Terkini
DUN Kedah lulus RUU masukkan mahkamah syariah dalam Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri
Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah semalam meluluskan Rang Undang-undang (RUU) Undang-undang Tubuh Kerajaan Kedah (Pindaan) 2024 yang bertujuan memasukkan penubuhan Mahkamah Syariah.
- RUU itu yang turut merangkumi berkenaan pengwujudan Mahkamah Utama Syariah dibentangkan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor sebelum dibahas dan diluluskan secara sebulat suara oleh Ahli Dewan.
- “Bagi melaksanakan titah Tuanku Sultan dan menambah baik kedudukan Mahkamah Syariah kerajaan negeri berpandangan penubuhan Mahkamah Syariah wajar diletakkan dalam Undang-undang Tubuh Kerajaan Kedah, dengan ini Mahkamah Syariah menjadi sebuah institusi yang penting sesuai dengan kedudukan Islam di negeri ini,” kata Muhammad Sanusi.
- Beliau berkata demi menjamin proses keadilan dilaksanakan secara saksama, satu lagi lapisan mahkamah perlu diwujudkan dalam struktur Mahkamah Syariah di Kedah iaitu Mahkamah Utama Syariah.
- “Dengan struktur baharu ini, kes yang dimulakan di Mahkamah Tinggi Syariah boleh dirayu ke Mahkamah Rayuan Syariah, kemudian boleh dirayu lagi ke Mahkamah Utama Syariah,” katanya.
ALOR SETAR — Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah semalam meluluskan Rang Undang-undang (RUU) Undang-undang Tubuh Kerajaan Kedah (Pindaan) 2024 yang bertujuan memasukkan penubuhan Mahkamah Syariah.
RUU itu yang turut merangkumi berkenaan pengwujudan Mahkamah Utama Syariah dibentangkan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor sebelum dibahas dan diluluskan secara sebulat suara oleh Ahli Dewan.
Muhammad Sanusi ketika membentangkan RUU itu berkata pindaan tersebut adalah selari dengan titah Sultan Kedah Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah sebelum ini yang mencadangkan langkah pemerkasaan Mahkamah Syariah dengan meletakkan mahkamah itu dalam Undang-undang Tubuh Kerajaan Kedah.
“Sultan Sallehuddin juga menitahkan supaya kerajaan menyemak semula struktur
Mahkamah Syariah seperti sistem hierarkinya supaya memberi lebih keadilan kepada pihak yang terbabit.
“Bagi melaksanakan titah Tuanku Sultan dan menambah baik kedudukan Mahkamah Syariah kerajaan negeri berpandangan penubuhan Mahkamah Syariah wajar diletakkan dalam Undang-undang Tubuh Kerajaan Kedah, dengan ini Mahkamah Syariah menjadi sebuah institusi yang penting sesuai dengan kedudukan Islam di negeri ini,” katanya.
Muhammad Sanusi berkata pada masa ini struktur Mahkamah Syariah di Kedah mempunyai tiga peringkat iaitu Mahkamah Rayuan Syariah, Mahkamah Tinggi Syariah dan Mahkamah Rendah Syariah.
Beliau berkata demi menjamin proses keadilan dilaksanakan secara saksama, satu lagi lapisan mahkamah perlu diwujudkan dalam struktur Mahkamah Syariah di Kedah iaitu Mahkamah Utama Syariah.
“Dengan struktur baharu ini, kes yang dimulakan di Mahkamah Tinggi Syariah boleh dirayu ke Mahkamah Rayuan Syariah, kemudian boleh dirayu lagi ke Mahkamah Utama Syariah,” katanya.
Pada persidangan semalam, DUN Kedah turut meluluskan secara sebulat suara empat lagi RUU berkaitan hal ehwal perundangan Islam.
RUU tersebut adalah Enakmen Perbelanjaan Negeri Tambahan No.1 Tahun 2024, RUU Enakmen Mahkamah Syariah (Kedah Darul Aman) 2024, Enakmen Pentadbiran Undang-Undang Islam (Kedah Darul Aman) (Pindaan) 2024 dan RUU Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Kedah Darul Aman) (Pindaan) 2024. — BERNAMA
Antarabangsa
Peneroka haram Israel bersenjata rampas biri-biri keluarga Palestin
Peneroka haram Israel bersenjata merampas sejumlah besar biri-biri milik rakyat Palestin di selatan Tebing Barat pada Khamis.
- Peneroka haram Israel bersenjata merampas sejumlah besar biri-biri milik rakyat Palestin di selatan Tebing Barat pada Khamis.
- Agensi berita Palestin, Wafa memetik sumber tempatan yang tidak dinamakan melaporkan sekumpulan peneroka bersenjata menyerang rumah warga Palestin dalam komuniti Haribat an-Nabi di kawasan Masafer Yatta dengan perlindungan tentera Israel.
- Masafer Yatta ialah kluster (gugusan) 19 kampung Palestin di daerah Hebron di selatan Tebing Barat.
- Menurut Wafa dipetik agensi berita Anadolu, peneroka haram itu mencuri banyak kambing biri-biri daripada dua lelaki Palestin, Ali Sabah dan Abdul Muhsin Rashid selepas menahan keluarga mereka, menggeledah rumah dan kandang mereka.
- Dianggarkan lebih 720,000 peneroka tinggal di penempatan haram Israel di seluruh Tebing Barat yang diduduki, termasuk Baitulmaqdis Timur.
- Mahkamah Keadilan Antarabangsa pada Julai lalu mengisytiharkan pendudukan Israel selama beberapa dekad di tanah Palestin sebagai “haram” dan menuntut pemindahan semua penempatan di Tebing Barat dan Baitulmaqdis Timur.
Peneroka haram Israel bersenjata merampas sejumlah besar biri-biri milik rakyat Palestin di selatan Tebing Barat pada Khamis.
Agensi berita Palestin, Wafa memetik sumber tempatan yang tidak dinamakan melaporkan sekumpulan peneroka bersenjata menyerang rumah warga Palestin dalam komuniti Haribat an-Nabi di kawasan Masafer Yatta dengan perlindungan tentera Israel.
Masafer Yatta ialah kluster (gugusan) 19 kampung Palestin di daerah Hebron di selatan Tebing Barat.
Menurut Wafa dipetik agensi berita Anadolu, peneroka haram itu mencuri banyak kambing biri-biri daripada dua lelaki Palestin, Ali Sabah dan Abdul Muhsin Rashid selepas menahan keluarga mereka, menggeledah rumah dan kandang mereka.
Pihak berkuasa Israel dikatakan bersikap lembut dengan peneroka haram sebagai sebahagian usaha rasmi rejim untuk mempergiatkan aktiviti penempatan haram di wilayah Palestin yang diduduki.
Dianggarkan lebih 720,000 peneroka tinggal di penempatan haram Israel di seluruh Tebing Barat yang diduduki, termasuk Baitulmaqdis Timur.
Penempatan Israel dianggap haram di bawah undang-undang antarabangsa.
Ketegangan semakin memuncak di Tebing Barat di tengah-tengah serangan Israel di Gaza yang telah membunuh hampir 41,300 warga Palestin, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak, sejak serangan rentas sempadan kumpulan Palestin Hamas pada 7 Oktober tahun lalu.
Sekurang-kurangnya 710 rakyat Palestin terbunuh dan hampir 5,700 lagi cedera akibat serangan tentera Israel di Tebing Barat sejak tempoh sama, demikian menurut Kementerian Kesihatan.
Mahkamah Keadilan Antarabangsa pada Julai lalu mengisytiharkan pendudukan Israel selama beberapa dekad di tanah Palestin sebagai “haram” dan menuntut pemindahan semua penempatan di Tebing Barat dan Baitulmaqdis Timur. – The Merdeka Times
-
Terkini2 days ago
Individu promosi Bahasa Melayu patut disokong, bukannya diambil tindakan – Peguam
-
Antarabangsa3 days ago
Israel rekrut pelarian Afrika, janji status penempatan tetap
-
Terkini2 days ago
Aurad Muhammadiah wirid Al-Arqam difatwakan sesat, status pernikahan perlu disahkan pejabat agama – Mufti WP
-
Antarabangsa1 day ago
Syarikat penerbangan gantung penerbangan ke Israel