Antarabangsa
Dron pejuang Houthi ditembak kapal perang AS di Laut Merah
Dron milik pejuang Yaman, Houthi ditembak jatuh kapal perang Tentera Laut Amerika Syarikat (AS) pada Rabu, menurut Komando Pusat tentera Amerika.
- Dron milik pejuang Yaman, Houthi ditembak jatuh kapal perang Tentera Laut Amerika Syarikat (AS) pada Rabu, menurut Komando Pusat tentera Amerika.
- Houthi, yang menguasai sebahagian besar Yaman melancarkan beberapa siri serangan dron dan peluru berpandu sejak permulaan perang Israel-Hamas bulan lalu sebagai tanda solidariti kepada Palestin.
- “Kira-kira pukul 11.00 (waktu sana), semasa di Laut Merah Selatan, Peluru Berpandu Pemusnah Kelas Arleigh-Burke USS Carney (DDG 64) menembak jatuh sebuah kenderaan udara tanpa pemandu KAS04 keluaran Iran yang dilancarkan dari kawasan kawalan Houthi di Yaman.”
- “Walaupun niatnya tidak diketahui, UAV itu menuju ke arah kapal perang mengiringi kapal minyak Tentera Laut AS dan kapal bendera AS yang membawa peralatan ketenteraan,” CENTCOM berkata dalam satu kenyataan.
WASHINGTON – Dron milik pejuang Yaman, Houthi ditembak jatuh kapal perang Tentera Laut Amerika Syarikat (AS) pada Rabu, menurut Komando Pusat tentera Amerika.
Houthi, yang menguasai sebahagian besar Yaman telah melancarkan beberapa siri serangan dron dan peluru berpandu sejak permulaan perang Israel-Hamas bulan lalu sebagai tanda solidariti kepada Palestin.
“Kira-kira pukul 11.00 (waktu sana), semasa di Laut Merah Selatan, Peluru Berpandu Pemusnah Kelas Arleigh-Burke USS Carney (DDG 64) menembak jatuh sebuah kenderaan udara tanpa pemandu KAS04 keluaran Iran yang dilancarkan dari kawasan kawalan Houthi di Yaman.”
“Walaupun niatnya tidak diketahui, UAV itu menuju ke arah kapal perang mengiringi kapal minyak Tentera Laut AS dan kapal bendera AS yang membawa peralatan ketenteraan,” CENTCOM berkata dalam satu kenyataan.
Tiada kecederaan dan kerosakan terhadap kakitangan dan kapal AS.
Kapal perang AS telah menembak jatuh dron atau peluru berpandu yang dilancarkan dari Yaman beberapa kali, dalam beberapa minggu kebelakangan ini.
Tentera Laut AS menjatuhkan beberapa dron pada 23 November, satu dron pada 15 November dan kedua-dua peluru berpandu dan dron pada 19 Oktober manakala Houthi menembak jatuh dron Amerika pada awal bulan ini.
Pelancaran dron dan peluru berpandu itu adalah sebagai tindak balas kepada serangan Israel kejam membunuh ribuan nyawa tidak bersalah terutama wanita dan kanak-kanak sejak gerakan Taufan Al-Aqsa dilancar Hamas, 7 Oktober lalu.
Israel dengan kempen serangan darat dan udara tanpa henti ke atas Gaza, membunuh hampir 15,000 orang.
Kematian tersebut telah mencetuskan kemarahan yang meluas di Asia Barat dan memberikan dorongan untuk serangan terhadap tentera Amerika dan Israel.- AFP
Sumber: Berita RTM
Antarabangsa
Israel bom depot senjata berdekatan pangkalan udara Russia di Syria
Letupan besar dan kebakaran berdekatan lapangan terbang dan pangkalan udara di Syria dilaporkan hari ini dengan Syriawatan News mendakwa sebuah gudang penyimpanan senjata diserang.
- Letupan besar dan kebakaran berdekatan lapangan terbang dan pangkalan udara di Syria dilaporkan hari ini dengan Syriawatan News mendakwa sebuah gudang penyimpanan senjata diserang.
- Insiden itu berlaku berhampiran Pangkalan Udara Khmeimim Russia dan Lapangan Terbang Bassel al-Assad di Jableh, Syria.
- Terdapat dakwaan bahawa pesawat Russia terlibat dalam usaha memintas peluru berpandu di kawasan itu.
- Menurut Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria, Pertahanan udara Russia dan Syria memintas peluru berpandu selama sekurang-kurangnya 40 minit di Latakia, lapor Sky News Arabia.
Letupan besar dan kebakaran berdekatan lapangan terbang dan pangkalan udara di Syria dilaporkan hari ini dengan Syriawatan News mendakwa sebuah gudang penyimpanan senjata diserang.
Insiden itu berlaku berhampiran Pangkalan Udara Khmeimim Russia dan Lapangan Terbang Bassel al-Assad di Jableh, Syria.
Terdapat dakwaan bahawa pesawat Russia terlibat dalam usaha memintas peluru berpandu di kawasan itu.
Pertahanan udara Russia dan Syria dilaporkan memintas peluru berpandu selama sekurang-kurangnya 40 minit.
Terdapat dakwaan bahawa pertahanan udara memintas peluru berpandu di luar pantai Jableh, sebuah bandar di barat laut Syria, dengan anggaran 30 peluru berpandu dilancarkan.
Menurut Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria, Pertahanan udara Russia dan Syria memintas peluru berpandu selama sekurang-kurangnya 40 minit di Latakia, lapor Sky News Arabia.
Laporan tempatan lain mencadangkan sebuah pesawat Iran di lapangan terbang mungkin turut menjadi sasaran.
Israel yang sering menjalankan operasi terhadap sasaran berkaitan dengan Iran di Syria belum memberikan sebarang komen mengenai insiden letupan itu. — The Merdeka Times