Connect with us

Terkini

Manjung rekod 52 kes penipuan telefon babitkan kerugian RM2.1 juta

Daerah Manjung merekodkan sebanyak 52 kes sindiket penipuan telefon sepanjang bulan Januari hingga semalam membabitkan jumlah kerugian RM2.1 juta.

Wartawan TMT

Published

on

Manjung rekod 52 kes penipuan telefon babitkan kerugian RM2.1 juta
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Daerah Manjung merekodkan sebanyak 52 kes sindiket penipuan telefon sepanjang bulan Januari hingga semalam membabitkan jumlah kerugian RM2.1 juta.
  • Ketua Polis Daerah Manjung ACP Mohamed Nordin Abdullah berkata dalam kes terbaharu, pihaknya menerima laporan daripada seorang warga emas melibatkan kerugian RM202,787 semalam.
  • Mohamed Nordin berkata modus operandi penipuan telefon ialah dengan menyamar sebagai penguat kuasa, pegawai polis, Lembaga Hasil Dalam Negeri, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, mahkamah, institusi kewangan dan syarikat perkhidmatan penghantaran.

IPOH — Daerah Manjung merekodkan sebanyak 52 kes sindiket penipuan telefon sepanjang bulan Januari hingga semalam membabitkan jumlah kerugian RM2.1 juta.

Ketua Polis Daerah Manjung ACP Mohamed Nordin Abdullah berkata dalam kes terbaharu, pihaknya menerima laporan daripada seorang warga emas melibatkan kerugian RM202,787 semalam.

“Wanita berusia 65 tahun yang merupakan pesara operator kilang elektronik itu telah dihubungi oleh seorang individu yang memperkenalkan dirinya sebagai pegawai polis.

“Mangsa kemudian dimaklumkan kononnya terbabit dalam kes jenayah yang memerlukan siasatan ke atas akaun beliau sehingga mangsa menyerahkan maklumat akaun kepada individu tidak dikenali itu,” menurutnya dalam kenyataan hari ini.

Justeru, beliau menasihati orang awam agar tidak melayan sebarang panggilan yang meminta maklumat diri terutama akaun peribadi.

“Antara langkah yang boleh diambil bagi mengelak daripada menjadi mangsa penipuan ialah orang ramai boleh menelefon Pusat Respons Scam Kebangsaan di talian 997 yang ditubuhkan pada Oktober lepas bagi mengekang dan membanteras kegiatan penipuan siber.

“Pihak polis menasihati masyarakat supaya tidak mudah percaya dan mengikut arahan yang diberikan individu tidak dikenali terutama yang tidak pernah berjumpa secara berhadapan,” katanya.

Mohamed Nordin berkata modus operandi penipuan telefon ialah dengan menyamar sebagai penguat kuasa, pegawai polis, Lembaga Hasil Dalam Negeri, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, mahkamah, institusi kewangan dan syarikat perkhidmatan penghantaran.

“Secara logik, sebarang urusan dengan agensi kerajaan hanya dilakukan di pejabat dan bukannya melalui telefon untuk menyelesaikan sebarang urusan, jika ada pun hanyalah untuk tujuan janji temu.

“Sebagai langkah berjaga-jaga, orang awam dinasihat agar tidak melayan panggilan yang tidak dikenali, maklumkan pasangan atau ahli keluarga tentang panggilan, semak dengan institusi kewangan dan balai polis terdekat serta jangan dedahkan maklumat peribadi perbankan kepada mana-mana pihak,” katanya. – BERNAMA

Sumber: Bernama

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Penyanyi pro-zionis, Bruno Mars bakal adakan konsert di Malaysia

Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars, bakal kembali mengadakan konsert solonya di Kuala Lumpur pada 17 September ini.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars.
  • Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars, bakal kembali mengadakan konsert solonya di Kuala Lumpur pada 17 September ini.
  • Times Israel sebelum ini melaporkan bintang pop itu menyatakan cintanya kepada Tel Aviv dalam persembahan pertama kalinya di Israel dengan menyanyikan ‘I love you’ dalam bahasa Ibrani.
  • “Tel Aviv, saya mahu berkahwin dengan kamu!”, jerit Bruno Mars dan disahut peminat zionisnya.
  • Dilaporkan, Bruno Mars menerima tekanan hebat agar membatalkan konsertnya di wilayah jajahan haram tersebut.
  • Antara organisasi yang menggesa pembatalan konsert tersebut adalah pergerakan Boycott Divestment and Sanctions (BDS), termasuk kumpulan advokasinya Jewish Voice for Peace (JVP).

KUALA LUMPUR – Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars, bakal kembali mengadakan konsert solonya di Kuala Lumpur pada 17 September ini.

Berita itu dikongsi penganjur, Live Nation Malaysia, menerusi platform media sosial memaklumkan jualan tiket untuk konsert di Stadium Nasional Bukit Jalil itu akan dibuka pada Jumaat hadapan.

“Bruno Mars akan datang ke Kuala Lumpur September ini.

“Tidak sabar mahu berkongsi pengalaman persembahan lagu 24K Magic secara langsung,” tulis mereka menerusi platform X.

Times Israel sebelum ini melaporkan bintang pop itu menyatakan cintanya kepada Tel Aviv dalam persembahan pertama kalinya di Israel dengan menyanyikan ‘I love you’ dalam bahasa Ibrani.

“Tel Aviv, saya mahu berkahwin dengan kamu!”, jerit Bruno Mars dan disambut peminat zionisnya.

Dilaporkan, Bruno Mars menerima tekanan hebat agar membatalkan konsertnya di wilayah jajahan haram tersebut.

Antara organisasi yang menggesa pembatalan konsert tersebut adalah pergerakan Boycott Divestment and Sanctions (BDS), termasuk kumpulan advokasinya Jewish Voice for Peace (JVP).

Pemilik Bluestone Group’s Live Nation Israel, Guy Beser dan Shay Mor Yosef bagaimanapun berjaya membawa bintang itu ke Israel Oktober lalu.

JVP, sebuah organisasi progresif anti-zionis dalam surat terbukanya menyeru Bruno membatalkan konsertnya di negara aparteid tersebut sehingga rakyat Palestin mempunyai kesaksamaan, kebebasan dan keadilan sepenuhnya di tanah asal mereka.

“Kami amat bimbang dengan pengumuman mengenai persembahan anda yang akan datang di Tel Aviv, Israel di Yarkon Park, yang dibina di atas tanah perkampungan Palestin Al-Shaykh Muwannis yang berdepan pembersihan etnik oleh zionis.

“Kami menggesa anda membatalkan persembahan di Israel yang mengamalkan aparteid, sama seperti yang dilakukan semua artis yang beretika di Afrika Selatan semasa aparteid,” tegas JVP.

Bapa Bruno dikatakan berketurunan Yahudi manakala ibunya dari Filipina dan nenek moyangnya pula berketurunan Yahudi Hungary dan Ukraine. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending