Connect with us

Antarabangsa

Mesir wajibkan visa kepada rakyat Sudan

Mesir memperkenalkan dasar baharu yang memerlukan semua rakyat Sudan yang melarikan diri dari negaranya memiliki visa, selepas mengesan aktiviti yang menyalahi undang-undang termasuk penipuan visa.

Wartawan TMT

Published

on

Mesir wajibkan visa kepada rakyat Sudan
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Mesir memperkenalkan dasar baharu yang memerlukan semua rakyat Sudan yang melarikan diri dari negaranya memiliki visa, selepas mengesan aktiviti yang menyalahi undang-undang termasuk penipuan visa.
  • Jurucakap Kementerian Luar, Ahmed Abu Zeid berkata, langkah itu adalah penarikan semula dasar sebelum ini yang membuat pengecualian visa kepada kanak-kanak, wanita dan lelaki warga emas.
  • Katanya, sejak April, lebih 200,00 rakyat Sudan melarikan diri ke Kaherah selepas krisis yang berlaku di negara itu.
  • Sejak pertempuran berlaku pada 15 April lalu, puluhan ribu rakyat melarikan diri ke negara-negara jiran dan kebanyakan mereka memilih Kaherah berikutan negara itu membenarkan wanita, kanak-kanak dan warga emas memasuki negaranya tanpa menggunakan visa.

KHARTOUM, 22 Zulkaedah 1444H, Ahad – Mesir memperkenalkan dasar baharu yang memerlukan semua rakyat Sudan yang melarikan diri dari negaranya memiliki visa, selepas mengesan aktiviti yang menyalahi undang-undang termasuk penipuan visa.

Jurucakap Kementerian Luar, Ahmed Abu Zeid berkata, langkah itu adalah penarikan semula dasar sebelum ini yang membuat pengecualian visa kepada kanak-kanak, wanita dan lelaki warga emas.

Katanya, sejak April, lebih 200,00 rakyat Sudan melarikan diri ke Kaherah selepas krisis yang berlaku di negara itu.

Sejak pertempuran berlaku pada 15 April lalu, puluhan ribu rakyat melarikan diri ke negara-negara jiran dan kebanyakan mereka memilih Kaherah berikutan negara itu membenarkan wanita, kanak-kanak dan warga emas memasuki negaranya tanpa menggunakan visa.

Namun, selepas mendapati banyak pelanggaran undang-undang dilakukan rakyat Sudan, keadaan memaksa pihak berkuasa mengeluarkan dasar baharu.

Bulan lalu, sebelum perubahan dasar tersebut, seorang pelarian, Lugain Mahmoud bersama suami dan adik lelakinya antara ribuan yang terperangkap di luar Konsulat Mesir di Wadi Halfa, Sudan untuk mendapatkan visa.

Dia kini kehabisan wang ketika menunggu visa, namun tidak berhasrat meninggalkan suami dan adik lelaki walaupun sebahagian ahli keluarganya selamat berada di Kaherah, ketika ini. 

Sumber: Ismaweb

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Hizbullah lancar 150 roket dan 30 dron berani mati ke Israel

Kumpulan bersenjata Lubnan, Hizbullah lancar 150 roket dan 30 dron berani mati menyasarkan 15 kedudukan tentera rejim zionis di utara Israel.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Kumpulan bersenjata Lubnan, Hizbullah lancar 150 roket dan 30 dron berani mati menyasarkan 15 kedudukan tentera rejim zionis di utara Israel.
  • Serangan itu merupakan serangan terbesar kumpulan itu sejak tercetusnya keganasan antara kedua-dua pihak pada 8 Oktober tahun lalu, sumber Hizbullah memberitahu Al Jazeera Arabic pada Khamis.
  • Media Israel melaporkan serangan roket Hizbullah mencederakan sekurang-kurangnya dua orang dan menyebabkan 15 kebakaran.

Kumpulan bersenjata Lubnan, Hizbullah lancar 150 roket dan 30 dron berani mati menyasarkan 15 kedudukan tentera rejim zionis di utara Israel.

Menurut sumber Hizbullah kepada Al Jazeera Arabic semalam, serangan tersebut merupakan serangan terbesar kumpulan itu sejak tercetusnya keganasan antara kedua-dua pihak pada 8 Oktober tahun lalu.

Media Israel melaporkan serangan roket Hizbullah mencederakan sekurang-kurangnya dua orang selain mengakibatkan 15 kebakaran.

Tentera Israel dalam hantaran di platform X berkata “banyak” serangan yang dilepaskan dapat dipintas namun ada diantaranya penyebab tercetusnya kebakaran.

Dalam satu kenyataan rasmi, Hizbullah berkata operasi itu “untuk menyokong ketabahan rakyat Palestin, keberanian dan penentangan penuh bermaruah mereka di Gaza selain tindak balas terhadap pembunuhan dilakukan Zionis di Jouaiyya.”– The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending