Terkini
Kit Siang dakwa keputusan PRN bukti rakyat tolak pihak sebar kebencian
Keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) enam negeri adalah bukti penolakan terhadap pihak yang cuba mempromosi idea Malaysia sebagai sebuah negara majmuk bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan, kata pemimpin veteran DAP, Tan Sri Lim Kit Siang.

- Keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) enam negeri adalah bukti penolakan terhadap pihak yang cuba mempromosi idea Malaysia sebagai sebuah negara majmuk bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan, kata pemimpin veteran DAP, Tan Sri Lim Kit Siang.
- “Terdapat situasi luar biasa di Malaysia, di mana tidak ada kebencian antara kaum atau agama.
- “Namun dalam Pilihan Raya Umum, ada parti-parti politik yang bergantung kepada penipuan, fitnah, berita palsu serta ucapan kebencian untuk mewujudkan gambaran seakan-akan orang Melayu dan Islam sedang diancam.
- “Mereka yang paling rugi dalam PRN ini adalah pihak yang percaya bahawa negara kita sudah mencapai satu tahap polarisasi di antara kaum dan agama, di mana terdapat perbezaan terlalu besar yang tidak dapat diperbetulkan lagi,” katanya dalam satu hantaran pada blog miliknya, hari ini.
KUALA LUMPUR: Keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) enam negeri adalah bukti penolakan terhadap pihak yang cuba mempromosi idea Malaysia sebagai sebuah negara majmuk bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan, kata pemimpin veteran DAP, Tan Sri Lim Kit Siang.
“Terdapat situasi luar biasa di Malaysia, di mana tidak ada kebencian antara kaum atau agama.
“Namun dalam Pilihan Raya Umum, ada parti-parti politik yang bergantung kepada penipuan, fitnah, berita palsu serta ucapan kebencian untuk mewujudkan gambaran seakan-akan orang Melayu dan Islam sedang diancam.
“Mereka yang paling rugi dalam PRN ini adalah pihak yang percaya bahawa negara kita sudah mencapai satu tahap polarisasi di antara kaum dan agama, di mana terdapat perbezaan terlalu besar yang tidak dapat diperbetulkan lagi,” katanya dalam satu hantaran pada blog miliknya, hari ini.
Kit Siang berkata pihak yang berkempen untuk Malaysia mempunyai satu kaum, agama, dan budaya adalah menolak usaha tokoh kemerdekaan negara.
Katanya, tokoh seperti Tun Tan Cheng Lock dan Tun V T Sambanthan menerima Malaysia sebagai sebuah masyarakat majmuk dan menerapkan nilai-nilai ini dalam Perlembagaan serta Rukun Negara.
“Sekiranya DAP ini anti-Melayu, anti-Islam, anti-Raja, pencetus rusuhan 13 Mei 1969 di Kuala Lumpur atau komunis, maka DAP tidak sepatutnya mendapat satu pun undi Melayu dalam pilihan raya negeri pada 12 Ogos lalu.
“Namun, DAP masih berjaya mendapatkan sejumlah besar undi Melayu di Selangor, Negeri Sembilan, dan Pulau Pinang, di mana kita dapat melihat tiga pemimpin DAP beraksi mencatatkan kemenangan di Selangor,” katanya.
Kit Siang berkata apa yang perlu dilakukan oleh kerajaan sekarang adalah menyenarai dan melaksanakan visi MADANI yang bermanfaat untuk semua rakyat Malaysia, baik orang Melayu mahupun bukan Melayu.
Katanya, usaha itu perlu bagi memastikan Malaysia bangkit semula dan menghentikan kemerosotan dari menjadi sebuah negara yang berpecah belah, gagal dan korup seperti Sri Lanka.
Sumber: Berita Harian
Terkini
Belanda sekat visa peneroka pelampau Israel
Selepas Amerika Syarikat (AS) mengenakan sekatan visa ke atas peneroka pelampau Israel, Belanda juga akan melarang kelompok ekstremis zionis dari memasuki negara itu.

- Selepas Amerika Syarikat (AS) mengenakan sekatan visa ke atas peneroka pelampau Israel, Belanda juga akan melarang kelompok ekstremis zionis dari memasuki negara itu.
- Perkara itu diumumkan Perdana Menteri Belanda, Alexander De Croo pada Rabu ke atas peneroka pelampau Israel di Tebing Barat.
- Dalam ucapannya di Persidangan Antarabangsa 75 tahun Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat di Universiti Ghent, De Croo menekankan komitmennya untuk melindungi orang awam dari keganasan di Timur Tengah.
- “Peneroka ekstremis di Tebing Barat akan dilarang memasuki Belanda. Kami akan bekerjasama dengan AS mengenai sekatan menyasarkan individu terlibat dalam tindakan menjejaskan keamanan, keselamatan dan kestabilan di Tebing Barat,” kata De Croo dipetik Brussels Times.
- Kenyataan itu dibuat selepas Setiausaha Negara AS, Antony Blinken mengumumkan langkah sekatan visa semalam.
Selepas Amerika Syarikat (AS) mengenakan sekatan visa ke atas peneroka pelampau Israel, Belanda juga akan melarang kelompok ekstremis zionis dari memasuki negara itu.
Perkara itu diumumkan Perdana Menteri Belanda, Alexander De Croo pada Rabu ke atas peneroka pelampau Israel di Tebing Barat.
Dalam ucapannya di Persidangan Antarabangsa 75 tahun Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat di Universiti Ghent, De Croo menekankan komitmennya untuk melindungi orang awam dari keganasan di Timur Tengah.
Kenyataan itu dibuat selepas Setiausaha Negara AS, Antony Blinken mengumumkan langkah sekatan visa semalam.
“Peneroka ekstremis di Tebing Barat akan dilarang memasuki Belanda. Kami akan bekerjasama dengan AS mengenai sekatan menyasarkan individu terlibat dalam tindakan menjejaskan keamanan, keselamatan dan kestabilan di Tebing Barat.
“Kami akan bekerjasama dengan AS berkaitan sekatan ini dan akan mendorong Kesatuan Eropah (EU) untuk mengikutinya,” kata De Croo dipetik Brussels Times.
Sejak serangan dilancarkan pejuang Hamas pada 7 Oktober lalu, keganasan semakin meningkat di Tebing Barat dengan sekurang-kurangnya 258 warga Palestin terbunuh, menurut statistik Pihak Berkuasa Palestin.
Majoritinya terbunuh dalam pertembungan dengan tentera zionis dengan majoriti orang awam menjadi mangsa keganasan tanpa provokasi peneroka pelampau Israel.
Ia juga disebabkan kerajaan sayap kanan Israel yang terdiri daripada peneroka ultranasionalis, mengisyaratkan sokongan terhadap tindakan kumpulan peneroka haram Israel.
Setakat ini, lebih 17,150 warga Palestin, termasuk lebih 7,000 kanak-kanak, terbunuh dalam tempoh lebih lapan minggu serangan rejim zionis Israel ke atas Gaza, manakala 1,200 orang terkorban di Israel. – The Merdeka Times
-
Terkini3 days ago
(VIDEO) Tular rakyat Malaysia gesa Kedutaan Israel dibuka di negara ini
-
Antarabangsa2 days ago
Israel akui sukar tewaskan Hamas
-
Antarabangsa3 days ago
(VIDEO) Tentera rejim zionis rogol kanak-kanak lelaki Palestin di Penjara Israel – Bekas pegawai kanan AS
-
Terkini4 days ago
Warganegara Malaysia wajib fasih Bahasa Melayu, tiada kompromi – Menteri KDN