Terkini
Hanya MB, Exco Agama boleh berucap, sampai bantuan di masjid atau surau
Hanya Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi dan Exco Hal-Ehwal agama Islam Negeri, Mohd Fared Khalid serta mereka yang diberi kebenaran oleh Jabatan Agama Islam Negeri Johor, (JAINJ) dibenarkan berucap dan menyampaikan bantuan dalam masjid atau surau, di seluruh Johor sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri Simpang Jeram.

- Hanya Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi dan Exco Hal-Ehwal agama Islam Negeri, Mohd Fared Khalid serta mereka diberi kebenaran Jabatan Agama Islam Negeri Johor, (JAINJ) dibenarkan berucap dan menyampaikan bantuan dalam masjid atau surau, di seluruh Johor sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri Simpang Jeram.
- Garis panduan larangan aktiviti berpolitik dalam program pengimarahan masjid dan surau sepanjang tempoh berkempen bermula 26 Ogos hingga 9 September depan.
- Pengarah JAINJ, Jamaludin A. Hamid berkata, garis panduan itu dikeluarkan bagi menjelaskan kaedah pengimarahan masjid dan surau dengan penglibatan mana-mana ahli politik supaya tidak disalah erti dan menimbulkan rasa tidak selesa dalam kalangan masyarakat setempat.
- Aktiviti dilarang termasuklah berceramah, kuliah, tazkirah, berkempen, meletak bendera parti, logo parti, memakai baju yang mempunyai lambang parti serta mengedarkan cenderahati bertemakan mana-mana parti.
- Mana-mana pihak melanggar arahan itu boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 9, Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah 1977.
JOHOR BAHRU: Hanya Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi dan Exco Hal-Ehwal agama Islam Negeri, Mohd Fared Khalid serta mereka yang diberi kebenaran oleh Jabatan Agama Islam Negeri Johor, (JAINJ) dibenarkan berucap dan menyampaikan bantuan dalam masjid atau surau, di seluruh Johor sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri Simpang Jeram.
Garis panduan larangan aktiviti berpolitik dalam program pengimarahan masjid dan surau sepanjang tempoh berkempen bermula 26 Ogos hingga 9 September depan.
Pengarah JAINJ, Jamaludin A. Hamid berkata, garis panduan itu dikeluarkan bagi menjelaskan kaedah pengimarahan masjid dan surau dengan penglibatan mana-mana ahli politik supaya tidak disalah erti dan menimbulkan rasa tidak selesa dalam kalangan masyarakat setempat.
Katanya, peraturan itu terpakai kepada semua pihak, termasuk ahli jawatankuasa masjid dan surau yang menganjurkan program pengimarahan masjid atau surau.
Larangan itu turut membabitkan kawasan yang diwakafkan atau mana-mana bangunan atau kawasan lapang dalam kawasan masjid atau surau.
Aktiviti yang dilarang termasuklah berceramah, kuliah, tazkirah, berkempen, meletak bendera parti, logo parti, memakai baju yang mempunyai lambang parti serta mengedarkan cenderahati bertemakan mana-mana parti.
Sebarang aduan mengenai pelanggaran garis panduan itu boleh dibuat di pejabat kadi daerah untuk tindakan lanjut.
Garis panduan itu telah mendapat perkenan Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim selaku pengerusi Majlis Agama Islam Johor.
Mana-mana pihak yang melanggar arahan itu boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 9, Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah 1977.
Jika disabitkan kesalahan boleh dikenakan denda maksima RM3,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali.
Sumber: Buletin TV3
Terkini
Belanda sekat visa peneroka pelampau Israel
Selepas Amerika Syarikat (AS) mengenakan sekatan visa ke atas peneroka pelampau Israel, Belanda juga akan melarang kelompok ekstremis zionis dari memasuki negara itu.

- Selepas Amerika Syarikat (AS) mengenakan sekatan visa ke atas peneroka pelampau Israel, Belanda juga akan melarang kelompok ekstremis zionis dari memasuki negara itu.
- Perkara itu diumumkan Perdana Menteri Belanda, Alexander De Croo pada Rabu ke atas peneroka pelampau Israel di Tebing Barat.
- Dalam ucapannya di Persidangan Antarabangsa 75 tahun Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat di Universiti Ghent, De Croo menekankan komitmennya untuk melindungi orang awam dari keganasan di Timur Tengah.
- “Peneroka ekstremis di Tebing Barat akan dilarang memasuki Belanda. Kami akan bekerjasama dengan AS mengenai sekatan menyasarkan individu terlibat dalam tindakan menjejaskan keamanan, keselamatan dan kestabilan di Tebing Barat,” kata De Croo dipetik Brussels Times.
- Kenyataan itu dibuat selepas Setiausaha Negara AS, Antony Blinken mengumumkan langkah sekatan visa semalam.
Selepas Amerika Syarikat (AS) mengenakan sekatan visa ke atas peneroka pelampau Israel, Belanda juga akan melarang kelompok ekstremis zionis dari memasuki negara itu.
Perkara itu diumumkan Perdana Menteri Belanda, Alexander De Croo pada Rabu ke atas peneroka pelampau Israel di Tebing Barat.
Dalam ucapannya di Persidangan Antarabangsa 75 tahun Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat di Universiti Ghent, De Croo menekankan komitmennya untuk melindungi orang awam dari keganasan di Timur Tengah.
Kenyataan itu dibuat selepas Setiausaha Negara AS, Antony Blinken mengumumkan langkah sekatan visa semalam.
“Peneroka ekstremis di Tebing Barat akan dilarang memasuki Belanda. Kami akan bekerjasama dengan AS mengenai sekatan menyasarkan individu terlibat dalam tindakan menjejaskan keamanan, keselamatan dan kestabilan di Tebing Barat.
“Kami akan bekerjasama dengan AS berkaitan sekatan ini dan akan mendorong Kesatuan Eropah (EU) untuk mengikutinya,” kata De Croo dipetik Brussels Times.
Sejak serangan dilancarkan pejuang Hamas pada 7 Oktober lalu, keganasan semakin meningkat di Tebing Barat dengan sekurang-kurangnya 258 warga Palestin terbunuh, menurut statistik Pihak Berkuasa Palestin.
Majoritinya terbunuh dalam pertembungan dengan tentera zionis dengan majoriti orang awam menjadi mangsa keganasan tanpa provokasi peneroka pelampau Israel.
Ia juga disebabkan kerajaan sayap kanan Israel yang terdiri daripada peneroka ultranasionalis, mengisyaratkan sokongan terhadap tindakan kumpulan peneroka haram Israel.
Setakat ini, lebih 17,150 warga Palestin, termasuk lebih 7,000 kanak-kanak, terbunuh dalam tempoh lebih lapan minggu serangan rejim zionis Israel ke atas Gaza, manakala 1,200 orang terkorban di Israel. – The Merdeka Times
-
Terkini4 days ago
Kredit e-Madani dilarang pindah atau tebus tunai, akaun boleh disekat
-
Terkini3 days ago
(VIDEO) Tular rakyat Malaysia gesa Kedutaan Israel dibuka di negara ini
-
Antarabangsa2 days ago
Israel akui sukar tewaskan Hamas
-
Antarabangsa3 days ago
(VIDEO) Tentera rejim zionis rogol kanak-kanak lelaki Palestin di Penjara Israel – Bekas pegawai kanan AS