Connect with us

Antarabangsa

Operasi SAR cari Hawari tamat, disambung tahun depan

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) pendaki Malaysia Everest 2023 (ME 2023), orang kurang upaya (OKU) pendengaran, Muhammad Hawari Hashim, 33, yang hilang di kawasan pergunungan Everest ditamatkan hari ini dan akan disambung pada tahun depan.

Wartawan TMT

Published

on

Operasi SAR cari Hawari tamat, disambung tahun depan
Foto: Isteri kepada pendaki Hawari Hashim, Saffiyah Tang Xie Lie dan anak mereka, menunjukkan gambar Hawari diatas puncak Everest.
  • Operasi mencari dan menyelamat (SAR) pendaki Malaysia Everest 2023 (ME 2023), orang kurang upaya (OKU) pendengaran, Muhammad Hawari Hashim, 33, yang hilang di kawasan pergunungan Everest ditamatkan hari ini dan akan disambung pada tahun depan.
  • Ketua Misi ME2023, Azim Afif Ishak berkata, pihaknya sudah menjalankan operasi SARbermula 19 Mei sehingga semalam namun masih belum menemui sebarang petunjuk.
  • Menurutnya, permit khas pencarian menggunakan dron dan SAR udara yang diluluskan pihak berkuasa Nepal juga sudah tamat manakala aktiviti pendakian ke puncak Everest sudah ditutup bermula 29 Mei lalu.
  • Katanya, operasi semalam turut mengesan satu objek menyerupai tubuh badan manusia antara Kem Dua dan Kem Tiga namun ia adalah longgokan sampah dan khemah yang diterbangkan angin.
  • “Objek berkenaan dikesan melalui gambar dan video yang dirakam oleh dron pada 8 Jun lalu menunjukkan seperti tubuh badan Hawari yang memakai sut berwarna sama ketika mengadakan misi pendakian namun sengaja tidak mendedahkannya lebih awal kerana ia masih belum disahkan lagi,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Kathmandu: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) pendaki Malaysia Everest 2023 (ME 2023), orang kurang upaya (OKU) pendengaran, Muhammad Hawari Hashim, 33, yang hilang di kawasan pergunungan Everest ditamatkan hari ini dan akan disambung pada tahun depan.

Ketua Misi ME2023, Azim Afif Ishak berkata, pihaknya sudah menjalankan operasi SARbermula 19 Mei sehingga semalam namun masih belum menemui sebarang petunjuk.

Menurutnya, permit khas pencarian menggunakan dron dan SAR udara yang diluluskan pihak berkuasa Nepal juga sudah tamat manakala aktiviti pendakian ke puncak Everest sudah ditutup bermula 29 Mei lalu.

Katanya, operasi semalam turut mengesan satu objek menyerupai tubuh badan manusia antara Kem Dua dan Kem Tiga namun ia adalah longgokan sampah dan khemah yang diterbangkan angin.

“Objek berkenaan dikesan melalui gambar dan video yang dirakam oleh dron pada 8 Jun lalu menunjukkan seperti tubuh badan Hawari yang memakai sut berwarna sama ketika mengadakan misi pendakian namun sengaja tidak mendedahkannya lebih awal kerana ia masih belum disahkan lagi,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Turut hadir, Kuasa Usaha Sementara Kedutaan Besar Malaysia di Kathmandu, Mohd Fadzle Abu Hasan, Pengarah Pioneer Adventure, Nivesh Karki dan ketua malim gunung, Nga Tenji.

Dua ahli keluarga Hawari turut hadir iaitu adik bongsu, Mohamad Ismail dan Azhar Ilias.

Kehilangan Hawari memasuki hari ke 28 hari ini selepas beliau dilaporkan berjaya sampai di puncak Everest pada jam 3.30 petang waktu Nepal.

Misi pendakian ME2023 ini dikendalikan oleh syarikat Pioneer Adventure yang berpusat di Nepal dengan menyediakan malim gunung, logistik dan makanan sepanjang misi ke puncak Everest.

Sumber: Harian Metro

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

14 negara gesa tindakan terhadap krisis makanan kritikal di Sudan

Jordan, UAE, Maghribi, Mauritania, Chad, Comoros, Guinea-Bissau, Seychelles, Senegal, Benin, Kenya, Sierra Leone Uganda, Mozambique dan Nigeria pada Selasa bersama-sama menyuarakan situasi keterjaminan makanan membimbangkan dan risiko berlakunya kebuluran di Sudan.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • 14 negara termasuk Jordan, UAE, Maghribi dan Mauritania pada Selasa bersama-sama menyuarakan situasi jaminan makanan membimbangkan dan risiko berlakunya kebuluran di Sudan.
  • Kenyataan itu dikeluarkan sebagai respons kepada laporan Klasifikasi Fasa Keselamatan Makanan Bersepadu (IPC) pada 27 Jun yang menyatakan kebimbangan terhadap tahap ketakjaminan makanan paling teruk di Sudan yang pernah dicatatkan, diperburukkan lagi dengan konflik dalaman empat belas bulan negara itu.
  • Menurut laporan itu, Sudan kini berdepan krisis yang belum pernah berlaku sebelum ini dengan 25.6 juta orang mengalami tahap ketakjaminan makanan yang tinggi, dan 14 kawasan berisiko kebuluran, lapor agensi berita Jordan, Petra.
  • Mereka turut menekankan kesan teruk yang bakal menimpa orang awam yang bakal memberi kesan kepada ribuan kanak-kanak yang mengalami kekurangan zat makanan (malnutrisi) akut yang kritikal.

Jordan, UAE, Maghribi, Mauritania, Chad, Comoros, Guinea-Bissau, Seychelles, Senegal, Benin, Kenya, Sierra Leone Uganda, Mozambique dan Nigeria pada Selasa bersama-sama menyuarakan situasi keterjaminan makanan membimbangkan dan risiko berlakunya kebuluran di Sudan.

Kenyataan itu dikeluarkan sebagai respons kepada laporan Klasifikasi Fasa Keselamatan Makanan Bersepadu (IPC) pada 27 Jun yang menyatakan kebimbangan terhadap tahap ketidak jaminan makanan paling teruk di Sudan yang pernah dicatatkan, diburukkan lagi dengan konflik dalaman empat belas bulan negara itu.

Menurut laporan tersebut, Sudan kini berdepan krisis yang belum pernah berlaku sebelum ini dengan 25.6 juta orang mengalami tahap ketidak jaminan makanan yang tinggi, dan 14 kawasan berisiko kebuluran, lapor agensi berita Jordan, Petra.

Negara-negara tersebut menyatakan kegusaran terhadap penemuan laporan IPC, memetik “kemerosotan teruk” keterjaminan makanan. 

Mereka menekankan kesan teruk yang bakal menimpa orang awam, termasuk ribuan kanak-kanak yang mengalami kekurangan zat makanan (malnutrisi) akut yang kritikal.

Kenyataan itu menggariskan cabaran kemanusiaan yang disebabkan peningkatan ketidak jaminan makanan, dengan menekankan potensi berlakunya perpindahan, aliran pelarian, dan corak penghijrahan di Sudan dan sekitar negara jiran.

Mereka juga mengulangi gesaan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) kepada pihak yang berperang supaya membenarkan dan memudahkan penyampaian bantuan kemanusiaan yang cepat, selamat dan berterusan kepada orang awam yang memerlukan termasuk dihapuskan birokrasi dan halangan lain-lain.

Pengeluaran visa dan permit perjalanan yang diperlukan pekerja kemanusiaan dan bekalan penting, juga harus dipermudahkan, selaras dengan resolusi 2736 yang diterima pakai pada 13 Jun 2024.

Negara-negara tersebut juga menggesa pihak yang bertelagah di Sudan supaya segera menghentikan keganasan, menegakkan undang-undang kemanusiaan antarabangsa, dan mematuhi resolusi Majlis Keselamatan PBB yang berkaitan.

Mereka juga menyeru semua pihak luar mengelak daripada memberikan sokongan ketenteraan atau material kepada kumpulan berkonflik, sebaliknya menyokong tindakan yang mengurangkan ketegangan kepada usaha perdamaian. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending