Connect with us

Antarabangsa

Palestin boikot mesyuarat ekonomi bincang penempatan haram Israel

Pihak Berkuasa Palestin (PA) akan memboikot mesyuarat ekonomi dengan Israel bagi membantah rancangan penempatan baharu Israel di Tebing Barat yang diduduki, lapor Agensi Anadolu.

Wartawan TMT

Published

on

Palestin boikot mesyuarat ekonomi bincang penempatan haram Israel
Foto: Setiausaha Eksekutif Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO), Hussein Al-Sheikh.
  • Pihak Berkuasa Palestin (PA) akan memboikot mesyuarat ekonomi dengan Israel bagi membantah rancangan penempatan baharu Israel di Tebing Barat yang diduduki, lapor Agensi Anadolu.
  • “Kami memutuskan untuk memboikot mesyuarat Jawatankuasa Ekonomi Bersama antara kedua-dua pihak [Israel dan PA], yang dijadualkan diadakan esok (hari ini),” kata Setiausaha Eksekutif Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO), Hussein Al-Sheikh.
  • Beliau berkata, langkah itu dibuat sebagai protes terhadap keputusan kerajaan Israel yang membenarkan Menteri Kewangan, Bezalel Smotrich bertanggungjawab meratifikasi rancangan dan projek penempatan.
  • Al-Sheikh berkata, Pihak Berkuasa Palestin akan mengkaji beberapa langkah dan keputusan lain untuk pelaksanaan yang berkaitan dengan hubungan dengan Israel.
  • Sementara itu, kumpulan Pergerakan Perjuangan Islam Palestin (Hamas) mengecam pengumuman Israel mengenai tender baharu untuk membina kira-kira 4,500 unit penempatan di penempatan sedia ada di seluruh Tebing Barat.

TEBING BARAT, 30 Zulkaedah 1444H, Isnin – Pihak Berkuasa Palestin (PA) akan memboikot mesyuarat ekonomi dengan Israel bagi membantah rancangan penempatan baharu Israel di Tebing Barat yang diduduki, lapor Agensi Anadolu.

“Kami memutuskan untuk memboikot mesyuarat Jawatankuasa Ekonomi Bersama antara kedua-dua pihak [Israel dan PA], yang dijadualkan diadakan esok (hari ini),” kata Setiausaha Eksekutif Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO), Hussein Al-Sheikh.

Beliau berkata, langkah itu dibuat sebagai protes terhadap keputusan kerajaan Israel yang membenarkan Menteri Kewangan, Bezalel Smotrich bertanggungjawab meratifikasi rancangan dan projek penempatan.

Al-Sheikh berkata, Pihak Berkuasa Palestin akan mengkaji beberapa langkah dan keputusan lain untuk pelaksanaan yang berkaitan dengan hubungan dengan Israel.

Sementara itu, kumpulan Pergerakan Perjuangan Islam Palestin (Hamas) mengecam pengumuman Israel mengenai tender baharu untuk membina kira-kira 4,500 unit penempatan di penempatan sedia ada di seluruh Tebing Barat.

Dalam satu kenyataan, Hamas memberi amaran bahawa keputusan Israel akan membawa kepada peningkatan lanjut di rantau itu.

Anggaran menunjukkan bahawa kira-kira 700,000 peneroka tinggal di 164 penempatan dan 116 pos di Tebing Barat yang diduduki.

Advertisement

Mengikut undang-undang antarabangsa, semua penempatan Yahudi di wilayah yang diduduki dianggap haram.

Sumber: Ismaweb

Author

Antarabangsa

AS hantar 15,000 bom, 57,000 peluru meriam kepada rejim penjajah zionis Israel

Sejak 7 Oktober, Amerika Syarikat (AS) menghantar ribuan senjata dan artileri kepada negara sekutunya Israel dalam menentang Hamas.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Sejak 7 Oktober, Amerika Syarikat (AS) menghantar ribuan senjata dan artileri kepada negara sekutunya Israel dalam menentang Hamas.
  • Menurut Wall Street Journal, kemasukan senjata itu termasuk 15,000 bom dan 57,000 peluru meriam, yang dibawa pesawat kargo tentera C-17 sejurus selepas permulaan konflik di Semenanjung Gaza dan berterusan sejak beberapa hari lalu, kata laporan eksklusif itu, memetik sumber pegawai AS.
  • Senarai senjata api yang dihantar AS kepada Israel, terdiri daripada lebih 5,400 bom MK84, 5,000 bom MK82 tidak berpandu, 1,000 bom berdiameter kecil GBU-39 dan 3,000 JDAM yang menukar bom tidak berpandu kepada peluru berpandu tepat, katanya.

Gaza: Sejak 7 Oktober, Amerika Syarikat (AS) menghantar ribuan senjata dan artileri kepada negara sekutunya Israel dalam menentang Hamas.

Menurut Wall Street Journal, kemasukan senjata itu termasuk 15,000 bom dan 57,000 peluru meriam, yang dibawa pesawat kargo tentera C-17 sejurus selepas permulaan konflik di Semenanjung Gaza dan berterusan sejak beberapa hari lalu, kata laporan eksklusif itu, memetik sumber pegawai AS.

“AS sebelum ini tidak mendedahkan jumlah senjata dihantar ke Israel mahupun pemindahan 100 BLU-109, 2,000 paun bom bunker-buster,” katanya.

Bom bunker-buster terkenal dengan keupayaannya menembusi jauh ke dalam struktur yang padat sebelum meletup.

Senarai senjata api yang dihantar AS kepada Israel, terdiri daripada lebih 5,400 bom MK84, 5,000 bom MK82 tidak berpandu, 1,000 bom berdiameter kecil GBU-39 dan 3,000 JDAM yang menukar bom tidak berpandu kepada peluru berpandu tepat, katanya.

Tentera Israel meneruskan pengeboman di Semenanjung Gaza awal Jumaat selepas mengisytiharkan penamatan jeda kemanusiaan selama seminggu.

Sekurang-kurangnya 193 rakyat Palestin terbunuh dan 652 cedera dalam serangan udara itu, menurut Kementerian Kesihatan Gaza.

Advertisement

Sejak 7 Oktober, lebih 15,000 rakyat Palestin, kebanyakannya kanak-kanak dan wanita terbunuh dalam serangan kejam Israel, sebagai membalas serangan mengejut Hamas.

Sumber: Harian Metro

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending