Connect with us

Terkini

Pemimpin politik, penyokong perlu berdamai selepas ‘bertarung’ di PRN – Bekas Menteri Agama

Bekas Menteri Agama, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri menasihatkan kesemua pemimpin politik dan penyokong mengambil sikap ‘membuang yang keruh ambil yang jernih’ selepas berlangsungnya Pilihan Raya Negeri (PRN) pada Sabtu lalu.

Hidayah Sani

Published

on

Pemimpin politik, penyokong perlu berdamai selepas ‘bertarung’ di PRN – Bekas Menteri Agama
Foto: Bekas Menteri Agama, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.
  • Bekas Menteri Agama, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri menasihatkan kesemua pemimpin politik dan penyokong mengambil sikap ‘membuang yang keruh ambil yang jernih’ selepas berlangsungnya Pilihan Raya Negeri (PRN) pada Sabtu lalu.
  • Zulkifli berkata kelompok itu perlu menghulurkan tangan perdamaian dan persahabatan kerana kesemua mereka berada di Malaysia dengan satu warganegara dan sebahagiannya pula ada persamaan agama.
  • Katanya, perdamaian itu perlu selepas kelompok terbabit ‘bertarung’ menerusi ceramah dan berbalas kata untuk menegakkan atau mematahkan hujah di mana berkemungkinan ada percakapan dilontarkan terkeluar dari garis kebenaran serta boleh menjatuhkan maruah penentang masing-masing.
  • “Sekali pun tidak menang, maka hendaklah kita hiasi dengan kesabaran dan berlapang dada kerana dengan sabar yang puncak merupakan prasyarat pada masa mendatang untuk menjadi pemimpin yang unggul,”  katanya menerusi laman web Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri dengan tajuk, ‘Apa Selepas PRN?’ pada Isnin lalu. 

KUALA LUMPUR — Bekas Menteri Agama, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri menasihatkan kesemua pemimpin politik dan penyokong mengambil sikap ‘membuang yang keruh ambil yang jernih’ selepas berlangsungnya Pilihan Raya Negeri (PRN) pada Sabtu lalu.

Zulkifli berkata kelompok itu perlu menghulurkan tangan perdamaian dan persahabatan kerana kesemua mereka berada di Malaysia dengan satu warganegara dan sebahagiannya pula ada persamaan agama.

Katanya, perdamaian itu perlu selepas kelompok terbabit ‘bertarung’ menerusi ceramah dan berbalas kata untuk menegakkan atau mematahkan hujah di mana berkemungkinan ada percakapan dilontarkan terkeluar dari garis kebenaran serta boleh menjatuhkan maruah penentang masing-masing.

“Hendaklah kita beristighfar, bertaubat dan saling maaf-memaafi di antara kita kerana inilah negara yang mengamalkan sistem demokrasi dengan adanya pilihan raya dan menegakkan hujah masing-masing. 

“Justeru, dengan melakukan istighfar dan taubat boleh mengampunkan dosa kita atas keterlanjuran bicara dan tindakan kita,” katanya menerusi laman web Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri dengan tajuk, ‘Apa Selepas PRN?’ pada Isnin lalu. 

Zulkifli turut mengingatkan kepada mereka yang belum memperolehi kemenangan untuk tidak berputus asa sebaliknya menjadikan kegagalan itu sebagai tangga menuju kejayaan.

Katanya, kelompok itu boleh bermuhasabah, mengadakan post-mortem dan menyusun strategi dengan lebih berkesan dan baik bermula hari ini (Isnin).

Advertisement

“Sekali pun tidak menang, maka hendaklah kita hiasi dengan kesabaran dan berlapang dada kerana dengan sabar yang puncak merupakan prasyarat pada masa mendatang untuk menjadi pemimpin yang unggul. 

“Inilah yang dinaskan oleh al-Quran al-Karim: “Dan Kami jadikan dari kalangan mereka beberapa pemimpin, yang membimbing kaum masing-masing kepada hukum ugama Kami, selama mereka bersikap sabar (dalam menjalankan tugas itu) serta mereka tetap yakin akan ayat-ayat keterangan Kami.” – (Surah al-Sajadah: 24),” kata Zulkifli yang juga bekas Mufti Wilayah Persekutuan.The Merdeka Times

Sumber : Laman web Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri

Author

Terkini

Belanda sekat visa peneroka pelampau Israel

Selepas Amerika Syarikat (AS) mengenakan sekatan visa ke atas peneroka pelampau Israel, Belanda juga akan melarang kelompok ekstremis zionis dari memasuki negara itu.

A.R. Khan

Published

on

Belanda sekat visa peneroka pelampau Israel
Foto: Perdana Menteri Belanda, Alexander De Croo.
  • Selepas Amerika Syarikat (AS) mengenakan sekatan visa ke atas peneroka pelampau Israel, Belanda juga akan melarang kelompok ekstremis zionis dari memasuki negara itu.
  • Perkara itu diumumkan Perdana Menteri Belanda, Alexander De Croo pada Rabu ke atas peneroka pelampau Israel di Tebing Barat.
  • Dalam ucapannya di Persidangan Antarabangsa 75 tahun Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat di Universiti Ghent, De Croo menekankan komitmennya untuk melindungi orang awam dari keganasan di Timur Tengah.
  • “Peneroka ekstremis di Tebing Barat akan dilarang memasuki Belanda. Kami akan bekerjasama dengan AS mengenai sekatan menyasarkan individu terlibat dalam tindakan menjejaskan keamanan, keselamatan dan kestabilan di Tebing Barat,” kata De Croo dipetik Brussels Times.
  • Kenyataan itu dibuat selepas Setiausaha Negara AS, Antony Blinken mengumumkan langkah sekatan visa semalam.

Selepas Amerika Syarikat (AS) mengenakan sekatan visa ke atas peneroka pelampau Israel, Belanda juga akan melarang kelompok ekstremis zionis dari memasuki negara itu.

Perkara itu diumumkan Perdana Menteri Belanda, Alexander De Croo pada Rabu ke atas peneroka pelampau Israel di Tebing Barat.

Dalam ucapannya di Persidangan Antarabangsa 75 tahun Deklarasi  Hak Asasi Manusia Sejagat di Universiti Ghent, De Croo menekankan komitmennya untuk melindungi orang awam dari keganasan di Timur Tengah.

Kenyataan itu dibuat selepas Setiausaha Negara AS, Antony Blinken mengumumkan langkah sekatan visa semalam.

“Peneroka ekstremis di Tebing Barat akan dilarang memasuki Belanda. Kami akan bekerjasama dengan AS mengenai sekatan menyasarkan individu terlibat dalam tindakan menjejaskan keamanan, keselamatan dan kestabilan di Tebing Barat.

“Kami akan bekerjasama dengan AS berkaitan sekatan ini dan akan mendorong Kesatuan Eropah (EU) untuk mengikutinya,” kata De Croo dipetik Brussels Times.

Sejak serangan dilancarkan pejuang Hamas pada 7 Oktober lalu, keganasan semakin meningkat di Tebing Barat dengan sekurang-kurangnya 258 warga Palestin terbunuh, menurut statistik Pihak Berkuasa Palestin.

Advertisement

Majoritinya terbunuh dalam pertembungan dengan tentera zionis dengan majoriti orang awam menjadi mangsa keganasan tanpa provokasi peneroka pelampau Israel.

Ia juga disebabkan kerajaan sayap kanan Israel yang terdiri daripada peneroka ultranasionalis, mengisyaratkan sokongan terhadap tindakan kumpulan peneroka haram Israel. 

Setakat ini, lebih 17,150 warga Palestin, termasuk lebih 7,000 kanak-kanak, terbunuh dalam tempoh lebih lapan minggu serangan rejim zionis Israel ke atas Gaza, manakala 1,200 orang terkorban di Israel. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending