Connect with us

Terkini

Senaraikan pelawak Jocelyn Chia sebagai ‘persona non grata’ – Pemuda AMANAH

Pemuda AMANAH Nasional mendesak kerajaan segera mengambil tindakan tegas dengan menyenaraikan pelawak komediri, Jocelyn Chia sebagai ‘persona non grata’.

Hidayah Sani

Published

on

Senaraikan pelawak Jocelyn Chia sebagai ‘persona non grata’ – Pemuda AMANAH
Foto: Senator Mohd Hasbie Muda.
  • Pemuda AMANAH Nasional mendesak kerajaan segera mengambil tindakan tegas dengan menyenaraikan pelawak komediri, Jocelyn Chia sebagai ‘persona non grata’.
  • Ketua pemudanya, Senator Mohd Hasbie Muda berkata perkara itu adalah sebagai bentuk penegasan tindakan merendahkan dan tidak sensitif seperti dilakukan Jocelyn tidak akan ditoleransi di negara ini.
  • “Kami dengan tegas dan penuh keprihatinan mengecam tindakan pelawak Jocelyn Chia melakukan lawak tidak sensitif dan menghina negara Malaysia serta menguris hati keluarga mangsa kemalangan MH370 dan MH17.
  • “Tindakan seperti ini tidak dapat diterima dalam konteks apa pun, dan kami mengutuk sikap yang merendahkan dan tidak menghormati kesakitan dan penderitaan dialami keluarga mangsa,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Khamis.
  • The Merdeka Times (TMT) kelmarin melaporkan pelawak komediri itu didakwa menghina Malaysia dengan membuat kenyataan tidak sensitif melibatkan insiden kehilangan MH370 dan merendahkan Malaysia yang dikategorikan sebagai negara membangun sedangkan Singapura menjadi negara dunia pertama.

KUALA LUMPUR — Pemuda AMANAH Nasional mendesak kerajaan segera mengambil tindakan tegas dengan menyenaraikan pelawak komediri, Jocelyn Chia sebagai ‘persona non grata’.

Ketua pemudanya, Senator Mohd Hasbie Muda berkata perkara itu adalah sebagai bentuk penegasan tindakan merendahkan dan tidak sensitif seperti dilakukan Jocelyn tidak akan ditoleransi di negara ini.

“Kami dengan tegas dan penuh keprihatinan mengecam tindakan pelawak Jocelyn Chia melakukan lawak tidak sensitif dan menghina negara Malaysia serta menguris hati keluarga mangsa kemalangan MH370 dan MH17.

“Tindakan seperti ini tidak dapat diterima dalam konteks apa pun, dan kami mengutuk sikap yang merendahkan dan tidak menghormati kesakitan dan penderitaan dialami keluarga mangsa,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Khamis.

Hasbie mengakui kebebasan berbicara dan seni adalah hak yang penting dalam masyarakat demokrasi.

Bagaimanapun, katanya, ia tidak boleh diguna sebagai alasan untuk menyebarkan kebencian, melukai perasaan orang lain, atau meremehkan tragedi menimpa negara dan rakyat kita.

“Kami mengajak semua pihak, terutama insan seni dan komedi, untuk bertindak dengan penuh tanggungjawab akan implikasi kata-kata dan tindakan mereka. 

“Kita semua harus menjaga dan menghormati sensitiviti orang lain serta menghindari berperilaku yang boleh mengundang ketidakharmonian antara dua negara,” katanya.

The Merdeka Times (TMT) pada kelmarin (7 Jun 2023) melaporkan pelawak komediri dari Singapura itu yang didakwa menghina Malaysia dengan membuat kenyataan tidak sensitif melibatkan insiden kehilangan MH370 dan merendahkan Malaysia yang dikategorikan sebagai negara membangun sedangkan Singapura menjadi negara dunia pertama.

Difahamkan, bekas peguam itu membuat ‘lawak’ tersebut ketika persembahannya di kelab Comedy Cellar di AS dan video persembahan itu tular di Twitter dan Tiktok serta dimuat naik di Instagramnya sendiri.

Pada 8 Mac 2014, pesawat Malaysia Airlines MH370 yang membawa 239 kru dan penumpang meninggalkan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur ke Beijing, namun hilang daripada skrin radar kira-kira dua jam setelah berlepas.

Susulan insiden itu, operasi mencari membabitkan beberapa negara dijalankan di selatan Lautan Hindi, namun pesawat atau bangkainya tidak ditemukan. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

‘Edisi Siasat’ disiasat

Polis akan menyiasat pihak yang menyebarkan maklumat kononnya mendakwa memiliki laporan siasatan kes pembunuhan kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin yang tular di akaun telegram ‘Edisi Siasat’ semalam.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, JSJ Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain.
  • Polis akan menyiasat pihak yang menyebarkan maklumat kononnya mendakwa memiliki laporan siasatan kes pembunuhan kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin yang tular di akaun telegram ‘Edisi Siasat’ semalam.
  • Kandungan yang tular terbabit berbentuk pengakuan tentang kronologi kisah pembunuhan Zayn Rayyan yang dirancang oleh kedua ibu bapanya.
  • Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, JSJ Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, pihaknya akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia, MCMC bagi mengesan individu yang terlibat. 
  • “Ia adalah perkara yang perlu dilakukan, samada pihak MCMC berkemampuan itu saya tidak pasti. Kami akan siasat apa yang telah dikeluarkan dalam konteks ES itu dan ingin saya katakan sekali lagi segala perkara yang melibatkan siasatan ini harus datang dari pihak yang rasmi.
  • “Kita akan menyiasat sepenuhnya. Sesiapa yang kita kenalpasti, saya tidak teragak-agak langsung kerana segala penat jerih rakan-rakan boleh tergugat dengan perkara itu,” katanya dalam sidang media di Bukit Aman sebentar tadi.

KUALA LUMPUR – Polis akan menyiasat pihak yang menyebarkan maklumat kononnya mendakwa memiliki laporan siasatan kes pembunuhan kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin yang tular di akaun telegram ‘Edisi Siasat’ semalam.

Kandungan yang tular terbabit berbentuk pengakuan tentang kronologi kisah pembunuhan Zayn Rayyan yang dirancang oleh kedua ibu bapanya.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, JSJ Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, pihaknya akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia, MCMC bagi mengesan individu yang terlibat. 

“Ia adalah perkara yang perlu dilakukan, samada pihak MCMC berkemampuan itu saya tidak pasti. Kami akan siasat apa yang telah dikeluarkan dalam konteks ES itu dan ingin saya katakan sekali lagi segala perkara yang melibatkan siasatan ini harus datang dari pihak yang rasmi.

“Kita akan menyiasat sepenuhnya. Sesiapa yang kita kenalpasti, saya tidak teragak-agak langsung kerana segala penat jerih rakan-rakan boleh tergugat dengan perkara itu,” katanya dalam sidang media di Bukit Aman sebentar tadi.

Beliau bertegas bahawa perbuatan tidak bertanggungjawab itu boleh mengganggu perbicaraan kes bagi menegakkan keadilan terhadap kanak-kanak malang itu serta memberi implikasi kepada semua pihak termasuk pihak pendakwaan, pembelaan dan juga keluarga mangsa.

Mengulas mengenai kenyataan peguam Fahmi Abd Moin yang mendakwa siasatan di bawah Seksyen 302  Kanun Keseksaan masih dijalankan sehingga pelaku sebenar ditahan, beliau berkata siasatan telah selesai selepas pendakwaan terhadap ibu bapa mangsa di mahkamah semalam.

“Seperti yang saya katakan semalam, bahagian kita dalam menyiasat kes itu telah diakhiri dengan pendakwaan ibu bapa Zayn Rayyan.

“Sekiranya ada pendedahan baharu semasa prosiding perbicaraan dan Timbalan Pendakwa Raya mengarahkan kami menyiasat lebih lanjut, kami akan berbuat demikian,” tambahnya.

Mengenai tindakan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Selangor yang kini menjaga adik Zayn Rayyan, beliau berkata ia adalah tanggungjawab undang-undang dan moral untuk berbuat demikian. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending