Connect with us

Antarabangsa

Etnik Uighur desak China hentikan penindasan, tuntut kemerdekaan

Sekumpulan etnik Uighur mengadakan demonstrasi di luar White House kelmarin ketika memperingati ulang tahun ke-14 tragedi kejam pembunuhan beramai-ramai Urumchi di China pada tahun 2009.

Wartawan TMT

Published

on

Etnik Uighur desak China hentikan penindasan, tuntut kemerdekaan
Foto: Sekumpulan etnik Uighur mengadakan demonstrasi membantah pembunuhan terhadap rakyat mereka di luar White House di Washington, AS.
  • Sekumpulan etnik Uighur adakan demonstrasi di luar White House kelmarin ketika memperingati ulang tahun ke-14 tragedi kejam pembunuhan beramai-ramai Urumchi di China pada tahun 2009.
  • Protes itu dianjurkan Gerakan Kebangkitan Kebangsaan Turkistan Timur, sebuah pertubuhan bukan keuntungan yang berjuang menuntut kemerdekaan Uighur daripada China.
  • Penunjuk perasaan melaungkan slogan meminta China menghentikan pembunuhan beramai-ramai warga minoriti itu sambil membawa bendera putih dan biru melambangkan Turkistan Timur yang terletak di daerah autonomi Xinjiang milik China.
  • Penunjuk perasaan menggunakan mesej Hari Kemerdekaan Amerika Syarikat (AS) untuk menyeru agar pentadbiran Presiden, Joe Biden dan kerajaan lain di seluruh dunia mengiktiraf Turkistan Timur sebagai negara berdaulat yang diduduki.
  • Penunjuk perasaan mendakwa pembunuhan beramai-ramai orang Uighur semakin meningkat sejak insiden di Urumqi yang membawa kepada peningkatan seruan untuk kemerdekaan Turkistan Timur.

WASHINGTON: Sekumpulan etnik Uighur mengadakan demonstrasi di luar White House kelmarin ketika memperingati ulang tahun ke-14 tragedi kejam pembunuhan beramai-ramai Urumchi di China pada tahun 2009.

Protes itu dianjurkan oleh Gerakan Kebangkitan Kebangsaan Turkistan Timur, sebuah pertubuhan bukan keuntungan yang berjuang menuntut kemerdekaan Uighur daripada China.

Penunjuk perasaan melaungkan slogan meminta China menghentikan pembunuhan beramai-ramai warga minoriti itu sambil membawa bendera putih dan biru melambangkan Turkistan Timur yang terletak di daerah autonomi Xinjiang milik China.

Penunjuk perasaan menggunakan mesej Hari Kemerdekaan Amerika Syarikat (AS) untuk menyeru agar pentadbiran Presiden, Joe Biden dan kerajaan lain di seluruh dunia mengiktiraf Turkistan Timur sebagai negara berdaulat yang diduduki.

Penunjuk perasaan mendakwa pembunuhan beramai-ramai orang Uighur semakin meningkat sejak insiden di Urumqi yang membawa kepada peningkatan seruan untuk kemerdekaan Turkistan Timur.

“Kami, rakyat Turkistan Timur dengan tegas mempertahankan hasrat kami yang tidak pernah gagal untuk memulihkan kebebasan dan kemerdekaan kami. Tetapi kami tidak boleh melakukannya sendirian.

“Turkistan Timur bukan sebahagian daripada China dan kami tidak akan pernah menjadi rakyat negara itu,” kata seorang penunjuk perasaan.

Peguam hak asasi manusia terkemuka, Rayhan Asat yang berasal dari Uighur memberitahu UPI, tindakan yang dibuat oleh negara luar bagi menangani pembunuhan beramai-ramai etnik minoriti itu masih belum cukup untuk menghentikan kekejaman yang terus berlaku.

Pekerja Uighur dan warga China Han bertelagah di sebuah kilang mainan di Guangdong pada 25 Jun 2009 akibat tuduhan rogol, menyebabkan kematian dan kecederaan beberapa pekerja etnik minoriti itu.

Selepas keganasan di kilang mainan tersebut, etnik Uighur berkumpul dan membuat bantahan di Grand Bazaar di Urumqi pada 5 Julai 2009, tetapi protes tersebut bertukar ganas apabila pasukan tentera China didakwa melepaskan tembakan, menyebabkan puluhan terbunuh dan cedera.

Sejak 2017, China turut didakwa menahan dan mengurung lebih sejuta etnik Uighur dan warga Islam Turkic lain di sebuah kem pendidikan semula di Xinjiang.

Semasa kemuncak pandemik Covid-19 pada tahun 2021, AS di bawah pimpinan bekas Presiden, Donald Trump mengisytiharkan layanan China terhadap Uighur sebagai penghapusan etnik.

AS menuduh China memenjarakan Uighur di Xinjiang dan bertindak melakukan penyeksaan, dan sekatan kejam terhadap kebebasan beragama, bersuara dan bergerak terhadap etnik beragama Islam itu.

Sumber: Utusan Malaysia

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Remaja ketagih vape rebah, berubah ‘biru’ dan hampir mati

Seorang bapa memberi amaran kepada ibu bapa lain tentang bahaya vape yang mengancam nyawa anak perempuan remajanya yang tiba-tiba rebah dan bertukar ‘biru’ ketika di rumah rakannya.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Kyla Blight yang menghisap vape menyamai tindakan menghisap 400 batang rokok seminggu.
  • Seorang bapa memberi amaran kepada ibu bapa lain tentang bahaya vape yang mengancam nyawa anak perempuan remajanya yang tiba-tiba rebah dan bertukar ‘biru’ ketika di rumah rakannya.
  • Daily Mail melaporkan paru-paru remaja itu ‘pecah’ disebabkan rutinnya menghisap vape yang menyamai tindakan menghisap 400 batang rokok seminggu.
  • Pada awal pagi 11 Mei, Mark Blight yang menetap di Egremont, Cumbria, England, membawa anaknya, Kyla Blight, 17, ke hospital selepas menerima panggilan telefon memberitahu anaknya rebah dan berubah ‘biru’ ketika bermalam di rumah rakannya.
  • Selepas jantungnya hampir berhenti berdegup, remaja berusia 17 tahun itu menjalani pembedahan selama lima setengah jam untuk membuang sebahagian paru-parunya.
  • Pakar perubatan menemui lepuh udara kecil dikenali sebagai  pulmonary bleb, berkembang di bahagian atas paru-parunya. Vape berlebihan dipercayai menjadi penyebab lepuh ini pecah dan paru-parunya gagal berfungsi.

Seorang bapa memberi amaran kepada ibu bapa lain tentang bahaya vape yang mengancam nyawa anak perempuan remajanya yang tiba-tiba rebah dan bertukar ‘biru’ ketika di rumah rakannya.

Daily Mail melaporkan paru-paru remaja itu ‘pecah’ disebabkan rutinnya menghisap vape yang menyamai tindakan menghisap 400 batang rokok seminggu.

Pada awal pagi 11 Mei, Mark Blight yang menetap di Egremont, Cumbria, England, membawa anaknya, Kyla Blight, 17, ke hospital selepas menerima panggilan telefon memberitahu anaknya rebah dan berubah ‘biru’ ketika bermalam di rumah rakannya.

Selepas jantungnya hampir berhenti berdegup, remaja berusia 17 tahun itu menjalani pembedahan selama lima setengah jam untuk membuang sebahagian paru-parunya.

Pakar perubatan menemui lepuh udara kecil dikenali sebagai  pulmonary bleb yang berkembang di bahagian atas paru-parunya. 

Vape berlebihan dipercayai menjadi penyebab lepuh itu pecah dan paru-parunya gagal berfungsi.

Kyla yang mula menghisap vape pada usia 15 tahun percaya tabiat itu ‘tidak berbahaya’ dan melakukan 4,000 sedutan vape seminggu menyamai nikotin 400 batang rokok.

Selepas pembedahan, Kyla menghabiskan dua minggu di hospital sebelum dibenarkan pulang ke rumah sepenuhnya.

“Saya bercakap dengan pakar bedah dan dia menyebut tentang lepuh yang boleh terbentuk pada paru-paru. 

“Mereka fikir bahawa vape pakai buanglah yang memecahkan lepuh ini dan menusuk lubang pada paru-paru anda.

“Nampaknya ia perkara yang diketahui sekarang. Dia telah melakukan banyak operasi seperti ini,” kata Blight.

Walaupun vape secara meluas dilihat lebih selamat daripada merokok, kesan jangka panjang vape masih kekal misteri.

Doktor menyatakan kebimbangan adanya gelombang penyakit paru-paru, masalah pergigian dan kanser dalam beberapa dekad yang akan datang pada mereka yang memulakan tabiat itu.

Tahun lalu, pakar pediatrik terkemuka memberi amaran bahawa kanak-kanak dimasukkan ke hospital dengan kesukaran bernafas akibat vape, di tengah-tengah wabak vape golongan belia pada tahap ‘mengganggu.’ – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending