Terkini
498 kuil di Kedah dipacak sesuka hati, Peguam gesa tindakan tegas diambil

- Menurut Aidil Khalid, di Kedah sahaja, daripada 523 kuil Hindu dibina di negeri itu, hanya 25 didirikan betul di atas tanah milik kuil sendiri.
- “Baki 498 kuil lagi itu, mereka pacak di tanah siapa? Tanah milik swasta? Tanah orang lain? Tanah Kerajaan? Yang pastinya, mereka pacak bukan di atas tanah sendiri.
- “Itu baru di satu negeri sahaja, 498 kuil yang dipacak sesuka hati. Bayangkan jumlah sebenar seluruh negara jika dikira juga pacak-pacak di negeri-negeri lain.
- “Perkara ini perlu dihentikan. Tindakan tegas perlu diambil. Negara ini ada undang-undang, jangan biarkan pihak-pihak tidak bertanggungjawab naik tocang,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.
KUALA LUMPUR — Seorang peguam menegaskan bahawa pembinaan kuil Hindu yang di’pacak’ sesuka hati iaitu bukan di tanah milik mereka sendiri perlu dihentikan.
Ini kerana menurut Aidil Khalid, di Kedah sahaja, daripada 523 kuil Hindu yang dibina di negeri itu, hanya 25 didirikan betul di atas tanah milik kuil sendiri, manakala baki lagi 498 kuil bukan dibina di atas tanah sendiri.
Justeru, beliau menggesa tindakan tegas diambil ke atas pihak yang terlibat dan bertanggungjawab dalam perkara itu sekali gus tidak membiarkan mereka ‘naik tocang’ atau besar kepala.
Aidil difahamkan merujuk angka jumlah kuil itu daripada laporan artikel The Star bertajuk, “Temples at risk of being demolished” bertarikh 18 Disember 2020.

Foto: Gambar tangkap layar dimuat naik Aidil di hantaran Facebook-nya.
“Baki 498 kuil lagi itu, mereka pacak di tanah siapa? Tanah milik swasta? Tanah orang lain? Tanah Kerajaan? Yang pastinya, mereka pacak bukan di atas tanah sendiri.
“Itu baru di satu negeri sahaja, 498 kuil yang dipacak sesuka hati. Bayangkan jumlah sebenar seluruh negara jika dikira juga pacak-pacak di negeri-negeri lain.
“Perkara ini perlu dihentikan. Tindakan tegas perlu diambil. Negara ini ada undang-undang, jangan biarkan pihak-pihak tidak bertanggungjawab naik tocang,” katanya menerusi hantaran di Facebook di sini hari ini.
Hantaran itu dilihat dikeluarkan ditengah-tengah kontroversi berkenaan isu penempatan semula Kuil Dewi Sri Pathrakaliamman di Jalan Masjid India yang dilaporkan didirikan di atas tanah milik syarikat tekstil, Jakel Trading Sdn Bhd (Jakel).
Kuil Dewi Sri Pathrakaliamman yang terletak berhampiran Jakel Mall berhampiran Jalan Masjid India, dibina pada akhir abad ke-19 dan kini wujud di antara bangunan pencakar langit di kawasan tersebut.
Tanah diduduki kuil itu dilaporkan dijual kepada Kumpulan Jakel yang turut memiliki sebuah pusat beli-belah di kawasan sama, di mana ia diwakafkan pengasas Jakel, Allahyarham Mohamed Jakel Ahmad untuk tujuan pembinaan masjid bagi kegunaan komuniti setempat. — The Merdeka Times
