Connect with us

Antarabangsa

Pedofilia culik, sembunyi kanak-kanak dalam bagasi di Brazil

Seorang lelaki didapati menyembunyikan gadis berusia 12 tahun di dalam sebuah beg bagasi sebelum menculik dan membawa kanak-kanak itu ke pangsapurinya untuk melakukan serangan seksual.  

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Pedofilia culik, sembunyi kanak-kanak dalam bagasi di Brazil
Foto: Pedofilia culik, sembunyi kanak-kanak dalam bagasi di Brazil.
  • Seorang lelaki didapati menyembunyikan gadis berusia 12 tahun di dalam sebuah beg bagasi sebelum menculik dan membawa kanak-kanak itu ke pangsapurinya untuk melakukan serangan seksual.  
  • Rakaman video menunjukkan pedofilia berusia 42 tahun itu bergelut ketika mengheret beg bagasi yang berat semasa menaiki anak tangga ke rumahnya, tular dalam media sosial.
  • Lapor Daily Mail, Daniel Moraes Bittar menculik kanak-kanak perempuan itu dari luar sekolahnya di Luziana, Brazil pada 28 Jun lalu.
  • Hasil pemeriksaan mendapati mangsa juga diserang secara seksual.

BRASILIA – Seorang lelaki didapati menyembunyikan gadis berusia 12 tahun di dalam sebuah beg bagasi sebelum menculik dan membawa kanak-kanak itu ke pangsapurinya untuk melakukan serangan seksual.  

Rakaman video menunjukkan pedofilia berusia 42 tahun itu bergelut ketika mengheret beg bagasi yang berat semasa menaiki anak tangga ke rumahnya, tular dalam media sosial.

Lapor Daily Mail, Daniel Moraes Bittar menculik kanak-kanak perempuan itu dari luar sekolahnya di Luziana, Brazil pada 28 Jun lalu.

Daniel dibantu oleh teman wanitanya, Gesielly Souza Vieira, 22, ketika menculik kanak-kanak itu.

Ketika kejadian, Gesielly menculik dan memasukkan kanak-kanak itu ke dalam kereta, serta menutup kain direndam cecair kloroform pada muka mangsa dan mengugutnya dengan pisau.

“Mangsa diikat dan dimasukkan ke dalam bagasi lalu diletakkan di bahagian but kereta sebelum memandu ke kawasan hutan untuk membuang telefon bimbit mangsa,” jelas laporan. 

Daniel ditahan polis selepas menerima panggilan daripada seorang rakan sekolah mangsa yang menyaksikan insiden penculikan menakutkan itu.

Menurut polis, Daniel mengaku mengalami gangguan pedofilik.

Polis berkata, kanak-kanak itu ditemukan dalam keadaan badannya lebam dan melecur, dengan kakinya diikat pada katil di sebuah bilik di pangsapuri tersebut.

Hasil pemeriksaan mendapati mangsa juga diserang secara seksual.

Sumber: Utusan Malaysia

Author