Connect with us

Antarabangsa

Rakyat Indonesia perlu bayar sendiri rawatan Covid-19 jika bertukar endemik – Jokowi

Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) menegaskan bahawa kerajaan tidak lagi menanggung kos rawatan pesakit Covid-19 sekiranya status wabak itu ditukar kepada endemik. 

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Rakyat Indonesia perlu bayar sendiri rawatan Covid-19 jika bertukar endemik – Jokowi
Foto: Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi).
  • Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) menegaskan bahawa kerajaan tidak lagi menanggung kos rawatan pesakit Covid-19 sekiranya status wabak itu ditukar kepada endemik. 
  • Jelas Jokowi, rakyat di negara itu diminta memahami situasi berkenaan dan tidak terlalu gembira dengan pengumuman tersebut.
  • “Hati-hati ya jika sudah memasuki fasa endemik, kerana jika anda dijangkiti Covid-19 anda perlu membayar sendiri. 
  • “Pada masa ini ia masih ditanggung oleh kerajaan, sebaik sahaja ia menjadi endemik jangan bertepuk tangan dahulu, harus diingat anda akan membayar untuk penyakit Covid- 19. Itu akibatnya,” katanya dipetik CNN Indonesia.

JAKARTA: Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) menegaskan bahawa kerajaan tidak lagi menanggung kos rawatan pesakit Covid-19 sekiranya status wabak itu ditukar kepada endemik. 

Jelas Jokowi, rakyat di negara itu diminta memahami situasi berkenaan dan tidak terlalu gembira dengan pengumuman tersebut.

“Hati-hati ya jika sudah memasuki fasa endemik, kerana jika anda dijangkiti Covid-19 anda perlu membayar sendiri. 

“Pada masa ini ia masih ditanggung oleh kerajaan, sebaik sahaja ia menjadi endemik jangan bertepuk tangan dahulu, harus diingat anda akan membayar untuk penyakit Covid- 19. Itu akibatnya,” katanya dipetik CNN Indonesia.

Bulan lalu, WHO menamatkan status kecemasan kesihatan awam bagi kebimbangan negara (PHEIC) tetapi masih mengisytiharkan Covid-19 sebagai pandemik.

Minggu lalu, Jokowi memaklumkan, kerajaan sudah memutuskan bahawa Indonesia akan memasuki negara endemik, tetapi perubahan status itu perlu mengambil kira bilangan kes harian dan aktif yang merosot serta perkembangan vaksin Covid-19.

Peralihan tersebut bermakna kerajaan juga perlu membubarkan pasukan petugas pengendalian Covid-19 dan menyediakan vaksin  dalam skim perkhidmatan biasa untuk penyakit berjangkit.

Katanya, usaha menangani pandemik Covid-19 merupakan tugas paling sukar sepanjang menggalas tanggungjawab sebagai Presiden sejak tahun 2014.

“Dalam hampir 10 tahun bekerja, memang bahagian yang paling sukar ialah menghadapi Covid-19. Kita benar-benar tidak tahu bila wabak ini akan berakhir, cara menyelesaikannya, dan selama mana ia terus merebak juga kita tidak tahu,” kata Jokowi. – Agensi

Sumber: Utusan

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *