Connect with us

Terkini

Tiada pindaan Perlembagaan wajibkan rakyat keluar mengundi

Kerajaan tidak berhasrat untuk meminda Perlembagaan bagi mewajibkan rakyat keluar mengundi.

Wartawan TMT

Published

on

Tiada pindaan Perlembagaan wajibkan rakyat keluar mengundi
Foto: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said.
  • Kerajaan tidak berhasrat pinda Perlembagaan bagi mewajibkan rakyat keluar mengundi.
  • Pendekatan secara pendidikan dan kesedaran sivik akan ditekankan bagi memupuk rakyat untuk menunaikan tanggungjawab apabila dikehendaki berbuat demikian demi kepentingan dan kestabilan negara.
  • Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, pendirian itu selari sistem demokrasi diamalkan di negara ini.
  • “Kerajaan sentiasa mendokong prinsip keluhuran Perlembagaan dan ia termasuk hak individu berkelayakan untuk mengundi dalam sesuatu pilihan raya.” katanya menerusi jawapan bertulis disiarkan laman sesawang Parlimen.

KUALA LUMPUR: Kerajaan tidak berhasrat untuk meminda Perlembagaan bagi mewajibkan rakyat keluar mengundi.

Sebaliknya, pendekatan secara pendidikan dan kesedaran sivik akan ditekankan bagi memupuk rakyat untuk menunaikan tanggungjawab apabila dikehendaki berbuat demikian demi kepentingan dan kestabilan negara.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, pendirian itu selari sistem demokrasi diamalkan di negara ini.

“Kerajaan sentiasa mendokong prinsip keluhuran Perlembagaan dan ia termasuk hak individu berkelayakan untuk mengundi dalam sesuatu pilihan raya.

“Sebagai negara mengamalkan sistem demokrasi, hak kebebasan diuntukkan kepada setiap warganegara di bawah Perlembagaan Persekutuan untuk menunaikan tanggungjawab sebagai pemilih dalam pilihan raya.

“Berlandaskan kepada prinsip berkenaan, kerajaan ketika ini tidak bercadang untuk mewajibkan setiap warganegara untuk mengundi,” katanya menerusi jawapan bertulis disiarkan laman sesawang Parlimen.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Pengerang menjawab soalan Mohd Sany Hamzan (PH-Hulu Langat) mengenai hasrat kerajaan meminda Perlembagaan bagi mewajibkan setiap rakyat berusia 18 tahun ke atas keluar mengundi.

Advertisement

Sementara itu, Azalina berkata, peluang diberikan kepada semua rakyat yang memenuhi syarat kelayakan sebagai pemilih untuk mengambil bahagian dalam sesuatu pilihan raya, sama ada di peringkat Persekutuan atau negeri.

“Menerusi penetapan tarikh permulaan kuat kuasa Akta Perlembagaan (Pindaan) 2019, peruntukan berkaitan pendaftaran pemilih secara automatik serta penurunan had umur pengundi kepada 18 tahun melalui warta P.U.(B) 615, bermula 15 Disember 2021,” katanya.

Sumber: BuletinTV3

Author

Terkini

Kibar bendera Israel, lelaki dipenjara enam bulan

Seorang lelaki dipenjara enam bulan dan didenda RM500 di Mahkamah Majistret di sini, tadi, atas kesalahan mempamer bendera Israel, Oktober lalu.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Tertuduh, Harma Zulfika Deraman (baju kelabu).
  • Seorang lelaki dipenjara enam bulan dan didenda RM500 di Mahkamah Majistret di sini, tadi, atas kesalahan mempamer bendera Israel, Oktober lalu di mana hukuman itu akan bermula selepas tertuduh selesai menjalani hukuman penjara lima tahun mengikut Seksyen 39C Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.
  • Tertuduh, Harma Zulfika Deraman, 30, turut berdepan hukuman tambahan penjara tiga bulan sekiranya gagal membayar denda berkenaan.
  • Majistret Zur Azureen Zainalkefli membuat keputusan itu selepas tertuduh mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu.
  • Tertuduh didakwa mempamer bendera Israel di tempat awam iaitu bertentangan dengan Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949.
  • Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah kedai aksesori kenderaan di Kampung Padang Lebam, Bukit Payung, di sini jam 1 petang, 19 Oktober lalu.

Marang: Seorang lelaki dipenjara enam bulan dan didenda RM500 di Mahkamah Majistret di sini, tadi, atas kesalahan mempamer bendera Israel, Oktober lalu.

Tertuduh, Harma Zulfika Deraman, 30, turut berdepan hukuman tambahan penjara tiga bulan sekiranya dia gagal membayar denda berkenaan.

Bagaimanapun, hukuman itu akan bermula selepas tertuduh selesai menjalani hukuman penjara lima tahun mengikut Seksyen 39C Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

Majistret Zur Azureen Zainalkefli membuat keputusan itu selepas tertuduh mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa mempamer bendera Israel di tempat awam iaitu bertentangan dengan Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949.

Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah kedai aksesori kenderaan di Kampung Padang Lebam, Bukit Payung, di sini jam 1 petang, 19 Oktober lalu.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 3(1) Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 8(1)(i) akta yang sama.

Advertisement

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Polis Diraja Malaysia (PDRM), Asisten Superintendan Othman Ibrahim, manakala tertuduh diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK).

Media sebelum ini melaporkan seorang lelaki ditahan polis selepas disyaki menggantung dan mengibar bendera Israel di sebuah premis sehingga menimbulkan kemarahan orang ramai.

Turut tular di media sosial beberapa keping gambar menunjukkan bendera rejim Zionis itu digantung dengan tertuduh turut memiliki rekod lampau berkaitan kes dadah.

Tertuduh kini menjalani hukuman penjara lima tahun atas kesalahan dadah mengikut Seksyen 39C ADB 1952 yang bermula sebulan lalu serta turut dikenakan satu sebatan.

Sumber: Harian Metro

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending