Antarabangsa
Lebih 2,000 maut dalam gempa bumi di barat Afghanistan
Angka kematian akibat beberapa siri gempa bumi di barat Afghanistan dilaporkan mencecah lebih 2,000 orang.
- Angka kematian akibat beberapa siri gempa bumi di barat Afghanistan dilaporkan mencecah lebih 2,000 orang.
- Data itu didedahkan oleh seorang pemimpin kanan Taliban yang menjangkakan angka korban akan terus meningkat dalam salah satu gempa bumi paling dahsyat yang melanda negara itu dalam tempoh dua dekad.
- Lapor Al Jazeera, jurucakap Taliban, Suhail Shaheen mengesahkan ramai penduduk masih hilang.
- Katanya, operasi mencari dan menyelamat sedang dilaksanakan bagi membawa keluar mangsa yang terperangkap di bawah serpihan runtuhan perkampungan yang musnah.
- Gempa bumi berukuran 6.3 skala Richter, diikuti lapan gegaran susulan yang kuat, menggegarkan kawasan sukar dijangkau 30 kilometer barat laut ibu kota wilayah Herat.
- Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengesahkan lebih 600 buah rumah musnah atau rosak sebahagiannya di sekurang-kurangnya 12 perkampungan di wilayah Herat, dengan hampir 4,200 orang terjejas.
HERAT: Angka kematian akibat beberapa siri gempa bumi di barat Afghanistan dilaporkan mencecah lebih 2,000 orang.
Data itu didedahkan oleh seorang pemimpin kanan Taliban yang menjangkakan angka korban akan terus meningkat dalam salah satu gempa bumi paling dahsyat yang melanda negara itu dalam tempoh dua dekad.
Lapor Al Jazeera, jurucakap Taliban, Suhail Shaheen mengesahkan ramai penduduk masih hilang.
Katanya, operasi mencari dan menyelamat sedang dilaksanakan bagi membawa keluar mangsa yang terperangkap di bawah serpihan runtuhan perkampungan yang musnah.
Gempa bumi berukuran 6.3 skala Richter, diikuti lapan gegaran susulan yang kuat, menggegarkan kawasan sukar dijangkau 30 kilometer barat laut ibu kota wilayah Herat.
Menurut Suhail, terdapat keperluan mendesak bagi khemah, perubatan dan barang makanan di kawasan terjejas gempa bumi.
Beliau juga merayu ahli perniagaan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tempatan untuk tampil menghulurkan bantuan kepada golongan mangsa yang memerlukan.
Jurucakap Kementerian Situasi Kecemasan dan Bencana, Janan Sayeeq berkata, sekurang-kurangnya 2,053 orang maut manakala seramai 9,240 cedera.
Katanya, sebanyak 1,320 rumah sama ada rosak atau musnah dalam kejadian itu.
Terdahulu, jurucakap Kementerian Penerangan dan Kebudayaan, Abdul Wahid Rayan berkata, lebih 2,000 orang maut dalam kejadian gempa bumi dan gempa susulan itu.
Kira-kira enam perkampungan dilaporkan musnah dan beratus-ratus orang awam tertimbus di bawah serpihan runtuhan.
Pada Sabtu, pihak berkuasa bencana negara memaklumkan gempa bumi melanda barat Afghanistan mengorbankan kira-kira 100 orang.
Sementara itu, AFP melaporkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengesahkan lebih 600 buah rumah musnah atau rosak sebahagiannya di sekurang-kurangnya 12 perkampungan di wilayah Herat, dengan hampir 4,200 orang terjejas.
“Dalam gegaran pertama semua rumah kami runtuh. Mereka yang berada dalam rumah tertimbus dalam runtuhan.
“Ada ahli keluarga sehingga kini tidak mendapat khabar berita,” kata penduduk bernama Bashir Ahmad.
Sumber: Utusan Malaysia
Antarabangsa
Israel bom depot senjata berdekatan pangkalan udara Russia di Syria
Letupan besar dan kebakaran berdekatan lapangan terbang dan pangkalan udara di Syria dilaporkan hari ini dengan Syriawatan News mendakwa sebuah gudang penyimpanan senjata diserang.
- Letupan besar dan kebakaran berdekatan lapangan terbang dan pangkalan udara di Syria dilaporkan hari ini dengan Syriawatan News mendakwa sebuah gudang penyimpanan senjata diserang.
- Insiden itu berlaku berhampiran Pangkalan Udara Khmeimim Russia dan Lapangan Terbang Bassel al-Assad di Jableh, Syria.
- Terdapat dakwaan bahawa pesawat Russia terlibat dalam usaha memintas peluru berpandu di kawasan itu.
- Menurut Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria, Pertahanan udara Russia dan Syria memintas peluru berpandu selama sekurang-kurangnya 40 minit di Latakia, lapor Sky News Arabia.
Letupan besar dan kebakaran berdekatan lapangan terbang dan pangkalan udara di Syria dilaporkan hari ini dengan Syriawatan News mendakwa sebuah gudang penyimpanan senjata diserang.
Insiden itu berlaku berhampiran Pangkalan Udara Khmeimim Russia dan Lapangan Terbang Bassel al-Assad di Jableh, Syria.
Terdapat dakwaan bahawa pesawat Russia terlibat dalam usaha memintas peluru berpandu di kawasan itu.
Pertahanan udara Russia dan Syria dilaporkan memintas peluru berpandu selama sekurang-kurangnya 40 minit.
Terdapat dakwaan bahawa pertahanan udara memintas peluru berpandu di luar pantai Jableh, sebuah bandar di barat laut Syria, dengan anggaran 30 peluru berpandu dilancarkan.
Menurut Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria, Pertahanan udara Russia dan Syria memintas peluru berpandu selama sekurang-kurangnya 40 minit di Latakia, lapor Sky News Arabia.
Laporan tempatan lain mencadangkan sebuah pesawat Iran di lapangan terbang mungkin turut menjadi sasaran.
Israel yang sering menjalankan operasi terhadap sasaran berkaitan dengan Iran di Syria belum memberikan sebarang komen mengenai insiden letupan itu. — The Merdeka Times