Connect with us

Antarabangsa

Pakistan tahan lima rakyatnya bekerja di Israel

Lima rakyat Pakistan ditahan selepas disahkan bekerja di negara haram Israel – satu tindakan yang melanggar undang-undang negara Asia Selatan itu.

Wartawan TMT

Published

on

Pakistan tahan lima rakyatnya bekerja di Israel
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Lima rakyat Pakistan ditahan selepas disahkan bekerja di negara haram Israel – satu tindakan yang melanggar undang-undang negara Asia Selatan itu.
  • Berikutan tiada hubungan diplomatik kedua-dua negara, Pakistan mengharamkan rakyat mengunjungi Israel termasuk bekerja di sana.
  • Jurucakap Agensi Penyiasatan Persekutuan (FIA), Abdul Ghafoor memberitahu Arab News bahawa operasi untuk menangkap lima suspek dimulakan bulan lalu selepas pihak berkuasa mengesan kiriman wang dan menemui bukti bahawa mereka bekerja di negara haram itu sejak beberapa tahun lalu.
  • Menurut FIA, mereka telah membuat kiriman wang ke Pakistan melalui perkhidmatan pemindahan wang Western Union.
  • “Suspek dipercayai bekerja sebagai pembantu dan pencuci kereta di Tel Aviv dan hampir empat hingga tujuh tahun bekerja di sana,” kata jurucakap tersebut.

ISLAMABAD, 17 Zulhijjah 1444H, Khamis – Lima rakyat Pakistan ditahan selepas disahkan bekerja di negara haram Israel – satu tindakan yang melanggar undang-undang negara Asia Selatan itu.

Berikutan tiada hubungan diplomatik kedua-dua negara, Pakistan mengharamkan rakyat mengunjungi Israel termasuk bekerja di sana.

Jurucakap Agensi Penyiasatan Persekutuan (FIA), Abdul Ghafoor memberitahu Arab News bahawa operasi untuk menangkap lima suspek dimulakan bulan lalu selepas pihak berkuasa mengesan kiriman wang dan menemui bukti bahawa mereka bekerja di negara haram itu sejak beberapa tahun lalu.

Foto: Gambar lima rakyat Pakistan yang ditahan selepas disahkan bekerja di negara haram Israel.

Menurut FIA, mereka telah membuat kiriman wang ke Pakistan melalui perkhidmatan pemindahan wang Western Union.

“Suspek dipercayai bekerja sebagai pembantu dan pencuci kereta di Tel Aviv dan hampir empat hingga tujuh tahun bekerja di sana,” kata jurucakap tersebut.

Kesemua suspek yang ditahan berasal dari daerah Mirpur Khas di selatan wilayah Sindh dan telah didakwa kerana melanggar Akta Pasport Pakistan 1974 dan Ordinan Emigrasi 1979.

Suspek juga dipercayai membayar AS$1,090 (RM5,068) hingga AS$1,453 (RM6,756) seorang kepada ejen Israel yang membawa mereka memasuki negara haram itu melalui lapangan terbang Jordan dengan menggunakan visa Schengen. 

Sumber: Ismaweb

Advertisement

Author

Antarabangsa

Setiap orang awam dibunuh, 10 pejuang Palestin akan ‘dilahirkan’

Senator Amerika Syarikat (AS), Seth Moulton, yang juga Ahli Demokrat di Kongres AS, mengkritik pendirian tentera Israel mengenai pembunuhan orang awam di wilayah konflik Gaza, Palestin.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Senator Amerika Syarikat (AS) yang juga Ahli Demokrat di Kongres AS, Seth Moulton.
  • Senator Amerika Syarikat (AS), Seth Moulton, yang juga Ahli Demokrat di Kongres AS, mengkritik pendirian tentera Israel mengenai pembunuhan orang awam di wilayah konflik Gaza, Palestin.
  • Ia berkaitan dengan penilaian rejim zionis bahawa mereka “membunuh dua orang awam untuk setiap ahli Hamas”, di mana Moulton menyatakan perkara itu bukanlah sesuatu yang positif.
  • Dalam satu temu ramah televisyen, Moulton memetik kajian Jeneral bersara, Stanley McChrystal yang mengatakan bagi setiap orang awam terbunuh, 10 pejuang Palestin akan direkrut.
  • “Dengan kiraan itu, Israel setakat ini membunuh 5,000 pengganas (pejuang) Hamas tetapi dalam usaha itu, mereka telah merekrut sekitar 100,000 pengikut baru dan perkara ini buruk buat Israel,” kata Moulton.
  • Jurucakap tentera rejim Israel, Jonathan Conricus pada Isnin memberitahu CNN bahawa nisbah dua penduduk awam Palestin dibunuh untuk setiap ahli Hamas satu “nisbah positif” kerana ia membabitkan situasi pertempuran dalam bandar.

Senator Amerika Syarikat (AS), Seth Moulton, yang juga Ahli Demokrat di Kongres AS, mengkritik pendirian tentera Israel mengenai pembunuhan orang awam di wilayah konflik Gaza, Palestin.

Ia berkaitan dengan penilaian rejim zionis bahawa mereka “membunuh dua orang awam untuk setiap ahli Hamas”, di mana Moulton menyatakan perkara itu bukanlah sesuatu yang positif.

Moulton merujuk kepada sayap tentera Hamas iaitu Briged Al-Qassam.

Dalam satu temu ramah televisyen, Moulton memetik kajian Jeneral bersara, Stanley McChrystal yang mengatakan bagi setiap orang awam terbunuh, 10 pejuang Palestin akan direkrut.

“Dengan kiraan itu, Israel setakat ini membunuh 5,000 pengganas (pejuang) Hamas tetapi dalam usaha itu, mereka telah merekrut sekitar 100,000 pengikut baru dan perkara ini buruk buat Israel,” kata Moulton.

Jurucakap tentera rejim Israel, Jonathan Conricus pada Isnin memberitahu CNN bahawa nisbah dua penduduk awam Palestin dibunuh untuk setiap ahli Hamas satu “nisbah positif” kerana ia membabitkan situasi pertempuran dalam bandar.

“Kita tidak terlibat untuk menetapkan nisbah sebegitu, yang pada pendapat saya adalah (sesuatu yang) tidak enak,” kata Jurucakap Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Stephane Dujarric dipetik Jordan News, mengkritik jurucakap tentera Israel itu.

Advertisement

Dujarric menekankan fokus PBB adalah untuk mencegah korban awam, walaupun mengakui cabaran-cabaran di Gaza, di mana lebih 16,000 warga Palestin terkorban sejak 7 Oktober lalu. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending