Terkini
Operasi SAR Hawari di Kem 4 Everest guna dron
Operasi mencari dan menyelamat (SAR) pendaki Malaysia Everest 2023 (ME2023), Muhammad Hawari Hashim yang dipercayai hilang di pergunungan Everest sejak 19 Mei lalu, diteruskan semalam menggunakan teknologi dron.

- Operasi mencari dan menyelamat (SAR) pendaki Malaysia Everest 2023 (ME2023), Muhammad Hawari Hashim yang dipercayai hilang di pergunungan Everest sejak 19 Mei lalu, diteruskan semalam menggunakan teknologi dron.
- Ketua Misi ME2023, Azim Afif Ishak berkata operasi yang memasuki hari ketiga itu dimulakan 9 pagi waktu Nepal dengan radius pencarian diperluaskan sehingga ke Kem Empat pada paras 8,000 meter dari aras laut.
- Menurutnya, operasi sepanjang dua hari sebelum ini membabitkan kawasan di Kem Dua dan Kem Tiga masih berdepan jalan buntu tanpa menemui sebarang petunjuk.
- Operasi SAR Muhammad Hawari yang juga orang kurang upaya (OKU) pendengaran, kini hanya berbaki dua hari (sehingga Rabu ini) selepas pihak berkuasa Nepal memberi ihsan tambahan lima hari.
PUTRAJAYA: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) pendaki Malaysia Everest 2023 (ME2023), Muhammad Hawari Hashim yang dipercayai hilang di pergunungan Everest sejak 19 Mei lalu, diteruskan semalam menggunakan teknologi dron.
Ketua Misi ME2023, Azim Afif Ishak berkata operasi yang memasuki hari ketiga itu dimulakan 9 pagi waktu Nepal dengan radius pencarian diperluaskan sehingga ke Kem Empat pada paras 8,000 meter dari aras laut.
Menurutnya, operasi sepanjang dua hari sebelum ini membabitkan kawasan di Kem Dua dan Kem Tiga masih berdepan jalan buntu tanpa menemui sebarang petunjuk.
Katanya, pencarian di Kem Empat turut membabitkan kawasan ‘zon maut’ yang sangat berbahaya termasuk sukar dimasuki pasukan penyelamat.
“Kita akan teliti dan semak semula gambar dan video yang dirakam di semua kem menggunakan skrin besar supaya ia lebih jelas sekiranya ada menunjukkan sebarang petunjuk,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Operasi SAR Muhammad Hawari yang juga orang kurang upaya (OKU) pendengaran, kini hanya berbaki dua hari selepas pihak berkuasa Nepal memberi ihsan tambahan lima hari.
Selain Azim, operasi yang bermula Sabtu lalu turut disertai seorang jurugambar yang juga berkemahiran berkenaan pengendalian dron bersama dua malim gunung.
Sementara itu, seorang lagi pendaki ME2023, Tiong Ling Yang dan pengurus pasukan, Ayu Wanirah Naharuddin ditempatkan di Gorakshep iaitu pada kedudukan 5,164 meter dari aras laut bagi kerja-kerja logistik.
Azim berkata, cuaca hari ini juga baik dan memudahkan mereka untuk mengendalikan dron sehingga 8,600 meter dari aras laut.
Katanya, kehilangan Muhammad Hawari sudah memasuki hari ke-18 dan operasi SAR semalam akan diadakan sehingga lewat petang sekali gus berharap cuaca baik sepanjang pencarian.
“Kami tidak berputus asa dan akan meneruskan operasi SAR sehingga hari terakhir Rabu ini sebelum sebarang ketetapan dibuat sama ada untuk meneruskan atau menutup operasi,” katanya.
Sumber: Berita Harian
Terkini
Kredit e-Madani dilarang pindah atau tebus tunai, akaun boleh disekat
Kerajaan menegaskan nilai kredit eMADANI tidak boleh digunakan bagi pemindahan ‘peer-to-peer’ atau penebusan tunai.

- Kerajaan menegaskan nilai kredit eMadani tidak boleh digunakan bagi pemindahan ‘peer-to-peer’ atau penebusan tunai.
- Sebaliknya, Kementerian Kewangan (MOF) berkata, ia hanya boleh digunakan untuk pembelian secara fizikal melalui e-dompet yang terlibat iaitu MAE, Setel, ShopeePay dan Touch ‘n Go eWallet atau QR DuitNow di 1.8 juta peruncit atau perniagaan di seluruh negara.
- “Ini bagi mengelakkan penerima manfaat eMADANI daripada menjadi mangsa penipuan‘scam’ dan sekali gus hilang kredit eMADANI mereka.
- “Pihak Kerajaan akan mengambil langkah tegas termasuk menyekat akaun yang terlibat dan melucutkan hak kredit penerima eMADANI jika terdapat laporan bagi mana-mana kes yang melibatkan pemindahan ‘peer-to-peer’ atau penebusan tunai,” katanya dalam kenyataan hari ini.
PUTRAJAYA – Kerajaan menegaskan nilai kredit eMADANI tidak boleh digunakan bagi pemindahan ‘peer-to-peer’ atau penebusan tunai.
Sebaliknya, Kementerian Kewangan (MOF) berkata, ia hanya boleh digunakan untuk pembelian secara fizikal melalui e-dompet yang terlibat iaitu MAE, Setel, ShopeePay dan Touch ‘n Go eWallet atau QR DuitNow di 1.8 juta peruncit atau perniagaan di seluruh negara.
Menurut MOF, pihaknya tidak akan bertanggungjawab jika terdapat sebarang kehilangan kredit akibat daripada pemindahan peer-to-peer atau penebusan tunai itu, justeru orang ramai dinasihatkan sentiasa berwaspada dengan tawaran perkhidmatan berkenaan oleh pihak tidak bertanggungjawab di platform media sosial.
“Ini bagi mengelakkan penerima manfaat eMADANI daripada menjadi mangsa penipuan ‘scam’ dan sekali gus hilang kredit eMADANI mereka.
“Pihak Kerajaan akan mengambil langkah tegas termasuk menyekat akaun yang terlibat dan melucutkan hak kredit penerima eMADANI jika terdapat laporan bagi mana-mana kes yang melibatkan pemindahan ‘peer-to-peer’ atau penebusan tunai,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Jelas MOF, program eMADANI diluncurkan bertujuan untuk menggalakkan ekonomi digital dan memupuk budaya pembayaran tanpa tunai.
Pendaftaran program eMADANI dibuka sehingga 20 Februari 2024 dan akan memanfaatkan seramai 10 juta rakyat dewasa yang layak, meliputi golongan B40 dan M40.
Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM1 bilion bagi program berkenaan seperti diumumkan pada majlis peluncuran kerangka Ekonomi MADANI: Memperkasa Rakyat pada 27 Julai lalu.
Sumber : Utusan
-
Terkini3 days ago
Kibar bendera Israel, lelaki dipenjara enam bulan
-
Terkini3 days ago
Terus beku akaun Aman Palestin, SPRM umpama ‘dera’ penduduk Gaza – Tun Mahathir
-
Terkini3 days ago
Peguam bidas Justice For Sisters kecam penubuhan pusat pemulihan LGBT di Johor
-
Antarabangsa4 days ago
PBB siasat, rayu bukti dakwaan keganasan seksual oleh Hamas