Connect with us

Antarabangsa

Empat maut kerana cabaran TikTok, lompat dari bot berkelajuan tinggi

Sekurang-kurangnya empat orang maut di Alabama, Amerika Syarikat, selepas menyertai satu lagi cabaran TikTok yang membawa maut, dengan melompat dari belakang bot sedang bergerak.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Empat maut kerana cabaran TikTok, lompat dari bot berkelajuan tinggi
Foto: Tangkap layar cabaran di TikTok menunjukkan seorang wanita yang melompat dari belakang bot yang sedang bergerak.
  • Sekurang-kurangnya empat orang maut di Alabama, Amerika Syarikat, selepas menyertai cabaran TikTok yang membawa maut, dengan melompat dari belakang bot sedang bergerak.
  • Cabaran TikTok membuatkan orang ramai melompat dari belakang bot berkelajuan tinggi, dengan menggunakan kaki dahulu serta ada yang melompat ke laut atau tasik, manakala yang lain melakukan aksi backflip.
  • Skuad Penyelamat Childersburg di Alabama, Kapten Jim Dennis mengesahkan kematian serta-merta empat mangsa terbabit selepas mereka alami patah leher.
  • “Saya rasa orang ramai lebih cenderung melakukan sesuatu yang bodoh kerana mereka mahu menunjuk-nunjuk di hadapan rakan mereka untuk dimuat turun dalam media sosial,” katanya kepada agensi berita di bawah ABC News, WPDE-TV.

Washington: Sekurang-kurangnya empat orang maut di Alabama, Amerika Syarikat, selepas menyertai satu lagi cabaran TikTok yang membawa maut, dengan melompat dari belakang bot sedang bergerak.

Cabaran TikTok membuatkan orang ramai melompat dari belakang bot berkelajuan tinggi, dengan menggunakan kaki dahulu.

Ada yang melompat ke laut atau tasik, manakala yang lain melakukan aksi backflip.

Skuad Penyelamat Childersburg di Alabama, Kapten Jim Dennis mengesahkan kematian serta-merta empat mangsa terbabit selepas mereka mengalami patah leher.

“(Dalam) enam bulan lalu, kami menerima empat kes lemas yang sepatutnya boleh dielakkan kerana mereka melakukan itu akibat pengaruh cabaran TikTok.

“Dalam kes itu empat mangsa ini melompat dari bot menyebabkan mereka patah leher dan kematian serta-merta.

“Saya rasa orang ramai lebih cenderung melakukan sesuatu yang bodoh kerana mereka mahu menunjuk-nunjuk di hadapan rakan mereka untuk dimuat turun dalam media sosial,” katanya kepada agensi berita di bawah ABC News, WPDE-TV.

Dennis berkata, Februari lalu seorang lelaki yang mempunyai isteri dan tiga anak, meninggal dunia dalam insiden berhubung perkara serupa.

Katanya, ketika kejadian, isteri sedang merakam lelaki itu meluncurkan dirinya dari belakang bot.

WPDE-TV melaporkan, insiden terbaharu berlaku pada Mei lalu turut membabitkan seorang lelaki pertengahan umur.

Dua lagi yang meninggal dunia ketika melakukan cabaran TikTok juga adalah lelaki, lapor agensi itu.

Sumber: Utusan Malaysia

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *