Terkini
Sebarang peruntukan APSB perlu patuhi Perkara 13 Perlembagaan, jamin hak asasi pemilik
Sebarang peruntukan dalam penggubalan Akta Pembaharuan Semula Bandar (APSB) perlu mematuhi prinsip yang diputuskan mahkamah di bawah Perkara 13 Perlembagaan Persekutuan.
- Sebarang peruntukan dalam penggubalan Akta Pembaharuan Semula Bandar (APSB) perlu mematuhi prinsip yang diputuskan mahkamah di bawah Perkara 13 Perlembagaan Persekutuan.
- Pakar Perlembagaan, Datuk Prof Madya Dr Wan Ahmad Fauzi Wan Husain berkata ini kerana pemilikan harta termasuk dalam jaminan kebebasan asasi yang mempunyai jaminan Perlembagaan.
- Perkara 13 Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan hak terhadap harta iaitu tiada seorang pun boleh dilucutkan hartanya kecuali mengikut undang-undang dan tiada undang-undang boleh memperuntukkan pengambilan atau penggunaan harta dengan paksa tanpa pampasan mencukupi.
- “Dalam kes yang menyentuh kebebasan asasi, prinsip yang memelihara hak individu yang dijamin (Perlembagaan Persekutuan) mesti diberi keutamaan daripada kepentingan awam, melainkan ada pengecualian khusus dinyatakan dalam peruntukan itu sendiri.
- “Dalam isu ini, keseluruhan peruntukan Perkara 13 Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang yang digubal dibawahnya perlu diperiksa untuk menentukan batasan kebenaran (penurunan kadar ambang persetujuan) yang dibenarkan,” katanya kepada The Merdeka Times di sini hari ini.
- Wan Ahmad Fauzi berkata demikian ketika mengulas berhubung Akta Pembaharuan Semula Bandar yang dikatakan bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan membabitkan isu “ambang persetujuan” penduduk.
KUALA LUMPUR —- Sebarang peruntukan dalam penggubalan Akta Pembaharuan Semula Bandar (APSB) perlu mematuhi prinsip yang diputuskan mahkamah di bawah Perkara 13 Perlembagaan Persekutuan.
Pakar Perlembagaan, Datuk Prof Madya Dr Wan Ahmad Fauzi Wan Husain berkata ini kerana pemilikan harta termasuk dalam jaminan kebebasan asasi yang mempunyai jaminan Perlembagaan.
Perkara 13 Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan hak terhadap harta iaitu tiada seorang pun boleh dilucutkan hartanya kecuali mengikut undang-undang dan tiada undang-undang boleh memperuntukkan pengambilan atau penggunaan harta dengan paksa tanpa pampasan mencukupi.
“Dalam kes yang menyentuh kebebasan asasi, prinsip yang memelihara hak individu yang dijamin (Perlembagaan Persekutuan) mesti diberi keutamaan daripada kepentingan awam, melainkan ada pengecualian khusus dinyatakan dalam peruntukan itu sendiri.
“Dalam isu ini, keseluruhan peruntukan Perkara 13 Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang yang digubal dibawahnya perlu diperiksa untuk menentukan batasan kebenaran (penurunan kadar ambang persetujuan) yang dibenarkan,” katanya kepada The Merdeka Times di sini hari ini.
Wan Ahmad Fauzi berkata demikian ketika mengulas berhubung Akta Pembaharuan Semula Bandar yang dikatakan bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan membabitkan isu “ambang persetujuan” penduduk.
Persatuan Pembeli Rumah Kebangsaan (HBA) pada 2023 dilaporkan menentang penetapan “ambang persetujuan” selain daripada persetujuan 100 peratus kerana berpendirian sebarang pembangunan semula, pemerkasaan atau pelan pembaharuan mestilah mendapat kebenaran semua pemilik harta ekoran setiap daripada mereka mempunyai hak dan kepentingan dalam pembaharuan semula bandar.
Setiausaha Agung Kehormat HBA, Datuk Chang Kim Loong dalam satu rencana dilaporkan berkata, meneruskan “ambang persetujuan” (selain 100 peratus persetujuan pemilik), atau lebih dikenali sebagai “jualan en-blok” dengan sebarang kadar undian majoriti akan menafikan hak pemilik rumah tertentu ke atas hartanah mereka.
Beliau berkata undang-undang pembangunan semula tersebut secara terang-terangan melanggar Artikel 13 Perlembagaan Persekutuan (hak memiliki harta) dan sebarang kelulusan undang-undang seperti itu adalah tidak sah.
Rencana bertarikh Oktober 2023 itu ditulis sebagai reaksi kepada laporan yang menyatakan Akta Pembaharuan Bandar akan dibentang tahun ini (2024).
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Nga Kor Ming dipetik berkata kementeriannya akan menjalankan “analisa impak perundangan” sebelum mencadangkan kadar baharu terhadap “ambang persetujuan (consent threshold)” yang kini memerlukan persetujuan 100 peratus daripada pemilik strata sebelum pembaharuan bandar dibenarkan.
Terbaharu, Majlis Negara bagi Kerajaan Tempatan (MNKT) pada 10 September lalu dilaporkan bersetuju menggubal akta itu yang dikatakan akan mengutamakan hak pemilik asal dan memastikan kelestarian dalam pembangunan bandar.
Kor Ming berkata kementeriannya bercadang mewujudkan ambang persetujuan 80 peratus kepada bangunan yang berusia kurang dari 30 tahun dan 75 peratus kepada bangunan berusia lebih dari 30 tahun.
Bagi bangunan yang tidak lagi selamat untuk didiami dan bangunan terbengkalai, KPKT bercadang untuk mewujudkan ambang persetujuan 5l peratus sahaja supaya dapat mempercepat proses pembaharuan bangunan terbabit.
Mengulas lanjut, Wan Ahmad Fauzi menyifatkan cadangan menurunkan ambang persetujuan penduduk adalah cubaan untuk melakukan ‘paksaan’.
“Saya tengok akta itu cara dia nak ambil cara paksalah kan katalah kalau majoriti owner itu setuju nak jual tapi ada orang tak nak jual jadi dia nak jadikan mungkin undi majoriti itu menyebabkan pemaju boleh acquire.
“Saya berpandangan sebarang bentuk pengambilan harta orang cara paksaan ini mesti melalui Akta Pengambilan Tanah yang digubal di bawah Perkara 13 (Perlembagaan),” katanya. — The Merdeka Times
Terkini
Pelajar atau kadet laut China? – Mas Ermieyati persoal Fadhlina
Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin hari ini mempersoal kenyataan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yang mempertahankan kehadiran 165 kadet kapal Tentera Laut Republik Rakyat China (RRC) di Air Itam, Pulau Pinang beberapa hari lalu.
- Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin hari ini mempersoal kenyataan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yang mempertahankan kehadiran 165 kadet kapal Tentera Laut Republik Rakyat China (RRC) di Air Itam, Pulau Pinang beberapa hari lalu.
- Mas Ermieyati mendakwa penjelasan menteri itu bahawa mereka yang hadir itu adalah pelajar dan pensyarah bagi program pertukaran budaya antara pelajar adalah tidak benar.
- Beliau menyangkal kenyataan Fadhlina yang mendakwa lawatan itu hanyalah aktiviti pertukaran budaya antara dua kumpulan pelajar dari China’s University of Naval Engineering Academy dengan pelajar Sekolah Menengah Swasta Chung Ling sempena sambutan 50 tahun hubungan diplomatik Malaysia-China.
- “Kenyataan ini tidak benar, kerana 165 orang kadet PLAN dari kapal Qi Jiguang (kapal latihan) ini adalah mereka yang dalam proses dan tempoh peralihan untuk menjadi kelasi penuh tentera laut PLAN China dan bukanlah pelajar universiti seperti yang dinyatakan oleh YB Fadhlina.
- “Ianya seakan sama seperti anak-anak kapal KD Pelandok Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang menjalani latihan untuk menjadi kelasi penuh TLDM,” kata Mas Ermieyati dalam kenyataan media di akaun Facebook beliau hari ini.
- Terdahulu, Pengerusi Biro Antarabangsa BERSATU yang juga bekas Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah dilaporkan berkata sambutan meriah terhadap dua kapal tentera laut China yang berlabuh di Pelabuhan Pulau Pinang itu disifatkan ‘tidak masuk akal’, terutama ketika terdapat dakwaan perairan Malaysia di Sabah dan Sarawak dicerobohi aset republik itu.
- Kehadiran dua kapal China itu turut mendapat reaksi pelbagai dari netizen susulan visual majlis sambutan kelompok terbabit yang tular di media sosial.
Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin hari ini mempersoal kenyataan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yang mempertahankan kehadiran 165 kadet kapal Tentera Laut Republik Rakyat China (RRC) di Air Itam, Pulau Pinang beberapa hari lalu.
Mas Ermieyati mendakwa penjelasan menteri itu bahawa mereka yang hadir itu adalah pelajar dan pensyarah bagi program pertukaran budaya antara pelajar adalah tidak benar.
Beliau menyangkal kenyataan Fadhlina yang mendakwa lawatan itu hanyalah aktiviti pertukaran budaya antara dua kumpulan pelajar dari China’s University of Naval Engineering Academy dengan pelajar Sekolah Menengah Swasta Chung Ling sempena sambutan 50 tahun hubungan diplomatik Malaysia-China.
“Kenyataan ini tidak benar, kerana 165 orang kadet PLAN dari kapal Qi Jiguang (kapal latihan) ini adalah mereka yang dalam proses dan tempoh peralihan untuk menjadi kelasi penuh tentera laut PLAN China dan bukanlah pelajar universiti seperti yang dinyatakan oleh YB Fadhlina.
“Ianya seakan sama seperti anak-anak kapal KD Pelandok Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang menjalani latihan untuk menjadi kelasi penuh TLDM,” kata Mas Ermieyati dalam kenyataan media di akaun Facebook beliau hari ini.
Beliau turut memuat naik tangkap layar liputan Harian Metro bertajuk “Bukan tentera China tetapi penuntut dan pensyarah – Fadhlina” dalam hantaran Facebook itu.
Terdahulu, Pengerusi Biro Antarabangsa BERSATU yang juga bekas Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah dilaporkan berkata sambutan meriah terhadap dua kapal tentera laut China yang berlabuh di Pelabuhan Pulau Pinang itu disifatkan ‘tidak masuk akal’, terutama ketika terdapat dakwaan perairan Malaysia di Sabah dan Sarawak dicerobohi aset republik itu.
Kehadiran dua kapal China itu turut mendapat reaksi pelbagai dari netizen susulan visual majlis sambutan kelompok terbabit yang tular di media sosial.
Mengulas lanjut, Mas Ermieyati berkata sambutan hubungan diplomatik 50 tahun Malaysia-China disambut pada 31 Mei 2024, manakala sambutan kejayaan revolusi Komunis China di sambut pada 1 Oktober 2024.
“Apakah lawatan ini dibuat sempena sambutan hubungan diplomatik 50 tahun Malaysia dan China atau sempena sambutan revolusi Komunis China sekaligus meraikan penubuhan RRC?,” katanya.
Beliau menyifatkan sambutan luar biasa Kerajaan Negeri Pulau Pinang kepada pihak terbabit sebagai tidak sensitif.
“Tindakan Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Sekolah Menengah Swasta Chung Ling membuat sambutan besar-besaran menerima kunjungan kadet dan kelasi kapal Qi Jiguang dan Jinggang Shan ini adalah bukti kecuaian pihak Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang tidak sensitif terhadap situasi integriti kedaulatan maritim dan tuntutan bertindih yang dibuat oleh RRC di Luconia Shoals atau gugusan Beting Patinggi Ali (BPA) yang terletak 84 batu nautika dari pesisir pantai Sarawak,” katanya. – The Merdeka Times
-
Terkini4 days ago
Hapuskan tunggakan cukai, denda UTAR: Tindakan PM betul, malah tidak cukup – Apek Cina
-
Terkini3 days ago
Netizen Cina minta kaedah pendidikan Cina, SMPC disemak semula
-
Terkini2 days ago
Pelajar atau kadet laut China? – Mas Ermieyati persoal Fadhlina
-
Antarabangsa3 days ago
Turkiye sekat akses Discord