Connect with us

Terkini

Operasi buru along, polis tahan 38 individu

Polis sudah menahan 38 individu kerana disyaki terbabit dengan sindiket haram pemberi pinjaman wang tanpa lesen atau along di negeri ini.

Wartawan TMT

Published

on

Operasi buru along, polis tahan 38 individu
Foto: Ketua Polis negeri, Datuk Khaw Kok Chin (tengah).
  • Polis sudah menahan 38 individu kerana disyaki terbabit dengan sindiket haram pemberi pinjaman wang tanpa lesen atau along di negeri ini.
  • Semua individu itu ditahan di sekitar utara tanah air termasuk di negeri ini selepas operasi memburu along dilancarkan pada 5 Jun lalu.
  • Ketua Polis negeri, Datuk Khaw Kok Chin, berkata individu yang ditahan membabitkan 34 lelaki dan empat wanita.
  • “Setakat semalam sejak operasi dilancarkan, seramai 38 individu sudah ditahan bagi membantu siasatan, katanya selepas melawat Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Timur Laut di sini, hari ini.
  • Operasi itu dijalankan susulan Kok Chin menerima surat layang dengan ugutan jenayah dipercayai daripada sindiket along, yang dihantar menerusi perkhidmatan Pos Malaysia pada 1 Jun lalu.

GEORGETOWN: Polis sudah menahan 38 individu kerana disyaki terbabit dengan sindiket haram pemberi pinjaman wang tanpa lesen atau along di negeri ini.

Semua individu itu ditahan di sekitar utara tanah air termasuk di negeri ini selepas operasi memburu along dilancarkan pada 5 Jun lalu.

Ketua Polis negeri, Datuk Khaw Kok Chin, berkata individu yang ditahan membabitkan 34 lelaki dan empat wanita.

“Setakat semalam sejak operasi dilancarkan, seramai 38 individu sudah ditahan bagi membantu siasatan.

“Mereka berusia antara 21 hingga 72 tahun dan ditahan di sekitar Pulau Pinang serta negeri lain berhampiran,” katanya selepas melawat Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Timur Laut di sini, hari ini.

Ini lawatan pertamanya selepas dilantik Ketua Polis Pulau Pinang, pada 12 Mei lalu.

Kok Chin berkata, selain itu ada juga tangkapan membabitkan mereka yang ditahan sebelum ini dan siasatan kes sedang dilakukan.

Advertisement

Beliau berkata, polis juga sedang menyiasat sama ada semua yang ditahan terbabit dengan ugutan menerusi surat layang diterimanya pada 1 Jun lalu.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 5(2) Akta Pemberi Pinjam Wang (APPW) 1951,” katanya.

Pelancaran operasi memburu along itu membabitkan 28 pasukan daripada Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) dan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN).

Operasi itu dijalankan susulan Kok Chin menerima surat layang dengan ugutan jenayah dipercayai daripada sindiket along, yang dihantar menerusi perkhidmatan Pos Malaysia pada 1 Jun lalu.

Surat itu mengandungi ugutan balai polis akan dibakar jika Kok Chin terus mengambil tindakan terhadap sindiket berkenaan, selain menerima enam keping replika wang kertas atau ‘duit mayat’ dan sekeping nota berbentuk amaran.

Sumber: Berita Harian

Advertisement

Author

Terkini

Kutipan dana awam, RoS digesa lakukan pemantauan berkala NGO – Saifuddin

Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) digesa untuk buat pemantauan secara berkala dokumen Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) terutamanya yang menjalankan kutipan dana awam.

Wartawan TMT

Published

on

Kutipan dana awam, RoS digesa lakukan pemantauan berkala NGO – Saifuddin
Foto: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.
  • Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) digesa buat pemantauan berkala dokumen Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) terutamanya yang menjalankan kutipan dana awam.
  • Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, ia bagi memastikan tiada penyelewengan berlaku terhadap sumbangan diberikan orang ramai.
  • “Dari masa ke semasa kita boleh membuat semakan secara rawak, berkala secara rambang bagi memastikan kepatuhan terhadap undang-undang,” katanya pada sidang media selepas menghadiri Perhimpunan Bulanan Kementerian Dalam Negeri di Putrajaya hari ini.

PUTRAJAYA: Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) digesa untuk buat pemantauan secara berkala dokumen Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) terutamanya yang menjalankan kutipan dana awam.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, ia bagi memastikan tiada penyelewengan berlaku terhadap sumbangan yang diberikan orang ramai.

“Dari masa ke semasa kita boleh membuat semakan secara rawak, berkala secara rambang bagi memastikan kepatuhan terhadap undang-undang,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Perhimpunan Bulanan Kementerian Dalam Negeri di Putrajaya hari ini.

Tambahnya, RoS boleh memanggil mana-mana NGO untuk mendapatkan maklumat terperinci misalnya berkaitan laporan kewangan dan perjalanan operasi sesebuah entiti.

Bulan lalu media melaporkan, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan telah membekukan sebanyak 41 akaun bank syarikat pertubuhan Aman Palestin hasil siasatan yang dijalankan sejak 17 Oktober lalu.

Pembekuan itu dilakukan selepas SPRM menyiasat dakwaan salah guna wang sumbangan orang ramai.

Advertisement

Sumber: Buletin tv3

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending