Connect with us

Terkini

Sindiket ‘bedal haji’ cetus kebimbangan umat Islam Malaysia

Rakaman video yang tular dalam media sosial mengenai kemungkinan berlaku penipuan dalam melakukan badal haji untuk individu-individu yang sakit atau telah meninggal dunia mencetuskan kebimbangan dalam kalangan umat Islam di negara ini.

Wartawan TMT

Published

on

Sindiket ‘bedal haji’ cetus kebimbangan umat Islam Malaysia
Foto: Kelihatan seorang jemaah haji wanita memegang kertas 'badal haji' di lokasi sekitar Arafah.
  • Rakaman video yang tular dalam media sosial mengenai kemungkinan berlaku penipuan dalam melakukan badal haji untuk individu-individu yang sakit atau telah meninggal dunia mencetuskan kebimbangan dalam kalangan umat Islam di negara ini.
  • Dalam salah satu video dikongsikan pemilik akaun Facebook Mahdi Azman, kelihatan helaian-helaian kertas memaparkan tulisan ‘badal haji’ serta nama individu diwakilkan dan gambar Jalur Gemilang serta bendera Arab Saudi diletakkan di atas tanah di Arafah.
  • Sekumpulan jemaah lelaki dan wanita dipercayai dari negara jiran masing-masing mengambil kertas tersebut mengikut jantina si penama.
  • Dapat dilihat ada jemaah mengambil lebih daripada sehelai kertas sekali gus menimbul keraguan kerana seorang jemaah hanya boleh menunaikan badal haji untuk seorang penama sahaja.
  • Mahdi mendakwa, lebih menyakitkan hati, kertas yang tertera kalimah suci ‘basmalah’ itu kemudian dibuang merata-rata dan menyebabkan ia boleh dipijak.
  • “Orang-orang sekitar Arafah banyak bercakap tentang negara kita selepas tengok kejadian ini.
  • “Allahul mustaan, pencemaran sampah dari sindiket bedal haji di bumi Arafah,” katanya.
  • Pada 20 Mei lalu, Pengarah Eksekutif Haji Lembaga Tabung Haji (TH), Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman meminta umat Islam di negara ini agar lebih berhati-hati dengan tawaran badal atau upah haji oleh agensi pelancongan atau individu tertentu agar mereka tidak ditipu.

KUALA LUMPUR – Rakaman video yang tular dalam media sosial mengenai kemungkinan berlaku penipuan dalam melakukan badal haji untuk individu-individu yang sakit atau telah meninggal dunia mencetuskan kebimbangan dalam kalangan umat Islam di negara ini.

Dalam salah satu video yang dikongsikan oleh pemilik akaun Facebook Mahdi Azman, kelihatan helaian-helaian kertas memaparkan tulisan ‘badal haji’ serta nama individu yang diwakilkan dan gambar Jalur Gemilang serta bendera Arab Saudi diletakkan di atas tanah di Arafah.

Kemudian, sekumpulan jemaah lelaki dan wanita dipercayai dari negara jiran masing-masing mengambil kertas tersebut mengikut jantina si penama.

Gambar jemaah terbabit memegang kertas itu seterusnya dirakamkan oleh seorang individu lain kononnya sebagai bukti badal haji telah disempurnakan.

Selain itu, dapat dilihat ada jemaah yang mengambil lebih daripada sehelai kertas sekali gus menimbul keraguan kerana seorang jemaah hanya boleh menunaikan badal haji untuk seorang penama sahaja.

Mahdi mendakwa, lebih menyakitkan hati, kertas yang tertera kalimah suci ‘basmalah’ itu kemudian dibuang merata-rata dan menyebabkan ia boleh dipijak.

“Orang-orang sekitar Arafah banyak bercakap tentang negara kita selepas tengok kejadian ini.

“Allahul mustaan, pencemaran sampah dari sindiket bedal haji di bumi Arafah,” katanya.

Pada 20 Mei lalu, Pengarah Eksekutif Haji Lembaga Tabung Haji (TH), Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman meminta umat Islam di negara ini agar lebih berhati-hati dengan tawaran badal atau upah haji oleh agensi pelancongan atau individu tertentu agar mereka tidak ditipu.

Menurut beliau, tawaran badal haji sekitar RM1,000 sehingga RM3,500 ke atas adalah terlampau murah jika dibandingkan dengan harga asal permit haji yang harganya paling rendah adalah sekitar SR4,000 (RM4,800) dan lain-lain perbelanjaan yang perlu ditanggung oleh penduduk tempatan Arab Saudi untuk menunaikan ibadat haji.

Sejak dua bulan lalu, beberapa individu termasuk yang bergelar selebriti mengiklankan tentang pakej badal haji yang jauh lebih murah berbanding kos sebenar dinyatakan oleh TH.

Sementara itu, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dalam hantaran Facebook meminta pihak berkuasa menyiasat dakwaan tersebut.

“Jika benar dakwaan ini perlulah ia disiasat segera dan dipandang serius kerana menipu dalam melakukan badal haji,” jelasnya. 

Sumber: MalaysiaGazette

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

“Pengecut” tempelak KJ apabila Wan Fayhsal digantung 6 bulan susulan isu MAHB

Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin menempelak tindakan menggantung Ahli Parlimen Machang daripada Perikatan Nasional (PN), Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal daripada menghadiri sidang Dewan Rakyat selama enam bulan bermula hari ini,  sebagai “pengecut”.

Hidayah Sani

Published

on

Foto: Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin (kiri) & Perikatan Nasional (PN), Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal (kanan).
  • Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin menempelak tindakan menggantung Ahli Parlimen Machang daripada Perikatan Nasional (PN), Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal daripada menghadiri sidang Dewan Rakyat selama enam bulan bermula hari ini,  sebagai “pengecut”.
  • Ia susulan kenyataan Wan Fayhsal mengenai surat layang didakwa mengandungi maklumat berkaitan dalang sebenar di sebalik pengambilalihan Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB).
  • Pengecut. Kamu mempermainkan dia (Wan Fayhsal) dengan mengatakan dia berbahasa jargon, tidak tahu apa-apa. 
  • “Akhirnya, kamu menyalahgunakan kuasa legislatif untuk mengusirnya selama enam bulan. Jelas sekali, dia sudah mengganggu kamu. 
  • “Boneka BlackRock. Harap duit Zionis itu berbaloi,” katanya menerusi hantaran di Instagram di sini hari ini dengan memuat naik tangkap layar satu ciapan X berkenaan artikel bertajuk, ‘Dewan Rakyat lulus usul gantung 6 bulan Wan Fayhsal’.
  • Wan Fayhsal ketika mengulas tindakan dikenakan terhadapnya itu menyatakan bahawa beliau ‘dipaksa mengundurkan diri’ dan langsung tidak diberi peluang untuk membela diri ketika usul menggantungnya di Dewan Rakyat hari ini.

KUALA LUMPUR — Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin menempelak tindakan menggantung Ahli Parlimen Machang daripada Perikatan Nasional (PN), Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal daripada menghadiri sidang Dewan Rakyat selama enam bulan bermula hari ini,  sebagai “pengecut”.

Ia susulan kenyataan Wan Fayhsal mengenai surat layang didakwa mengandungi maklumat berkaitan dalang sebenar di sebalik pengambilalihan Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB).

Mengulas tindakan dikenakan terhadap Wan Fayhsal, Khairy menyifatkan pihak terbabit sebagai pengecut dan jelas menunjukkan mereka sebenarnya ‘terganggu’ dengan kenyataan Wan Fayhsal berkenaan isu dibangkitkan.

Khairy yang juga lantang mengkritik penjualan saham MAHB kepada syarikat pro zionis, BlackRock-Global Infrastructure Partners (GIP), secara sarkastik berharap adalah berbaloi pihak terbabit ‘menerima’ duit zionis.

Pengecut. Kamu mempermainkan dia (Wan Fayhsal) dengan mengatakan dia berbahasa jargon, tidak tahu apa-apa. 

“Akhirnya, kamu menyalahgunakan kuasa legislatif untuk mengusirnya selama enam bulan. Jelas sekali, dia sudah mengganggu kamu. 

“Boneka BlackRock. Harap duit Zionis itu berbaloi,” katanya menerusi hantaran di Instagram di sini hari ini dengan memuat naik tangkap layar satu ciapan X berkenaan artikel bertajuk, ‘Dewan Rakyat lulus usul gantung 6 bulan Wan Fayhsal’.

Foto: Tangkap layar hantaran KJ di Instagram beliau hari ini.

Artikel itu antaranya menyatakan usul menggantung Ahli Pembangkang itu dibuat melalui undi belah bahagi yang menyaksikan 110 Ahli Parlimen menyokong, 63 tidak bersetuju, tiga tidak mengundi dan 46 tidak hadir.

Menteri di Jabatan Perdana (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said ketika membentangkan usul itu berkata Dewan Rakyat memandang serius kenyataan Wan Fayhsal berhubung surat layang yang telah tular dan didakwa mengandungi maklumat dalang sebenar di sebalik pengambilalihan MAHB.

Azalina berkata Wan Fayhsal yang ketika itu membahaskan Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) 2021 dan Tahun 2022 di Dewan Rakyat telah menamakan seorang pegawai dari Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebagai dalang.

Beliau berkata perbuatan itu telah memberi kesan buruk bukan sahaja kepada individu didakwa, tetapi juga secara umum pegawai agensi di bawah kementerian yang mungkin teraniaya kerana tuduhan tidak berasas itu.

Foto: Tangkap layar hantaran Wan Fayhsal di Facebook di sini hari ini.

Dalam pada itu, Wan Fayhsal ketika mengulas tindakan dikenakan terhadapnya menyatakan bahawa beliau ‘dipaksa mengundurkan diri’ dan langsung tidak diberi peluang untuk membela diri ketika usul menggantungnya di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata kesan penggantungan itu beliau akan terlepas berbahas Belanjawan 2025 pada sidang Oktober ini.

Satu lagi titik hitam dalam demokrasi berparlimen negara. Saya langsung tidak diberi peluang untuk membela diri dalam Dewan tadi.

“Kesan daripada penggantungan ini ialah saya akan terlepas berbahas Belanjawan 2025 dalam sidang Oktober nanti.

“Machang dipaksa mengundurkan diri. Jumpa tahun depan,” katanya di Facebook hari ini. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending