Connect with us

Terkini

JAWI kesan 571 kes bernikah guna sindiket

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) merekodkan sebanyak 571 kes pernikahan menyalahi undang-undang syariah melibatkan penggunaan sindiket tidak bertauliah di dalam dan luar negara tahun lalu.

Wartawan TMT

Published

on

JAWI kesan 571 kes bernikah guna sindiket
Foto: Pengerusi Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), Tan Sri Dr. Mohd. Daud Bakar.
  • Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) merekodkan sebanyak 571 kes pernikahan menyalahi undang-undang syariah melibatkan penggunaan sindiket tidak bertauliah di dalam dan luar negara tahun lalu.
  • Kes-kes itu merupakan kesalahan di bawah Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984 [Akta 303] yang direkodkan di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.
  • Pengerusi Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), Tan Sri Dr. Mohd. Daud Bakar berkata, kes-kes tersebut dikesan selepas individu terlibat dalam kesalahan itu hadir kepada pihaknya untuk meminta pengesahan perkahwinan mereka.
  • “Ini merupakan satu kesalahan berkahwin di luar kawasan tanpa izin daripada pihak kita. Pihak penguatkuasaan MAWIP akan mengkaji kes-kes tersebut,” katanya.
  • Antara faktor mendorong kepada perkara itu adalah seperti individu tidak mendapat kelulusan untuk berkahwin lebih satu atau terdapat halangan oleh pihak keluarga. 

KUALA LUMPUR – Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) merekodkan sebanyak 571 kes pernikahan menyalahi undang-undang syariah melibatkan penggunaan sindiket tidak bertauliah di dalam dan luar negara tahun lalu.

Kes-kes itu merupakan kesalahan di bawah Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984 [Akta 303] yang direkodkan di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.

Sebanyak 169 kes merupakan kesalahan di bawah Seksyen 123 (Poligami Tanpa Kebenaran) dan 402 kes di bawah Seksyen 40 (Kesalahan yang berhubung dengan akad nikah perkahwinan).

Pengerusi Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), Tan Sri Dr. Mohd. Daud Bakar berkata, kes-kes tersebut dikesan selepas individu terlibat dalam kesalahan itu hadir kepada pihaknya untuk meminta pengesahan perkahwinan mereka.

“Ini merupakan satu kesalahan berkahwin di luar kawasan tanpa izin daripada pihak kita. Pihak penguatkuasaan MAWIP akan mengkaji kes-kes tersebut.

“Kes ini jika tidak dibanteras boleh meningkat dari semasa ke semasa dan akan menimbulkan banyak isu lain di masa depan seperti nafkah isteri, penjagaan anak dan sebagainya.

“Jumlah lebih kes 500 ini membimbangkan sebab kesannya (buruk) berganda,” katanya ketika ditemui pemberita pada Konvensyen Penguatkuasaan Undang-Undang Syariah 2023 di Hotel The Pearl Kuala Lumpur bertemakan “Malaysia Madani: Penguatkuasaan Diperkasa, Syariah Dilaksana” di sini semalam.

Seramai 150 peserta menghadiri konvensyen tersebut terdiri daripada wakil agensi persekutuan dan negeri, badan berkanun serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM).

Mohd. Daud berkata, sebahagian besar daripada 589 kes pernikahan rakyat Malaysia menggunakan sindiket tidak bertauliah itu dilakukan di Thailand dan Indonesia.

Jelas beliau, antara faktor mendorong kepada perkara itu seperti individu tidak mendapat kelulusan untuk berkahwin lebih satu atau terdapat halangan oleh pihak keluarga.

“Pada pandangan kami sindiket ini mungkin juga boleh membawa kepada perkahwinan luar nikah sebab tiada tauliah daripada pihak berkuasa agama.

“Masyarakat perlu disedarkan bahawa nikah, kahwin bukan mudah. Ia merupakan satu ikatan suci yang perlu dijalankan mengikut kaedah agama dan undang-undang semasa.

“Nampak mudah, tetapi apabila berlaku ‘ribut taufan’ barulah keluar masalah sebenar. Nak kahwin (guna sindiket) mudah sahaja, tetapi untuk melalui selepas itu yang akan mendatangkan satu musibah,” katanya.

Dalam pada itu, beliau tidak menolak kemungkinan peruntukan undang-undang iaitu denda RM,1000 atau enam bulan penjara untuk kesalahan tersebut mungkin dianggap sebagai ringan oleh pelaku.

Berdasarkan peruntukan undang-undang, pasangan yang gagal mendaftarkan perkahwinan boleh dikenakan tindakan di bawah Akta Undang-Undang Keluarga Islam 1984 (Akta 303).

Seksyen 40 Akta 303 memperuntukkan hukuman penjara maksimum enam bulan atau denda RM1,000 atau kedua-duanya terhadap pasangan yang melakukan kesalahan itu.

Sumber: Kosmo

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Russia haramkan pengambilan anak angkat bagi negara mesra transgender

Penggubal undang-undang Russia meletakkan sentuhan terakhir pada rang undang-undang yang akan menghalang pengambilan anak angkat bagi negara yang membenarkan prosedur penukaran jantina, kata Timbalan Speaker Duma (Parlimen Russia) Vasily Piskarev pada Isnin.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Penggubal undang-undang Russia meletakkan sentuhan terakhir pada rang undang-undang yang akan menghalang pengambilan anak angkat bagi negara yang membenarkan prosedur penukaran jantina, kata Timbalan Speaker Duma (Parlimen Russia) Vasily Piskarev pada Isnin.
  • RT melaporkan Piskarev yang mempengerusikan Jawatankuasa Duma mengenai Keselamatan dan Pembanterasan Rasuah, meneliti larangan itu pada November lalu, menyatakan ia memberi kesan terutamanya kepada negara anggota NATO.
  • Menurutnya, anak angkat perlu membesar “dalam keluarga biasa di mana ada bapa dan ibu,” katanya ketika itu.
  • “Dokumen itu berada di peringkat akhir semakan,” kata Piskarev semasa mesyuarat jawatankuasa parlimen pada Isnin.
  • Beliau berkata semua kementerian dan agensi berkaitan telah memberikan input mereka.
  • Inisiatif itu bertujuan melarang pengambilan kanak-kanak Russia oleh mana-mana negara yang membenarkan perubahan jantina “dalam sebarang format,” sama ada melalui pembedahan atau penggunaan penyekat akil baligh berbentuk kimia.
  • Russia melarang pasangan sejenis daripada mengambil anak angkat pada 2013 dan mengenakan sekatan ketat terhadap perubahan jantina tahun lalu.  

Penggubal undang-undang Russia meletakkan sentuhan terakhir pada rang undang-undang yang akan menghalang pengambilan anak angkat bagi negara yang membenarkan prosedur penukaran jantina, kata Timbalan Speaker Duma (Parlimen Russia) Vasily Piskarev pada Isnin.

RT melaporkan Piskarev yang mempengerusikan Jawatankuasa Duma mengenai Keselamatan dan Pembanterasan Rasuah, meneliti larangan itu pada November lalu, menyatakan ia memberi kesan terutamanya kepada negara anggota NATO.

Menurutnya, anak angkat perlu membesar “dalam keluarga biasa di mana ada bapa dan ibu,” katanya ketika itu.

“Dokumen itu berada di peringkat akhir semakan,” kata Piskarev semasa mesyuarat jawatankuasa parlimen pada Isnin.

Beliau berkata semua kementerian dan agensi berkaitan telah memberikan input mereka.

Inisiatif itu bertujuan melarang pengambilan kanak-kanak Russia oleh mana-mana negara yang membenarkan perubahan jantina “dalam sebarang format,” sama ada melalui pembedahan atau penggunaan penyekat akil baligh berbentuk kimia.

Amerika Syarikat (AS) dan ramai sekutunya menerima prosedur sedemikian beberapa tahun kebelakangan ini dan menggelarnya “pengesahan jantina”.

Ramai pegawai awam di seluruh barat berikrar menyokong perjuangan LGBT pada “Hari Antarabangsa menentang Homophobia, Biphobia & Transphobia” (IDAHOBIT) minggu lalu.

Russia melarang pasangan sejenis daripada mengambil anak angkat pada 2013 dan mengenakan sekatan ketat terhadap perubahan jantina tahun lalu.  

Gereja Ortodoks Russia sejak itu mencadang diharamkan pengambilan anak angkat peringkat antarabangsa oleh negara-negara yang membenarkan prosedur “perubahan jantina,” yang kemudiannya diberi perhatian Ahli Parlimen. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending