Connect with us

Antarabangsa

Pegawai Kementerian Israel ‘buang air kecil’ di lokasi pembunuhan rakyat Palestin

Tindakan seorang pegawai kementerian Israel yang juga pelampau berhaluan kanan ‘buang air kecil’ di lokasi serangan yang membunuh lima rakyat Palestin dikecam hebat masyarakat.

Wartawan TMT

Published

on

Pegawai Kementerian Israel 'buang air kecil' di lokasi pembunuhan rakyat Palestin
Foto: Tangkap layar video menunjukkan Menteri Keselamatan Itamar Ben-Gvir, Chanamel Dorfman membuang air kecil secara terbuka berhampiran lokasi kejadian tembakan mengorbangkan lima rakyat Palestin.
  • Tindakan seorang pegawai kementerian Israel yang juga pelampau berhaluan kanan ‘buang air kecil’ di lokasi serangan yang membunuh lima rakyat Palestin dikecam hebat masyarakat.
  • Aksi keji ketua staf Menteri Keselamatan Itamar Ben-Gvir, Chanamel Dorfman, baru-baru ini, menjadikan tumpuan terarah kepada kerajaan campuran sayap kanan
  • Dorfman yang diiringi oleh anggota keselamatan Israel, tiba di tempat kejadian di bandar Nazareth di utara Israel, tempat di mana lima penduduk Palestin yang merupakan warga Israel terbunuh dalam satu serangan jenayah terancang.
  • Dengan kehadiran ramai pegawai polis dan penduduk tempatan, pegawai kanan itu secara terbuka membuang air kecil, lapor Agensi Anadolu.

BAITULMAQDIS: Tindakan seorang pegawai kementerian Israel yang juga pelampau berhaluan kanan ‘buang air kecil’ di lokasi serangan yang membunuh lima rakyat Palestin dikecam hebat masyarakat.

Aksi keji ketua staf Menteri Keselamatan Itamar Ben-Gvir, Chanamel Dorfman, baru-baru ini, menjadikan tumpuan terarah kepada kerajaan campuran sayap kanan

Israel yang dipimpin oleh Perdana Menteri Benjamin Netanyahu, yang terkenal dengan dasar diskriminasi dan perkauman terhadap rakyat Palestin.

Dorfman yang diiringi oleh anggota keselamatan Israel, tiba di tempat kejadian di bandar Nazareth di utara Israel, tempat di mana lima penduduk Palestin yang merupakan warga Israel terbunuh dalam satu serangan jenayah terancang.

Dengan kehadiran ramai pegawai polis dan penduduk tempatan, pegawai kanan itu secara terbuka membuang air kecil, lapor Agensi Anadolu.

Video insiden itu dirakam seorang individu di lokasi kejadian.

Dorfman, yang dianggap orang kanan Ben-Gvir, tidak menghiraukan sensitiviti lokasi itu sambil melepaskan hajatnya, mendorong seorang penduduk tempatan untuk bersemuka dengannya.

Advertisement

Individu yang bersemuka dengan Dorfman menjerit menghinanya, dengan berkata,

“Malulah awak! Tidakkah awak nampak ada wanita dan kanak-kanak di sekeliling?”

Berikutan herdikan itu, pegawai berkenaan segera kembali kepada anggota keselamatan.

Ketika rakaman itu tersebar di media sosial, tindakan keji Dorfman di lokasi pembunuhan beramai-ramai dikecam secara meluas.

Komen di media sosial termasuk ungkapan seperti “tidak menghormati kemanusiaan,” “tingkah laku yang menjijikkan” dan “Israel adalah negara jenayah perkauman.”

Sumber: Berita Harian 

Advertisement

Author

Antarabangsa

Lelaki Israel rayu Netanyahu terima, kebumi jasad keluarganya terbunuh di Gaza

Briged al-Qassam menyiarkan video seorang tawanan Israel merayu Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu untuk mengambil jasad isteri dan dua anaknya yang terkorban di Gaza disebabkan pengeboman rejim zionis Israel.

A.R. Khan

Published

on

Foto: Tawanan Israel, Yarden Peepas.
  • Briged al-Qassam menyiarkan video seorang tawanan Israel merayu kepada Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu untuk mengambil jasad isteri dan dua anaknya yang terkorban di Gaza disebabkan pengeboman rejim Israel.
  • Video yang turut disiarkan saluran Telegram Shehab News itu menunjukkan tawanan Israel, Yarden Peepas, bercakap dengan pantas dan sebak menyampaikan mesejnya kepada Netanyahu.
  • “Kamu mengebom dan membunuh isteri serta kedua anak saya, yang merupakan perkara paling penting dalam hidup saya, tolong (ambil) pulang jasad mereka untuk dikebumikan di Tel Aviv,” katanya.
  • Menurut Roya News, Hamas sebelum ini menawarkan untuk menyerah tiga jasad ahli keluarga Yarden itu untuk dibawa keluar dari Gaza.
  • Tetapi kerajaan negara haram Israel menolak untuk menerima tawaran itu dan meneruskan rundingan, demikian kenyataan rasmi Briged al-Qassam.

Briged al-Qassam menyiarkan video seorang tawanan Israel merayu Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu untuk mengambil jasad isteri dan dua anaknya yang terkorban di Gaza disebabkan pengeboman rejim zionis Israel.

Video yang turut disiarkan saluran Telegram Shehab News itu menunjukkan tawanan Israel, Yarden Peepas, bercakap dengan pantas dan sebak menyampaikan mesejnya kepada Netanyahu.

“Kamu mengebom dan membunuh isteri serta kedua anak saya, yang merupakan perkara paling penting dalam hidup saya, tolong (ambil) pulang jasad mereka untuk dikebumikan di Tel Aviv,” katanya.

Menurut Roya News, Hamas sebelum ini menawarkan untuk menyerah tiga jasad ahli keluarga Yarden itu untuk dibawa keluar dari Gaza.

Tetapi kerajaan negara haram Israel menolak untuk menerima tawaran itu dan meneruskan rundingan, demikian kenyataan rasmi Briged al-Qassam.

The Times Of Israel melaporkan kononnya kumpulan pembebasan Palestin, Hamas membuat dakwaan itu yang menurut mereka sebahagian kempen peperangan psikologi. – The Merdeka Times

Sumber: Shehab News, Roya News, The Times Of Israel

Advertisement

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending