Antarabangsa
ICC keluar waran tangkap Netanyahu, Gallant
- Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) pada Khamis mengeluarkan waran tangkap untuk Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dan bekas menteri pertahanan, Yoav Gallant bersama bekas komander Hamas atas dakwaan jenayah perang dan jenayah kemanusiaan.
- Mahkamah disokong Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) itu dalam kenyataan akhbar berkata hakim ICC mendapati alasan munasabah bahawa ketiga-tiga lelaki itu memikul “tanggungjawab jenayah” untuk jenayah didakwa dilakukan dari 8 Oktober 2023 hingga 20 Mei 2024 – hari Pendakwaan memfailkan permohonan untuk waran tangkap.
- “Berkenaan dengan jenayah, (Dewan Pra-Perbicaraan Mahkamah I) mendapati alasan munasabah untuk mempercayai bahawa Encik Netanyahu…dan Encik Gallant…memikul tanggungjawab jenayah untuk jenayah berikut sebagai pelaku bersama kerana melakukan perbuatan itu secara bersama-sama dengan orang lain: jenayah perang kelaparan sebagai kaedah peperangan; dan jenayah terhadap kemanusiaan iaitu pembunuhan, penganiayaan, dan tindakan tidak berperikemanusiaan lain,” kata ICC.
- Waran tangkap dikeluarkan selepas penolakan ICC terhadap cabaran Israel terhadap bidang kuasa mahkamah itu.
Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) pada Khamis mengeluarkan waran tangkap untuk Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dan bekas menteri pertahanan, Yoav Gallant bersama bekas komander Hamas atas dakwaan jenayah perang dan jenayah kemanusiaan.
Mahkamah yang disokong Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) itu dalam kenyataan akhbar berkata hakim ICC mendapati alasan munasabah bahawa ketiga-tiga lelaki itu memikul “tanggungjawab jenayah” untuk jenayah didakwa dilakukan dari 8 Oktober 2023 hingga 20 Mei 2024 – hari Pendakwaan memfailkan permohonan untuk waran tangkap.
“Berkenaan dengan jenayah, (Dewan Pra-Perbicaraan Mahkamah I) mendapati alasan munasabah untuk mempercayai bahawa Encik Netanyahu…dan Encik Gallant…memikul tanggungjawab jenayah untuk jenayah berikut sebagai pelaku bersama kerana melakukan perbuatan itu secara bersama-sama dengan orang lain: jenayah perang kelaparan sebagai kaedah peperangan; dan jenayah terhadap kemanusiaan iaitu pembunuhan, penganiayaan, dan tindakan tidak berperikemanusiaan lain,” kata ICC.
Waran tangkap dikeluarkan selepas penolakan ICC terhadap cabaran Israel terhadap bidang kuasa mahkamah itu.
Waran untuk komander tentera Hamas, Mohammed Deif juga mendakwa jenayah terhadap kemanusiaan dan jenayah perang, walaupun rejim Israel mengatakan bahawa dia terbunuh dalam serangan udara di Gaza pada Julai.
ICC dilaporkan berkata bahawa ia sedang mengumpul maklumat berhubung kematian Deif.
Sehingga 15 November, status sebenar komander Hamas itu tidak diketahui.
“Pihak Pendakwaan juga menyatakan bahawa ia terus menyiasat jenayah dalam konflik yang berterusan dan membayangkan bahawa permohonan lanjut untuk waran tangkap akan dikemukakan,” kata kenyataan itu.
Pihak Pendakwaan sebelum ini memfailkan permohonan waran tangkap untuk dua lagi pemimpin kanan Hamas, Ismail Haniyeh dan Yahya Sinwar.
Bagaimanapun, ia ditarik balik berikutan pengesahan kematian pemimpin penentangan Palestin itu. – The Merdeka Times