Connect with us

Terkini

Sanusi tak laku di Johor – Ahli MKT UMNO

Rakyat negeri ini termasuk pengundi di Parlimen Pulai tidak mudah terpengaruh dengan individu yang berpersonaliti ekstrim seperti Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor.

Wartawan TMT

Published

on

Sanusi tak laku di Johor – Ahli MKT UMNO
Foto: Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Nur Jazlan Mohamed (kiri) & Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor (kanan).
  • Rakyat negeri ini termasuk pengundi di Parlimen Pulai tidak mudah terpengaruh dengan individu yang berpersonaliti ekstrim seperti Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor.
  • Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, masyarakat Melayu Johor lebih bersederhana apabila membicarakan tentang agama dan kaum.
  • Justeru, beliau yakin retorik agama dan kaum dibawakan Perikatan Nasional (PN) tidak akan mempengaruhi rakyat negeri ini untuk mengundi pembangkang dalam PRK,  9 September ini.
  • “Jangan keliru negeri-negeri utara dan pantai timur dengan negeri selatan Malaysia. Di Johor ini, orang seperti Sanusi tidak laku kerana orang Johor terima pendidikan agama melalui sekolah kerajaan, jadi bukan ekstremis.
  • “Melayu di Johor ini juga sangat objektif apabila mengundi dan tidak akan mudah terpengaruh oleh isu agama dan kaum yang dimainkan PN untuk tarik sokongan pengundi, mereka lebih sederhana,” katanya dalam sidang akhbar selepas Majlis Pengenalan Calon PRK Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram di Hotel Thistle, di sini hari ini yang turut dihadiri Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Seri Mohamad Sabu; Naib Presiden Amanah, Adly Zahari dan Pengerusi Amanah Johor, Aminolhuda Hassan

JOHOR BAHRU: Rakyat negeri ini termasuk pengundi di Parlimen Pulai tidak mudah terpengaruh dengan individu yang berpersonaliti ekstrim seperti Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, masyarakat Melayu Johor lebih bersederhana apabila membicarakan tentang agama dan kaum.

Justeru, beliau yakin retorik agama dan kaum dibawakan Perikatan Nasional (PN) tidak akan mempengaruhi rakyat negeri ini untuk mengundi pembangkang dalam PRK,  9 September ini.

“Jangan keliru negeri-negeri utara dan pantai timur dengan negeri selatan Malaysia. Di Johor ini, orang seperti Sanusi tidak laku kerana orang Johor terima pendidikan agama melalui sekolah kerajaan, jadi bukan ekstremis.

“Melayu di Johor ini juga sangat objektif apabila mengundi dan tidak akan mudah terpengaruh oleh isu agama dan kaum yang dimainkan PN untuk tarik sokongan pengundi, mereka lebih sederhana,” katanya dalam sidang akhbar selepas Majlis Pengenalan Calon PRK Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram di Hotel Thistle, di sini hari ini yang turut dihadiri Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Seri Mohamad Sabu; Naib Presiden Amanah, Adly Zahari dan Pengerusi Amanah Johor, Aminolhuda Hassan.

Nur Jazlan yang juga Ketua UMNO Bahagian Pulai turut menyanggah dakwaan Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa gabungan itu akan dapat menarik sokongan 90 peratus pengundi Melayu dalam PRK Parlimen Pulai.

“Ini kerana PAS khususnya tidak pernah ada kekuatan di peringkat akar umbi di selatan Johor, di utara Johor mungkin ada sedikit disebabkan pengaruh Muhyiddin dan juga di kawasan Mersing, tetapi tidak untuk Pulai. Ahli UMNO Pulai seramai 18,000 orang, manakala saya sendiri dapat 33,000 undi dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) lalu. 

“Saya akan pastikan ahli dan penyokong UMNO berikan undi kepada calon kerajaan perpaduan. Mungkin ada perpindahan undi daripada BN kepada PN, tetapi saya tidak tahu berapa peratus jumlahnya, namun secara realiti, jumlah undi yang boleh diterima PN tidak akan menyebabkan mereka menang secara automatik.

“Oleh itu, berdasarkan undi yang saya telah terima dan juga undi kepada calon PH dalam PRU15 lalu, saya yakin PRK Parlimen Pulai ini dimenangi oleh calon kerajaan perpaduan,” jelasnya.

PRK Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram diadakan ekoran kematian penyandangnya, Datuk Seri Salahuddin Ayub yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup pada 23 Julai lalu.

Sumber: Utusan Malaysia

Author

Terkini

Ridhuan Tee persoal NGO Islam hanya membisu ketika Firdaus Wong ‘diserang’

Timbalan Presiden Muafakat Nasional (MN), Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah mempersoalkan tindakan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam, termasuk berkaitan mualaf, yang dilihat hanya ‘diam’ ketika pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung ‘diserang’ atas kenyataannya tentang anak bukan Islam bawah umur boleh memeluk Islam.

Hidayah Sani

Published

on

Foto: Timbalan Presiden Muafakat Nasional (MN), Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah.
  • Timbalan Presiden Muafakat Nasional (MN), Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah mempersoalkan tindakan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam, termasuk berkaitan mualaf, yang dilihat hanya ‘diam’ ketika pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung ‘diserang’ atas kenyataannya tentang anak bukan Islam bawah umur boleh memeluk Islam.
  • Tindakan NGO Islam yang tidak tampil membela Firdaus Wong memperlihatkan seolah-olah kenyataan pendakwah bebas itu salah, tidak betul atau bertentangan dengan Islam.
  • “Persoalan saya, sampai bila kita harus begini? Sampai bila mahu berdiam diri? Ini bumi siapa? Menyokong perjuangan hanya dari hati, mulut? Mulut, tangan kaki, letak mana? Takkan semua nak diam? Nak cerita pasal kesucian Islam, kena minta kebenaran?
  • “Sebenarnya, itulah yang saya hadapi selama ini. Sangat keseorangan. Mempertahankan kemuliaan Islam, tetapi orang pandang sebelah mata. Cari makan. Ada aku kisah?,” katanya menerusi hantaran di Facebook di sini hari ini.
  • Mengulas isu pendaftaran mualaf, Ridhuan Tee berkata ia adalah prosedur dan boleh dilakukan kemudian apabila individu tersebut sudah cukup usia, namun keinginan atau niat individu itu mahu memeluk Islam mesti ditunaikan terlebih dahulu meskipun masih di bawah umur atau masih di bawah jagaan ibu bapa.

KUALA LUMPUR — Timbalan Presiden Muafakat Nasional (MN), Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah mempersoalkan tindakan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam, termasuk berkaitan mualaf, yang dilihat hanya ‘diam’ ketika pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung ‘diserang’ atas kenyataannya tentang anak bukan Islam bawah umur boleh memeluk Islam.

Ridhuan Tee berkata tindakan NGO Islam yang tidak tampil membela Firdaus Wong memperlihatkan seolah-olah kenyataan pendakwah bebas itu salah, tidak betul atau bertentangan dengan Islam.

“Beliau nampak begitu keseorangannya. Kita hanya melihat dan menyokong dalam hati sahaja.  Golongan asatizah pun senyap, NGO-NGO Islam senyap. Bila berjumpa atau terserempak, baharulah berkata, “berani sungguh kamu, dan bagus sungguh kamu”. 

“Persoalan saya, sampai bila kita harus begini? Sampai bila mahu berdiam diri? Ini bumi siapa? Menyokong perjuangan hanya dari hati, mulut? Mulut, tangan kaki, letak mana? Takkan semua nak diam? Nak cerita pasal kesucian Islam, kena minta kebenaran?

“Sebenarnya, itulah yang saya hadapi selama ini. Sangat keseorangan. Mempertahankan kemuliaan Islam, tetapi orang pandang sebelah mata. Cari makan. Ada aku kisah?,” katanya menerusi hantaran di Facebook di sini hari ini.

Sebelum ini, beberapa pihak bukan Islam, termasuk Majlis Perundingan Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Taoisme Malaysia (MCCBCHST) menggesa kerajaan bertindak terhadap pempengaruh dan pendakwah bebas itu.

Ini susulan tindakan Firdaus Wong memuat naik video di TikTok yang memaparkan beliau menjawab pertanyaan seorang penulis, Adnin Roslan tentang cara menangani permintaan remaja bawah umur yang bukan beragama Islam ingin memeluk Islam.

Firdaus Wong antaranya menjelaskan dari sudut Islam tiada masalah untuk individu tersebut ingin memeluk agama Islam tidak kira berapa umurnya kerana beliau boleh diislamkan. 

Mengulas isu pendaftaran mualaf, Ridhuan Tee berkata ia adalah prosedur dan boleh dilakukan kemudian apabila individu tersebut sudah cukup usia, namun keinginan atau niat individu itu mahu memeluk Islam mesti ditunaikan terlebih dahulu meskipun masih di bawah umur atau masih di bawah jagaan ibu bapa.

Beliau mempersoalkan dalam Islam siapa yang boleh menahan atau mahu menahan sekiranya ada individu, termasuk kanak-kanak bawah umur atau pelajar sekolah rendah mahupun menengah yang ingin memeluk Islam.

Katanya, hanya undang-undang Malaysia atau perlembagaan sahaja tidak membenarkan kelompok bawah umur memeluk Islam tanpa kebenaran ibu bapa melainkan mereka sudah mencapai umur 18 tahun dan ke atas.

“Proses pengIslaman tidak perlu kepada pendaftaran. Syahadahkan dia dahulu. Takkan strategi sebegini pun kita takut. Ini bumi siapa asal usulnya? Agama Islam berada dalam kedudukan di mana mengikut perlembagaan Persekutuan? 

“Apakah selepas ini kita menjadi tidak berani untuk berdakwah kepada pelajar bukan Islam di bawah umur? 

“Orang Kristian atau misionari Kristian relaks sahaja berdakwah kepada pelajar bawah umur, boleh pula. 

“Bila kena pada kita, berkaitan dengan Islam, semua tidak boleh, termasuk berdakwah kepada mereka di bawah umur,” katanya. — The Merdeka Times

Sokong TMT media berani, benar & bebas di https://support.themerdekatimes.com/

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending