan telefon 2 jam sehari untuk kanak-kanak 
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Agensi pengawal selia siber China mencadangkan peraturan mengehadkan masa skrin penggunaan telefon pintar kanak-kanak bawah 18 tahun dengan tempoh maksimum dua jam sehari, lapor saluran berita NBC News kelmarin.
  • Draf peraturan dibentangkan Pentadbiran Ruang Siber China (CAC) itu membuktikan keinginan Beijing mengawal lebih banyak ruang digital negara itu.
  • Cadangan itu adalah tindakan lebih meluas pihak berkuasa China membendung dan mencegah masalah ketagihan penggunaan telefon pintar pengguna muda.
  • Pada 2021, China menguatkuasakan peraturan melarang pengguna peringkat usia itu daripada bermain permainan video online selama lebih tiga jam seminggu.

BEIJING – Agensi pengawal selia siber China mencadangkan peraturan yang mengehadkan masa skrin penggunaan telefon pintar bagi kanak-kanak bawah 18 tahun dengan tempoh maksimum dua jam sehari, lapor saluran berita NBC News kelmarin.

Draf peraturan dibentangkan oleh Pentadbiran Ruang Siber China (CAC) itu membuktikan keinginan Beijing untuk mengawal lebih banyak ruang digital negara itu.

Cadangan itu adalah tindakan lebih meluas oleh pihak berkuasa China bagi membendung dan mencegah masalah ketagihan penggunaan telefon pintar oleh pengguna muda.

Pada 2021, China menguatkuasakan peraturan yang melarang pengguna peringkat usia itu daripada bermain permainan video online selama lebih tiga jam seminggu.

Beberapa syarikat gergasi internet negara itu juga berusaha mendahului langkah kawalan dengan mengetatkan peraturan.

Berdasarkan draf terkini, setiap telefon pintar perlu mempunyai mode bawah umur yang mudah diakses apabila peranti dihidupkan sama ada di skrin utama atau dalam tetapan sistem peranti.

Mode bawah umur membolehkan ibu bapa mengawal perkara yang dilihat oleh anak-anak dan membenarkan pembekal internet memaparkan kandungan mengikut umur pengguna.

Draf peraturan itu bagaimanapun belum diluluskan dan masih terbuka dalam rundingan awam.

Sumber: Kosmo

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Harley Davidson dikecam taja acara LGBT kanak-kanak

Pembuat motosikal ikonik Harley-Davidson dikecam kerana tindakannya menaja acara kelompok songsang LGBTQ, Pride untuk kanak-kanak.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Pembuat motosikal ikonik Harley-Davidson dikecam kerana tindakannya menaja acara kelompok songsang LGBTQ, Pride untuk kanak-kanak.
  • Firma menjana keuntungan $6 bilion setahun itu, yang terkenal dengan imej macho dan memberontak, dilaporkan berdepan tindak balas membabitkan kempen Kepelbagaian, Ekuiti dan Keterangkuman (DEI) mereka.
  • Pempengaruh dalam talian, Robby Starbuck membuat hantaran video mendedahkan sokongan Harley-Davidson terhadap dasar untuk penjagaan transgender untuk kanak-kanak, teori kritikal bangsa dan mengenepikan orang kulit putih dalam perniagaan.
  • Menurut Robby, Harley-Davidson meletakkan ‘komitmen penuh’ terhadap dasar DEI di pejabat dan kilang pembuatan motosikal kelas beratnya.
  • Ini termasuk pembiayaan acara Pride di Pennsylvania yang diadakan baru-baru ini, dengan acara lukis muka dan putar belon untuk golongan muda serta adanya ‘ruang kemarahan’ (rage room) di mana orang dewasa boleh ‘bertenang,’ (let off steam).

Pembuat motosikal ikonik Harley-Davidson dikecam kerana tindakannya menaja acara kelompok songsang LGBTQ, Pride untuk kanak-kanak.

Firma menjana keuntungan $6 bilion setahun itu, yang terkenal dengan imej macho dan memberontak, dilaporkan berdepan tindak balas membabitkan dasar Kepelbagaian, Ekuiti dan Keterangkuman (DEI) mereka.

Pempengaruh dalam talian, Robby Starbuck membuat hantaran video mendedahkan sokongan Harley-Davidson terhadap dasar untuk penjagaan transgender untuk kanak-kanak, teori kritikal bangsa dan mengenepikan orang kulit putih dalam perniagaan.

Menurut Robby, Harley-Davidson meletakkan ‘komitmen penuh’ terhadap dasar DEI di pejabat dan kilang pembuatan motosikal kelas beratnya, lapor Daily Mail.

Ini termasuk pembiayaan acara Pride di Pennsylvania yang diadakan baru-baru ini, dengan acara lukis muka dan putar belon untuk golongan muda serta adanya ‘ruang kemarahan’ (rage room) di mana orang dewasa boleh ‘bertenang,’ (let off steam).

Pembuat motosikal itu dikatakan bekerjasama dengan kumpulan politik yang mendorong idea haluan kiri, termasuk Wisconsin LGBT Chamber of Commerce, United Way dan Kempen Hak Asasi Manusia.

Dengan apa berlaku, wang Harley-Davidson menurutnya mempromosikan prosedur perubahan jantina ke atas kanak-kanak.

Sekitar 1,800 pekerja turut diberikan latihan bagaimana menjadi ‘sekutu LGBTQ+’.– The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending