Antarabangsa
Ops SAR terakhir pencarian Hawari hari ini
Sekretariat Malaysia Everest 2023 (ME2023) memenuhi permintaan ahli keluarga pendaki ME2023 orang kurang upaya (OKU) pendengaran, Muhammad Hawari Hashim untuk mengadakan operasi mencari dan menyelamat (SAR) menerusi pencarian udara hari ini sebelum ia ditamatkan.

- Sekretariat Malaysia Everest 2023 (ME2023) memenuhi permintaan ahli keluarga pendaki ME2023 orang kurang upaya (OKU) pendengaran, Muhammad Hawari Hashim untuk mengadakan operasi mencari dan menyelamat (SAR) menerusi pencarian udara hari ini sebelum ia ditamatkan.
- Ketua Misi ME2023, Azim Afif Ishak berkata, operasi SAR ini adalah inisiatif terakhir diadakan pihaknya yang akan disertai tiga malim gunung dan seorang jurugambar.
- Menurutnya, pihaknya juga sudah mendapat kebenaran daripada pihak berkuasa Nepal untuk mengadakan operasi SAR itu yang akan tertumpu di kawasan Kem Dua dan Kem Tiga.
- “Anggota operasi SAR ini dijangka berlepas ke Lukla petang semalam dan sekiranya cuaca baik akan memulakan operasi awal pagi hari ini,” katanya.
Kathmandu: Sekretariat Malaysia Everest 2023 (ME2023) memenuhi permintaan ahli keluarga pendaki ME2023 orang kurang upaya (OKU) pendengaran, Muhammad Hawari Hashim untuk mengadakan operasi mencari dan menyelamat (SAR) menerusi pencarian udara hari ini sebelum ia ditamatkan.
Ketua Misi ME2023, Azim Afif Ishak berkata, operasi SAR ini adalah inisiatif terakhir diadakan pihaknya yang akan disertai tiga malim gunung dan seorang jurugambar.
Menurutnya, pihaknya juga sudah mendapat kebenaran daripada pihak berkuasa Nepal untuk mengadakan operasi SAR itu yang akan tertumpu di kawasan Kem Dua dan Kem Tiga.
Katanya, operasi SAR ini akan diketuai pihaknya yang turut dipantau wakil Malaysia di Nepal.
“Anggota operasi SAR ini dijangka berlepas ke Lukla petang semalam dan sekiranya cuaca baik akan memulakan operasi awal pagi hari ini,” katanya.
Dua ahli keluarga Muhammad Hawari ketika ini berada di Nepal iaitu adik bongsunya, Mohamad Ismail, 28 dan adik iparnya, Azhar Ilias, 35.
Mereka tiba di Nepal, Khamis lalu untuk mengikut perkembangan operasi SAR Muhammad Hawari.
Muhammad Hawari dilaporkan hilang di pergunungan Everest, 19 Mei lalu.
Azim berkata, pihaknya juga sudah memberi penerangan berkenaan perjalanan misi menawan Everest Muhammad Hawari sehingga pendaki itu dilaporkan hilang pada Jumaat lalu.
Katanya, kelmarin pihaknya juga sudah menyerahkan barangan kelengkapan dan pakaian Muhammad Hawari kepada ahli keluargannya untuk dibawa pulang ke Malaysia.
Sumber: Harian Metro
Antarabangsa
Lelaki Israel rayu Netanyahu terima, kebumi jasad keluarganya terbunuh di Gaza
Briged al-Qassam menyiarkan video seorang tawanan Israel merayu Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu untuk mengambil jasad isteri dan dua anaknya yang terkorban di Gaza disebabkan pengeboman rejim zionis Israel.

- Briged al-Qassam menyiarkan video seorang tawanan Israel merayu kepada Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu untuk mengambil jasad isteri dan dua anaknya yang terkorban di Gaza disebabkan pengeboman rejim Israel.
- Video yang turut disiarkan saluran Telegram Shehab News itu menunjukkan tawanan Israel, Yarden Peepas, bercakap dengan pantas dan sebak menyampaikan mesejnya kepada Netanyahu.
- “Kamu mengebom dan membunuh isteri serta kedua anak saya, yang merupakan perkara paling penting dalam hidup saya, tolong (ambil) pulang jasad mereka untuk dikebumikan di Tel Aviv,” katanya.
- Menurut Roya News, Hamas sebelum ini menawarkan untuk menyerah tiga jasad ahli keluarga Yarden itu untuk dibawa keluar dari Gaza.
- Tetapi kerajaan negara haram Israel menolak untuk menerima tawaran itu dan meneruskan rundingan, demikian kenyataan rasmi Briged al-Qassam.
Briged al-Qassam menyiarkan video seorang tawanan Israel merayu Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu untuk mengambil jasad isteri dan dua anaknya yang terkorban di Gaza disebabkan pengeboman rejim zionis Israel.
Video yang turut disiarkan saluran Telegram Shehab News itu menunjukkan tawanan Israel, Yarden Peepas, bercakap dengan pantas dan sebak menyampaikan mesejnya kepada Netanyahu.
“Kamu mengebom dan membunuh isteri serta kedua anak saya, yang merupakan perkara paling penting dalam hidup saya, tolong (ambil) pulang jasad mereka untuk dikebumikan di Tel Aviv,” katanya.
Menurut Roya News, Hamas sebelum ini menawarkan untuk menyerah tiga jasad ahli keluarga Yarden itu untuk dibawa keluar dari Gaza.
Tetapi kerajaan negara haram Israel menolak untuk menerima tawaran itu dan meneruskan rundingan, demikian kenyataan rasmi Briged al-Qassam.
The Times Of Israel melaporkan kononnya kumpulan pembebasan Palestin, Hamas membuat dakwaan itu yang menurut mereka sebahagian kempen peperangan psikologi. – The Merdeka Times
Sumber: Shehab News, Roya News, The Times Of Israel
-
Terkini2 days ago
Terus beku akaun Aman Palestin, SPRM umpama ‘dera’ penduduk Gaza – Tun Mahathir
-
Terkini2 days ago
Kibar bendera Israel, lelaki dipenjara enam bulan
-
Terkini4 days ago
(VIDEO) Wee Ka Siong terkejut ‘dimarahi’ Menteri Pendidikan di Dewan Rakyat
-
Antarabangsa3 days ago
PBB siasat, rayu bukti dakwaan keganasan seksual oleh Hamas