Connect with us

Terkini

PRN 2023: Majoriti pengundi berusia 21 hingga 29 tahun

Majoriti daripada 9,773,571 pemilih layak mengundi pada enam Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan berlangsung 12 Ogos ini membabitkan pengundi berusia antara 21 hingga 29 tahun.

Wartawan TMT

Published

on

PRN 2023: Majoriti pengundi berusia 21 hingga 29 tahun
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Majoriti daripada 9,773,571 pemilih layak mengundi pada enam Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan berlangsung 12 Ogos ini membabitkan pengundi berusia antara 21 hingga 29 tahun.
  • Berdasarkan statistik dikongsikan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), pemilih dalam lingkungan usia berkenaan adalah 2,169,120 atau 22.19 peratus diikuti pengundi berusia antara 30 hingga 39 tahun iaitu 2,163,982 orang atau 22.14 peratus.
  • Pengundi berusia 40 hingga 49 tahun adalah 1,695,876 orang (17.35 peratus) disusuli pemilih berusia 50 hingga 59 tahun iaitu 1,380,446 orang (14.12 peratus) dan 1,035,257 pengundi berusia antara 60 hingga 69 tahun (10.59 peratus).
  • Seramai 491,111 pengundi membabitkan pemilih berusia antara 70 hingga 79 tahun atau 5.02 peratus manakala 146,883 pengundi berusia antara 80 hingga 89 tahun (1.50 peratus) serta 28,991 lagi adalah pemilih berusia 90 tahun ke atas (0.30 peratus).
  • Bagi PRN kali ini, seramai 4,935,937 atau 50.17 peratus daripada jumlah keseluruhan pengundi terdiri daripada wanita manakala 4,837,634 atau 49.83 peratus adalah lelaki.

PUTRAJAYA: Majoriti daripada 9,773,571 pemilih layak mengundi pada enam Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan berlangsung 12 Ogos ini membabitkan pengundi berusia antara 21 hingga 29 tahun.

Berdasarkan statistik dikongsikan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), pemilih dalam lingkungan usia berkenaan adalah seramai 2,169,120 atau 22.19 peratus diikuti pengundi berusia antara 30 hingga 39 tahun iaitu seramai 2,163,982 orang atau 22.14 peratus.

Pengundi berusia 40 hingga 49 tahun adalah seramai 1,695,876 orang (17.35 peratus) disusuli pemilih berusia 50 hingga 59 tahun iaitu seramai 1,380,446 orang (14.12 peratus) dan seramai 1,035,257 pengundi berusia antara 60 hingga 69 tahun (10.59 peratus).

Bagi pengundi muda berusia antara 18 hingga 20 tahun pula, statistik SPR berdasarkan daftar pemilih menunjukkan golongan terbabit adalah seramai 661,905 orang atau 6.77 peratus.

Seramai 491,111 pengundi membabitkan pemilih berusia antara 70 hingga 79 tahun atau 5.02 peratus manakala seramai 146,883 pengundi berusia antara 80 hingga 89 tahun (1.50 peratus) serta 28,991 lagi adalah pemilih berusia 90 tahun ke atas (0.30 peratus).

Sementara itu, Selangor merekodkan jumlah pengundi paling ramai iaitu membabitkan 3,747,057 pemilih diikuti Kedah (1,585,085), Kelantan (1,411,912), Pulau Pinang (1,234,198), Terengganu (930,894) dan Negeri Sembilan (864,425).

Bagi PRN kali ini, seramai 4,935,937 atau 50.17 peratus daripada jumlah keseluruhan pengundi terdiri daripada wanita manakala 4,837,634 atau 49.83 peratus adalah lelaki.

Sumber: Berita Harian

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Penyanyi pro-zionis, Bruno Mars bakal adakan konsert di Malaysia

Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars, bakal kembali mengadakan konsert solonya di Kuala Lumpur pada 17 September ini.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars.
  • Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars, bakal kembali mengadakan konsert solonya di Kuala Lumpur pada 17 September ini.
  • Times Israel sebelum ini melaporkan bintang pop itu menyatakan cintanya kepada Tel Aviv dalam persembahan pertama kalinya di Israel dengan menyanyikan ‘I love you’ dalam bahasa Ibrani.
  • “Tel Aviv, saya mahu berkahwin dengan kamu!”, jerit Bruno Mars dan disahut peminat zionisnya.
  • Dilaporkan, Bruno Mars menerima tekanan hebat agar membatalkan konsertnya di wilayah jajahan haram tersebut.
  • Antara organisasi yang menggesa pembatalan konsert tersebut adalah pergerakan Boycott Divestment and Sanctions (BDS), termasuk kumpulan advokasinya Jewish Voice for Peace (JVP).

KUALA LUMPUR – Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars, bakal kembali mengadakan konsert solonya di Kuala Lumpur pada 17 September ini.

Berita itu dikongsi penganjur, Live Nation Malaysia, menerusi platform media sosial memaklumkan jualan tiket untuk konsert di Stadium Nasional Bukit Jalil itu akan dibuka pada Jumaat hadapan.

“Bruno Mars akan datang ke Kuala Lumpur September ini.

“Tidak sabar mahu berkongsi pengalaman persembahan lagu 24K Magic secara langsung,” tulis mereka menerusi platform X.

Times Israel sebelum ini melaporkan bintang pop itu menyatakan cintanya kepada Tel Aviv dalam persembahan pertama kalinya di Israel dengan menyanyikan ‘I love you’ dalam bahasa Ibrani.

“Tel Aviv, saya mahu berkahwin dengan kamu!”, jerit Bruno Mars dan disambut peminat zionisnya.

Dilaporkan, Bruno Mars menerima tekanan hebat agar membatalkan konsertnya di wilayah jajahan haram tersebut.

Antara organisasi yang menggesa pembatalan konsert tersebut adalah pergerakan Boycott Divestment and Sanctions (BDS), termasuk kumpulan advokasinya Jewish Voice for Peace (JVP).

Pemilik Bluestone Group’s Live Nation Israel, Guy Beser dan Shay Mor Yosef bagaimanapun berjaya membawa bintang itu ke Israel Oktober lalu.

JVP, sebuah organisasi progresif anti-zionis dalam surat terbukanya menyeru Bruno membatalkan konsertnya di negara aparteid tersebut sehingga rakyat Palestin mempunyai kesaksamaan, kebebasan dan keadilan sepenuhnya di tanah asal mereka.

“Kami amat bimbang dengan pengumuman mengenai persembahan anda yang akan datang di Tel Aviv, Israel di Yarkon Park, yang dibina di atas tanah perkampungan Palestin Al-Shaykh Muwannis yang berdepan pembersihan etnik oleh zionis.

“Kami menggesa anda membatalkan persembahan di Israel yang mengamalkan aparteid, sama seperti yang dilakukan semua artis yang beretika di Afrika Selatan semasa aparteid,” tegas JVP.

Bapa Bruno dikatakan berketurunan Yahudi manakala ibunya dari Filipina dan nenek moyangnya pula berketurunan Yahudi Hungary dan Ukraine. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending