Connect with us

Antarabangsa

Lapan individu dirogol setiap jam di Brazil – Kajian

Kajian Forum Keselamatan Awam Brazil, sebuah NGO yang merekodkan aktiviti jenayah di Brazil, menunjukkan lapan individu dirogol setiap jam di negara itu.

Wartawan TMT

Published

on

Lapan individu dirogol setiap jam di Brazil – Kajian
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Kajian Forum Keselamatan Awam Brazil, sebuah NGO yang merekodkan aktiviti jenayah di Brazil, menunjukkan lapan individu dirogol setiap jam di negara itu.
  • Pada 2022, negara itu mencatatkan jumlah tertinggi kes rogol dilaporkan dalam sejarahnya iaitu 74,930 kes, peningkatan 8.2 peratus berbanding 2021.
  • Penyelidik menganggarkan bilangan kes sebenar lebih tinggi atas faktor hanya 8.5 peratus daripada kes rogol itu dilaporkan kepada pihak berkuasa.
  • Forum Keselamatan Awam Brazil berkata peningkatan jumlah rogol yang dilaporkan pada 2021 ada kaitan dengan pembukaan semula sekolah disebabkan covid.

Kajian Forum Keselamatan Awam Brazil, sebuah NGO yang merekodkan aktiviti jenayah di Brazil, menunjukkan lapan individu dirogol setiap jam di negara itu.

Pada 2022, negara itu mencatatkan jumlah tertinggi kes rogol dilaporkan dalam sejarahnya iaitu 74,930 kes, peningkatan 8.2 peratus berbanding 2021.

Penyelidik menganggarkan bilangan kes sebenar lebih tinggi atas faktor hanya 8.5 peratus daripada kes rogol itu dilaporkan kepada pihak berkuasa.

Penyelidik memberitahu; “Ia satu perkara biasa untuk mendengar laporan diketengahkan profesional pendidikan (dan) pegawai polis.

Perkara itu menunjukkan guru sedar perbezaan tingkah laku kanak-kanak dan (mereka antara golongan yang) mula-mula mengetahui tentang penderaan (dialami mereka) ini”.

Kajian turut menunjukkan, 61 peratus mangsa rogol berumur bawah 13 tahun, 10.4 peratus daripadanya bayi baru lahir atau bayi sehingga umur empat tahun; 17.7 peratus berumur antara lima dan sembilan tahun, dan 33.2 peratus berumur antara 10 hingga 13 tahun.

Forum Keselamatan Awam Brazil berkata peningkatan jumlah rogol yang dilaporkan pada 2021 ada kaitan dengan pembukaan semula sekolah disebabkan covid.

Advertisement

NGO itu memberitahu sekolah memainkan peranan penting mendedahkan insiden keganasan dan penderaan seksual selain mendidik kanak-kanak tentang apa yang dimaksudkan dengan penderaan seksual dan cara-cara melindungi diri mereka.

Turut merisaukan, NGO itu melaporkan, enam daripada sepuluh mangsa rogol berumur 13 tahun ke bawah di mana umur dibenarkan untuk persetujuan melakukan persetubuhan adalah 14 tahun.

Perkara itu bermaksud sebarang tindakan seksual diperlakukan dewasa ke atas golongan bawah umur adalah satu jenayah dengan hukuman penjara lapan hingga 15 tahun.

Sumber: Brazil Reports

Author

Advertisement

Antarabangsa

Setiap orang awam dibunuh, 10 pejuang Palestin akan ‘dilahirkan’

Senator Amerika Syarikat (AS), Seth Moulton, yang juga Ahli Demokrat di Kongres AS, mengkritik pendirian tentera Israel mengenai pembunuhan orang awam di wilayah konflik Gaza, Palestin.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Senator Amerika Syarikat (AS) yang juga Ahli Demokrat di Kongres AS, Seth Moulton.
  • Senator Amerika Syarikat (AS), Seth Moulton, yang juga Ahli Demokrat di Kongres AS, mengkritik pendirian tentera Israel mengenai pembunuhan orang awam di wilayah konflik Gaza, Palestin.
  • Ia berkaitan dengan penilaian rejim zionis bahawa mereka “membunuh dua orang awam untuk setiap ahli Hamas”, di mana Moulton menyatakan perkara itu bukanlah sesuatu yang positif.
  • Dalam satu temu ramah televisyen, Moulton memetik kajian Jeneral bersara, Stanley McChrystal yang mengatakan bagi setiap orang awam terbunuh, 10 pejuang Palestin akan direkrut.
  • “Dengan kiraan itu, Israel setakat ini membunuh 5,000 pengganas (pejuang) Hamas tetapi dalam usaha itu, mereka telah merekrut sekitar 100,000 pengikut baru dan perkara ini buruk buat Israel,” kata Moulton.
  • Jurucakap tentera rejim Israel, Jonathan Conricus pada Isnin memberitahu CNN bahawa nisbah dua penduduk awam Palestin dibunuh untuk setiap ahli Hamas satu “nisbah positif” kerana ia membabitkan situasi pertempuran dalam bandar.

Senator Amerika Syarikat (AS), Seth Moulton, yang juga Ahli Demokrat di Kongres AS, mengkritik pendirian tentera Israel mengenai pembunuhan orang awam di wilayah konflik Gaza, Palestin.

Ia berkaitan dengan penilaian rejim zionis bahawa mereka “membunuh dua orang awam untuk setiap ahli Hamas”, di mana Moulton menyatakan perkara itu bukanlah sesuatu yang positif.

Moulton merujuk kepada sayap tentera Hamas iaitu Briged Al-Qassam.

Dalam satu temu ramah televisyen, Moulton memetik kajian Jeneral bersara, Stanley McChrystal yang mengatakan bagi setiap orang awam terbunuh, 10 pejuang Palestin akan direkrut.

“Dengan kiraan itu, Israel setakat ini membunuh 5,000 pengganas (pejuang) Hamas tetapi dalam usaha itu, mereka telah merekrut sekitar 100,000 pengikut baru dan perkara ini buruk buat Israel,” kata Moulton.

Jurucakap tentera rejim Israel, Jonathan Conricus pada Isnin memberitahu CNN bahawa nisbah dua penduduk awam Palestin dibunuh untuk setiap ahli Hamas satu “nisbah positif” kerana ia membabitkan situasi pertempuran dalam bandar.

“Kita tidak terlibat untuk menetapkan nisbah sebegitu, yang pada pendapat saya adalah (sesuatu yang) tidak enak,” kata Jurucakap Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Stephane Dujarric dipetik Jordan News, mengkritik jurucakap tentera Israel itu.

Advertisement

Dujarric menekankan fokus PBB adalah untuk mencegah korban awam, walaupun mengakui cabaran-cabaran di Gaza, di mana lebih 16,000 warga Palestin terkorban sejak 7 Oktober lalu. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending