Connect with us

Terkini

Kekecohan di KLIA: Ejen warga China yang gagal masuk Malaysia kini ‘hilang’

Ejen kepada wanita warga China yang cuba memasuki Malaysia menerusi Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sehingga mencetuskan kekecohan membabitkan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Tiong King Sing, kini gagal dikesan.

Wartawan TMT

Published

on

Kekecohan di KLIA: Ejen warga China yang gagal masuk Malaysia kini ‘hilang’
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Ejen kepada wanita warga China yang cuba memasuki Malaysia menerusi Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sehingga mencetuskan kekecohan membabitkan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Tiong King Sing, kini gagal dikesan.
  • Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki berkata, pihaknya mengarahkan siasatan kes terbabit dilengkapkan.
  • Kata Azam, perkara itu juga dikemukakan kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk dibuat kajian dan melihat kepada sebarang unsur jenayah berdasarkan hasil siasatan.
  • “Tapi kalau ada yang boleh tunjukkan di mana saksi itu, kami bersedialah. Sebab ramai pandai-pandai kat luar tu kata saksi itu ada di Malaysia…jadi tunjuklah kepada kami,” katanya.
  • SPRM sudah melakukan, memeriksa dengan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dan sistem menunjukkan mereka sudah meninggalkan negara.

Putrajaya: Ejen kepada wanita warga China yang cuba memasuki Malaysia menerusi Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sehingga mencetuskan kekecohan membabitkan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Tiong King Sing, kini gagal dikesan.

Sehubungan itu, Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki berkata, pihaknya mengarahkan siasatan kes terbabit dilengkapkan.

Kata Azam, perkara itu juga sudah dikemukakan kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk dibuat kajian dan melihat kepada sebarang unsur jenayah berdasarkan hasil siasatan.

“Saya ingin katakan juga, kerana masih lagi orang tak percaya kepada SPRM yang mengatakan dua saksi itu sudah balik ke China.

“Tapi kalau ada yang boleh tunjukkan di mana saksi itu, kami bersedialah. Sebab ramai pandai-pandai kat luar tu kata saksi itu ada di Malaysia…jadi tunjuklah kepada kami,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Majlis Pelancaran Body-Worn Camera (BWC) dan Vest SPRM, di Ibu Pejabat SPRM di sini, hari ini.

Tambahnya, SPRM sudah melakukan memeriksa dengan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dan sistem menunjukkan bahawa mereka sudah meninggalkan negara.

Sebelum ini, Tiong mendakwa, wujud budaya rasuah membabitkan segelintir pegawai JIM di pintu masuk negara di KLIA.

Tiong mendedahkan perkara itu selepas mengakui dirinya adalah individu yang terbabit dalam insiden kekecohan di KLIA, selepas dikatakan cuba ‘melepaskan’ kemasukan seorang wanita warga China yang dilarang memasuki negara ini oleh pegawai Imigresen.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, turut mengakui budaya rasuah masih berlaku dalam kalangan penguat kuasa tetapi hanya membabitkan segelintir mereka di KLIA.

Sumber: Harian Metro

Author

Terkini

“Pengecut” tempelak KJ apabila Wan Fayhsal digantung 6 bulan susulan isu MAHB

Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin menempelak tindakan menggantung Ahli Parlimen Machang daripada Perikatan Nasional (PN), Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal daripada menghadiri sidang Dewan Rakyat selama enam bulan bermula hari ini,  sebagai “pengecut”.

Hidayah Sani

Published

on

Foto: Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin (kiri) & Perikatan Nasional (PN), Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal (kanan).
  • Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin menempelak tindakan menggantung Ahli Parlimen Machang daripada Perikatan Nasional (PN), Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal daripada menghadiri sidang Dewan Rakyat selama enam bulan bermula hari ini,  sebagai “pengecut”.
  • Ia susulan kenyataan Wan Fayhsal mengenai surat layang didakwa mengandungi maklumat berkaitan dalang sebenar di sebalik pengambilalihan Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB).
  • Pengecut. Kamu mempermainkan dia (Wan Fayhsal) dengan mengatakan dia berbahasa jargon, tidak tahu apa-apa. 
  • “Akhirnya, kamu menyalahgunakan kuasa legislatif untuk mengusirnya selama enam bulan. Jelas sekali, dia sudah mengganggu kamu. 
  • “Boneka BlackRock. Harap duit Zionis itu berbaloi,” katanya menerusi hantaran di Instagram di sini hari ini dengan memuat naik tangkap layar satu ciapan X berkenaan artikel bertajuk, ‘Dewan Rakyat lulus usul gantung 6 bulan Wan Fayhsal’.
  • Wan Fayhsal ketika mengulas tindakan dikenakan terhadapnya itu menyatakan bahawa beliau ‘dipaksa mengundurkan diri’ dan langsung tidak diberi peluang untuk membela diri ketika usul menggantungnya di Dewan Rakyat hari ini.

KUALA LUMPUR — Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin menempelak tindakan menggantung Ahli Parlimen Machang daripada Perikatan Nasional (PN), Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal daripada menghadiri sidang Dewan Rakyat selama enam bulan bermula hari ini,  sebagai “pengecut”.

Ia susulan kenyataan Wan Fayhsal mengenai surat layang didakwa mengandungi maklumat berkaitan dalang sebenar di sebalik pengambilalihan Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB).

Mengulas tindakan dikenakan terhadap Wan Fayhsal, Khairy menyifatkan pihak terbabit sebagai pengecut dan jelas menunjukkan mereka sebenarnya ‘terganggu’ dengan kenyataan Wan Fayhsal berkenaan isu dibangkitkan.

Khairy yang juga lantang mengkritik penjualan saham MAHB kepada syarikat pro zionis, BlackRock-Global Infrastructure Partners (GIP), secara sarkastik berharap adalah berbaloi pihak terbabit ‘menerima’ duit zionis.

Pengecut. Kamu mempermainkan dia (Wan Fayhsal) dengan mengatakan dia berbahasa jargon, tidak tahu apa-apa. 

“Akhirnya, kamu menyalahgunakan kuasa legislatif untuk mengusirnya selama enam bulan. Jelas sekali, dia sudah mengganggu kamu. 

“Boneka BlackRock. Harap duit Zionis itu berbaloi,” katanya menerusi hantaran di Instagram di sini hari ini dengan memuat naik tangkap layar satu ciapan X berkenaan artikel bertajuk, ‘Dewan Rakyat lulus usul gantung 6 bulan Wan Fayhsal’.

Foto: Tangkap layar hantaran KJ di Instagram beliau hari ini.

Artikel itu antaranya menyatakan usul menggantung Ahli Pembangkang itu dibuat melalui undi belah bahagi yang menyaksikan 110 Ahli Parlimen menyokong, 63 tidak bersetuju, tiga tidak mengundi dan 46 tidak hadir.

Menteri di Jabatan Perdana (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said ketika membentangkan usul itu berkata Dewan Rakyat memandang serius kenyataan Wan Fayhsal berhubung surat layang yang telah tular dan didakwa mengandungi maklumat dalang sebenar di sebalik pengambilalihan MAHB.

Azalina berkata Wan Fayhsal yang ketika itu membahaskan Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) 2021 dan Tahun 2022 di Dewan Rakyat telah menamakan seorang pegawai dari Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebagai dalang.

Beliau berkata perbuatan itu telah memberi kesan buruk bukan sahaja kepada individu didakwa, tetapi juga secara umum pegawai agensi di bawah kementerian yang mungkin teraniaya kerana tuduhan tidak berasas itu.

Foto: Tangkap layar hantaran Wan Fayhsal di Facebook di sini hari ini.

Dalam pada itu, Wan Fayhsal ketika mengulas tindakan dikenakan terhadapnya menyatakan bahawa beliau ‘dipaksa mengundurkan diri’ dan langsung tidak diberi peluang untuk membela diri ketika usul menggantungnya di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata kesan penggantungan itu beliau akan terlepas berbahas Belanjawan 2025 pada sidang Oktober ini.

Satu lagi titik hitam dalam demokrasi berparlimen negara. Saya langsung tidak diberi peluang untuk membela diri dalam Dewan tadi.

“Kesan daripada penggantungan ini ialah saya akan terlepas berbahas Belanjawan 2025 dalam sidang Oktober nanti.

“Machang dipaksa mengundurkan diri. Jumpa tahun depan,” katanya di Facebook hari ini. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending