Connect with us

Terkini

Pasca PRN: Islam ajar kita berlapang dada – Zahid Hamidi

Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan semua bahawa Islam menganjurkan penganutnya untuk berlapang dada dan mencari damai agar bersatu mengerah segala kudrat serta tenaga untuk bergerak secara kolektif dalam mewujudkan perubahan positif yang menyumbang ke arah kebaikan bersama. 

Wartawan TMT

Published

on

Pasca PRN: Islam ajar kita berlapang dada – Zahid Hamidi
Foto: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
  • Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan semua bahawa Islam menganjurkan penganutnya berlapang dada dan mencari damai agar bersatu mengerah segala kudrat serta tenaga untuk bergerak secara kolektif dalam mewujudkan perubahan positif yang menyumbang ke arah kebaikan bersama. 
  • “Di pagi sayyidul ayyam ini, marilah kita berdoa ke hadrat Allah SWT agar wujudnya kesepakatan dan lahirnya kesepaduan di dalam meneguhkan perpaduan agar terbinanya sebuah negara yang beroleh keberkahan-Nya dan Malaysia terus berada di bawah lindungan rahmat-Nya,” katanya. 
  • Justeru, Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu berkata, kini tiba masanya semua pihak mengeratkan ukhuwah dan mengukuhkan perpaduan selepas enam pilihan raya negeri (PRN) selesai Sabtu lepas. 
  • Beliau yang juga Presiden UMNO berkata, ia bertujuan membangunkan negeri dan negara secara bersama. 

PETALING JAYA: Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan semua bahawa Islam menganjurkan penganutnya untuk berlapang dada dan mencari damai agar bersatu mengerah segala kudrat serta tenaga untuk bergerak secara kolektif dalam mewujudkan perubahan positif yang menyumbang ke arah kebaikan bersama. 

Peringatan itu turut ditekankan Timbalan Perdana Menteri menerusi ayat 10 surah al-Hujarat dalam satu hantaran di Facebooknya yang bermaksud: ‘Sesungguhnya orang-orang mukmin itu bersaudara, karena itu damaikanlah antara kedua saudaramu (yang berselisih) dan bertakwalah kepada Allah agar kamu mendapat rahmat…”

“Di pagi sayyidul ayyam ini, marilah kita berdoa ke hadrat Allah SWT agar wujudnya kesepakatan dan lahirnya kesepaduan di dalam meneguhkan perpaduan agar terbinanya sebuah negara yang beroleh keberkahan-Nya dan Malaysia terus berada di bawah lindungan rahmat-Nya,” katanya. 

Justeru, Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu berkata, kini tiba masanya untuk semua pihak mengeratkan ukhuwah dan mengukuhkan perpaduan selepas enam pilihan raya negeri (PRN) selesai Sabtu lepas. 

Beliau yang juga Presiden UMNO berkata, ia bagi bertujuan membangunkan negeri dan negara secara bersama. 

“Jadikanlah firman Allah SWT yang saya kongsikan ini sebagai satu pegangan dan landasan utama untuk kita kembali bertaut setelah baru selesai fasa memilih wakil kepada rakyat untuk menggalas amanah yang diberikan. 

“Ini masanya untuk kita berganding bahu membangunkan kehidupan yang harmoni dengan semangat saling hormat-menghormati, berempati dan menjaga hak serta keadilan agar tertegaknya sebuah negara yang stabil dan sejahtera,” katanya. – UTUSAN

Advertisement

Sumber: Utusan Malaysia

Author

Terkini

Belanda sekat visa peneroka pelampau Israel

Selepas Amerika Syarikat (AS) mengenakan sekatan visa ke atas peneroka pelampau Israel, Belanda juga akan melarang kelompok ekstremis zionis dari memasuki negara itu.

A.R. Khan

Published

on

Belanda sekat visa peneroka pelampau Israel
Foto: Perdana Menteri Belanda, Alexander De Croo.
  • Selepas Amerika Syarikat (AS) mengenakan sekatan visa ke atas peneroka pelampau Israel, Belanda juga akan melarang kelompok ekstremis zionis dari memasuki negara itu.
  • Perkara itu diumumkan Perdana Menteri Belanda, Alexander De Croo pada Rabu ke atas peneroka pelampau Israel di Tebing Barat.
  • Dalam ucapannya di Persidangan Antarabangsa 75 tahun Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat di Universiti Ghent, De Croo menekankan komitmennya untuk melindungi orang awam dari keganasan di Timur Tengah.
  • “Peneroka ekstremis di Tebing Barat akan dilarang memasuki Belanda. Kami akan bekerjasama dengan AS mengenai sekatan menyasarkan individu terlibat dalam tindakan menjejaskan keamanan, keselamatan dan kestabilan di Tebing Barat,” kata De Croo dipetik Brussels Times.
  • Kenyataan itu dibuat selepas Setiausaha Negara AS, Antony Blinken mengumumkan langkah sekatan visa semalam.

Selepas Amerika Syarikat (AS) mengenakan sekatan visa ke atas peneroka pelampau Israel, Belanda juga akan melarang kelompok ekstremis zionis dari memasuki negara itu.

Perkara itu diumumkan Perdana Menteri Belanda, Alexander De Croo pada Rabu ke atas peneroka pelampau Israel di Tebing Barat.

Dalam ucapannya di Persidangan Antarabangsa 75 tahun Deklarasi  Hak Asasi Manusia Sejagat di Universiti Ghent, De Croo menekankan komitmennya untuk melindungi orang awam dari keganasan di Timur Tengah.

Kenyataan itu dibuat selepas Setiausaha Negara AS, Antony Blinken mengumumkan langkah sekatan visa semalam.

“Peneroka ekstremis di Tebing Barat akan dilarang memasuki Belanda. Kami akan bekerjasama dengan AS mengenai sekatan menyasarkan individu terlibat dalam tindakan menjejaskan keamanan, keselamatan dan kestabilan di Tebing Barat.

“Kami akan bekerjasama dengan AS berkaitan sekatan ini dan akan mendorong Kesatuan Eropah (EU) untuk mengikutinya,” kata De Croo dipetik Brussels Times.

Sejak serangan dilancarkan pejuang Hamas pada 7 Oktober lalu, keganasan semakin meningkat di Tebing Barat dengan sekurang-kurangnya 258 warga Palestin terbunuh, menurut statistik Pihak Berkuasa Palestin.

Advertisement

Majoritinya terbunuh dalam pertembungan dengan tentera zionis dengan majoriti orang awam menjadi mangsa keganasan tanpa provokasi peneroka pelampau Israel.

Ia juga disebabkan kerajaan sayap kanan Israel yang terdiri daripada peneroka ultranasionalis, mengisyaratkan sokongan terhadap tindakan kumpulan peneroka haram Israel. 

Setakat ini, lebih 17,150 warga Palestin, termasuk lebih 7,000 kanak-kanak, terbunuh dalam tempoh lebih lapan minggu serangan rejim zionis Israel ke atas Gaza, manakala 1,200 orang terkorban di Israel. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending