Antarabangsa
Kumpulan pedofilia antarabangsa tumpas, 98 penjenayah ditangkap di AS dan Australia
98 individu yang terkait dengan kumpulan pedofilia antarabangsa di Amerika Syarikat (AS) dan Australia ditumpaskan dalam satu operasi besar-besaran jenayah seksual kanak-kanak.
- 98 individu yang terkait dengan kumpulan pedofilia antarabangsa di Amerika Syarikat (AS) dan Australia ditumpaskan dalam satu operasi besar-besaran jenayah seksual kanak-kanak.
- Federal Bureau of Investigation AS (FBI) dan Australian Federal Police (AFP) memaklumkan jumlah penangkapan itu dalam sidang akhbar bersama pada Selasa lalu.
- Dalam sidang akhbar itu, mereka menjelaskan penangkapan itu melibatkan 19 individu di Australia manakala 79 individu lagi di AS.
- Setiap dari penjenayah itu berdepan dengan tuduhan yang menghubungkan mereka dengan rangkaian kumpulan penderaan kanak-kanak yang melibatkan pelbagai negara
- FBI dilaporkan turut memaklumkan pihak berkuasa negara-negara lain berkenaan suspek-suspek yang berada dalam lingkungan bidang kuasa mereka.
98 individu yang terkait dengan kumpulan pedofilia antarabangsa di Amerika Syarikat (AS) dan Australia ditumpaskan dalam satu operasi besar-besaran jenayah seksual kanak-kanak.
Federal Bureau of Investigation AS (FBI) dan Australian Federal Police (AFP) memaklumkan jumlah penangkapan itu dalam sidang akhbar bersama pada Selasa lalu.
Dalam sidang akhbar itu, mereka menjelaskan penangkapan itu melibatkan 19 individu di Australia manakala 79 individu lagi di AS.
Setiap dari penjenayah itu berdepan dengan tuduhan yang menghubungkan mereka dengan rangkaian kumpulan penderaan kanak-kanak yang melibatkan pelbagai negara.
Komander AFP, Helen Schneider menjelaskan bahawa suspek terlibat, menjalankan operasi menerusi sesawang gelap (dark web) dan menggunakan perisian tertentu untuk berkongsi fail tanpa dapat dikenali dengan mudah.
Beliau juga menjelaskan kebanyakan suspek di Australia mempunyai karier dengan kemahiran dan pemahaman khas berkenaan networking (rangkaian) yang membantu mereka untuk tidak dikesan.
Pegawai khas FBI legal attache Nitiana Mann berkata, “operasi ini sangat kompleks, tahap kerumitan dan kerahsiaan platform (yang terlibat) menunjukkan tiada agensi atau negara melawannya secara berseorangan”.
FBI turut bertindak memaklumkan pihak berkuasa negara-negara lain berkenaan suspek-suspek yang berada dalam lingkungan bidang kuasa mereka.
Nitiana juga menyebut lebih 200 petunjuk antarabangsa dihantar ke negara dunia ketiga sepanjang operasi itu, manakala lebih 300 penyiasatan penderaan seksual kanak-kanak telah dilancarkan.
Sumber: RT
Antarabangsa
Israel rekrut pelarian Afrika, janji status penempatan tetap
Israel merekrut pelarian Afrika untuk operasi berisiko tinggi di Gaza sebagai pertukaran untuk status penempatan tetap di negara itu, demikian menurut sumber.
- Israel merekrut pelarian Afrika untuk operasi berisiko tinggi di Gaza sebagai pertukaran untuk status penempatan tetap di negara itu, demikian menurut sumber.
- Pegawai pertahanan memberitahu Haaretz bahawa projek itu dijalankan di bawah bimbingan penasihat undang-undang badan pertahanan dengan cara teratur.
- Terdapat kira-kira 30,000 pencari suaka Afrika di Israel yang berdepan tekanan meningkat daripada ahli politik anti-imigran, termasuk Perdana Menteri Benjamin Netanyahu, yang sering merujuk mereka sebagai “penyusup”.
- Menurut Haaretz, tiada seorang pun pencari suaka yang menyertai usaha perang itu telah diberikan status rasmi setakat ini dan sumber pertahanan menyatakan isu etika berkaitan perekrutan pencari suaka belum ditangani.
- Laporan itu menyebut pencari suaka digunakan dalam pelbagai operasi, memetik sumber ketenteraan.
Israel merekrut pelarian Afrika untuk operasi berisiko tinggi di Gaza sebagai pertukaran untuk status penempatan tetap di negara itu, demikian menurut sumber.
Pegawai pertahanan memberitahu Haaretz bahawa projek itu dijalankan di bawah bimbingan penasihat undang-undang badan pertahanan dengan cara teratur.
Terdapat kira-kira 30,000 pencari suaka Afrika di Israel yang berdepan tekanan meningkat daripada ahli politik anti-imigran, termasuk Perdana Menteri Benjamin Netanyahu, yang sering merujuk mereka sebagai “penyusup”.
Seorang lelaki ditemu bual Haaretz yang akhirnya memilih untuk tidak menyertai tentera menceritakan kisahnya didekati pegawai keselamatan untuk melibatkannya dalam peperangan.
Pegawai itu menjelaskan selepas tempoh latihan dua minggu, dia akan dikerahkan bersama pencari suaka lain.
“Saya bertanya, ‘apa yang saya dapat?’ walaupun sebenarnya saya tidak mencari apa-apa.
“Tetapi kemudian dia memberitahu saya: ‘Jika awak ikut jalan ini, awak boleh menerima dokumen daripada negara Israel.’ Dia meminta saya menghantar salinan fotokopi kad pengenalan saya dan berkata dia akan menguruskan perkara itu,” kata lelaki dikenali sebagai A dipetik Middle East Eye.
Menurut Haaretz, tiada seorang pun pencari suaka yang menyertai usaha perang itu telah diberikan status rasmi setakat ini dan sumber pertahanan menyatakan isu etika berkaitan perekrutan pencari suaka belum ditangani.
Laporan itu menyebut pencari suaka digunakan dalam pelbagai operasi, memetik sumber ketenteraan.
Haaretz juga melaporkan “cara bagaimana tentera Israel mengerahkan pencari suaka dilarang untuk diterbitkan” kerana sekatan yang dikenakan penapisan tentera Israel. – The Merdeka Times
-
Terkini4 days ago
Kes GISBH, bukan di bawah bidang kuasa JAKIM – PKPU
-
Terkini4 days ago
Kajian GISBH sudah dibentang kepada JAKIM, tapi tiada tindakan – Dr Maza
-
Terkini4 days ago
GISB: Anwar arah pihak berkuasa, majlis agama segera siasat, ambil tindakan
-
Antarabangsa4 days ago
The Bibi Files: Netanyahu gagal sekat tayangan dokumentari salah lakunya