Connect with us

Antarabangsa

Yaman tembak jatuh dron “reaper” AS

Yaman menembak jatuh pesawat tanpa pemandu (UAV) MQ-9 “Reaper” Amerika Syarikat (AS) pada Isnin, dron ke-11 jenis itu sejak bermula Operasi Taufan al-Aqsa pada Oktober tahun lalu.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Yaman menembak jatuh pesawat tanpa pemandu (UAV) MQ-9 “Reaper” Amerika Syarikat (AS) pada Isnin, dron ke-11 jenis itu sejak bermula Operasi Taufan al-Aqsa pada Oktober tahun lalu.
  • Jurucakap Angkatan Bersenjata Yaman, Yahya Saree berkata Pertahanan Udara Yaman menembak jatuh dron  AS itu ketika ia sedang melakukan serangan di ruang udara wilayah utara Saada.
  • “Pesawat ini merupakan pesawat ke-11 jenis ini yang berjaya ditembak jatuh pertahanan udara kami dalam pertempuran ini,” kata Saree dipetik Al Mayadeen.
  • Jurucakap Angkatan Bersenjata Yaman itu turut mengecam serangan udara rejim Israel terhadap kemudahan awam di wilayah Hodeidah. 

Yaman menembak jatuh pesawat tanpa pemandu (UAV) MQ-9 “Reaper” Amerika Syarikat (AS) pada Isnin, dron ke-11 jenis itu sejak bermula Operasi Taufan al-Aqsa pada Oktober tahun lalu.

Jurucakap Angkatan Bersenjata Yaman, Yahya Saree berkata Pertahanan Udara Yaman menembak jatuh dron  AS itu ketika ia sedang melakukan serangan di ruang udara wilayah utara Saada.

“Pesawat ini merupakan pesawat ke-11 jenis ini yang berjaya ditembak jatuh pertahanan udara kami dalam pertempuran ini,” kata Saree dipetik Al Mayadeen.

Jurucakap Angkatan Bersenjata Yaman itu turut mengecam serangan udara rejim Israel terhadap kemudahan awam di wilayah Hodeidah. 

Serangan rejim Israel yang disokong AS itu menyasarkan beberapa infrastruktur penting, termasuk pelabuhan dan stesen janakuasa, mengakibatkan kematian lima orang awam dan kecederaan 57 yang lain.

Beliau berkata “jenayah pencerobohan” itu tidak akan melemahkan semangat rakyat Yaman atau angkatan bersenjatanya daripada melaksanakan tanggungjawab “keagamaan, kemanusiaan dan moral” terhadap rakyat Palestin dan Lubnan.

Ia juga mencerminkan pendirian Yaman dalam solidariti dengan gerakan penentangan di rantau itu, kata Saree. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Iran keluarkan ‘amaran rahsia’ kepada sekutu AS – WSJ

Tehran memberi amaran kepada sekutu Amerika Syarikat (AS) di Timur Tengah, termasuk Jordan, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Arab Saudi dan Qatar, supaya tidak membantu Israel dalam serangan terhadap Iran, menurut sumber pegawai Arab tidak dinamakan dilaporkan Wall Street Journal.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Tehran memberi amaran kepada sekutu Amerika Syarikat (AS) di Timur Tengah, termasuk Jordan, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Arab Saudi dan Qatar, supaya tidak membantu Israel dalam serangan terhadap Iran, menurut sumber pegawai Arab tidak dinamakan dilaporkan Wall Street Journal.
  • Amaran melalui “saluran diplomatik rahsia” itu adalah sebagai tindak balas terhadap ancaman Israel untuk membalas keras tindakan Iran melancarkan kira-kira 180 peluru berpandu balistik ke arah Israel awal bulan ini.
  • Pegawai Israel mahu serangan balas dahsyat ke atas kemudahan nuklear dan infrastruktur minyak Iran, manakala AS berusaha untuk mengehadkan tindak balas dan mengelakkan peperangan lebih meluas yang boleh merebak ke seluruh rantau itu.
  • Konflik semakin meningkat antara Israel dan Iran menimbulkan kebimbangan dalam kalangan negara-negara Teluk Parsi yang kaya dengan minyak.
  • Menurut WSJ, kemudahan tentera dan pasukan tentera AS di rantau itu juga berisiko disebabkan kemungkinan berlakunya anggaran salah atau peningkatan ketegangan yang boleh membawa kepada akibat tidak diingini.

Tehran memberi amaran kepada sekutu Amerika Syarikat (AS) di Timur Tengah, termasuk Jordan, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Arab Saudi dan Qatar, supaya tidak membantu Israel dalam serangan terhadap Iran, menurut sumber pegawai Arab tidak dinamakan dilaporkan Wall Street Journal.

Amaran melalui “saluran diplomatik rahsia” itu adalah sebagai tindak balas terhadap ancaman Israel untuk membalas keras tindakan Iran melancarkan kira-kira 180 peluru berpandu balistik ke arah Israel awal bulan ini.

Pegawai Israel mahu serangan balas dahsyat ke atas kemudahan nuklear dan infrastruktur minyak Iran, manakala AS berusaha untuk mengehadkan tindak balas dan mengelakkan peperangan lebih meluas yang boleh merebak ke seluruh rantau itu.

Konflik semakin meningkat antara Israel dan Iran menimbulkan kebimbangan dalam kalangan negara-negara Teluk Parsi yang kaya dengan minyak.

Menurut WSJ, kemudahan tentera dan pasukan tentera AS di rantau itu juga berisiko disebabkan kemungkinan berlakunya anggaran salah atau peningkatan ketegangan yang boleh membawa kepada akibat tidak diingini.

Pegawai beberapa negara yang menempatkan tentera AS memberitahu WSJ bahawa negara mereka telah memaklumkan kepada pentadbiran Presiden AS, Joe Biden bahawa mereka tidak mahu infrastruktur ketenteraan atau ruang udara mereka digunakan untuk sebarang operasi ofensif terhadap Iran.

Dalam laporan berasingan pada Khamis, Reuters memetik tiga sumber yang menyatakan Arab Saudi, Qatar dan UAE semuanya memberitahu Washington bahawa mereka tidak akan membenarkan jet Israel menggunakan ruang udara mereka untuk melakukan serangan.

Pegawai pertahanan AS mengakui beberapa rakan serantau menyuarakan kebimbangan mereka kepada Pentagon, tetapi permintaan itu “masih tidak rasmi,” lapor WSJ. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending