Connect with us

Terkini

Malaysia seru negara Ahli Konvensyen Pelarian 1951 laksana tanggungjawab

Kerajaan sentiasa menggunakan platform di peringkat serantau dan antarabangsa untuk menyeru negara yang menjadi negara ahli kepada Konvensyen Mengenai Status Pelarian 1951 dan Protokol Mengenai Status Pelarian 1967 untuk melaksanakan tanggungjawab mereka.

Wartawan TMT

Published

on

Malaysia seru negara Ahli Konvensyen Pelarian 1951 laksana tanggungjawab
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Kerajaan sentiasa menggunakan platform di peringkat serantau dan antarabangsa untuk menyeru negara ahli Konvensyen Pelarian 1951 melaksanakan tanggungjawab mereka.
  • Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas) Datuk Wilson Ugak Kumbong berkata ini termasuk dalam memberikan perlindungan kepada pelarian tanpa mengira asal usul, etnik, agama dan sebagainya.
  • “Sekiranya semua negara ahli dapat memainkan hak dan tanggungjawabnya sepertimana yang termaktub dalam Konvensyen 1951 dan Protokol 1967 tersebut, maka isu pelarian ini akan dapat ditangani bersama dan kemasukan berterusan pelarian dan pemohon suaka di dalam negara dapat diatasi,” katanya pada persidangan Dewan Negara di sini hari ini.

KUALA LUMPUR — Kerajaan sentiasa menggunakan platform di peringkat serantau dan antarabangsa untuk menyeru negara yang menjadi negara ahli kepada Konvensyen Mengenai Status Pelarian 1951 dan Protokol Mengenai Status Pelarian 1967 untuk melaksanakan tanggungjawab mereka.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas) Datuk Wilson Ugak Kumbong berkata ini termasuk dalam memberikan perlindungan kepada pelarian tanpa mengira asal usul, etnik, agama dan sebagainya.

“Sekiranya semua negara ahli dapat memainkan hak dan tanggungjawabnya sepertimana yang termaktub dalam Konvensyen 1951 dan Protokol 1967 tersebut, maka isu pelarian ini akan dapat ditangani bersama dan kemasukan berterusan pelarian dan pemohon suaka di dalam negara dapat diatasi,” katanya pada persidangan Dewan Negara di sini hari ini.

Wilson menjawab soalan Datuk Dr Dominic Lau Hoe Chai tentang langkah kerajaan dalam menambah baik dan menguatkuasakan peranannya yang lebih efektif dalam mendekati isu berkaitan pelarian, termasuk perbincangan bersama pertubuhan-pertubuhan antarabangsa.

Beliau berkata dalam usaha untuk mencapai matlamat agar Malaysia mempunyai mekanisme pengurusan pelarian dan pemohon suaka sendiri tanpa bergantung kepada entiti asing, kerajaan akan memberikan penekanan terhadap mekanisme pengurusan dan penguatkuasaan yang efisien.

Wilson berkata ini termasuk penyelarasan terhadap dasar-dasar membabitkan kebajikan dan sosial di samping menjamin keselamatan dan kedaulatan negara.

“Kerajaan juga menggunakan platform Pasukan Petugas Bersama (JTF) antara kerajaan dengan pihak Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) dalam membincangkan isu-isu pelarian dalam Malaysia,” katanya.

Sebelum ini, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata kerajaan mempertimbangkan untuk mengadakan suatu perjanjian bersama UNHCR berhubung peranan dan tanggungjawab suruhanjaya itu di dalam negara ini.

Ahmad Zahid berkata ia selaras dengan Resolusi 428 (V) Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) (1950). – BERNAMA

Sumber : Bernama

Author

Antarabangsa

Penyanyi pro-zionis, Bruno Mars bakal adakan konsert di Malaysia

Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars, bakal kembali mengadakan konsert solonya di Kuala Lumpur pada 17 September ini.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars.
  • Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars, bakal kembali mengadakan konsert solonya di Kuala Lumpur pada 17 September ini.
  • Times Israel sebelum ini melaporkan bintang pop itu menyatakan cintanya kepada Tel Aviv dalam persembahan pertama kalinya di Israel dengan menyanyikan ‘I love you’ dalam bahasa Ibrani.
  • “Tel Aviv, saya mahu berkahwin dengan kamu!”, jerit Bruno Mars dan disahut peminat zionisnya.
  • Dilaporkan, Bruno Mars menerima tekanan hebat agar membatalkan konsertnya di wilayah jajahan haram tersebut.
  • Antara organisasi yang menggesa pembatalan konsert tersebut adalah pergerakan Boycott Divestment and Sanctions (BDS), termasuk kumpulan advokasinya Jewish Voice for Peace (JVP).

KUALA LUMPUR – Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars, bakal kembali mengadakan konsert solonya di Kuala Lumpur pada 17 September ini.

Berita itu dikongsi penganjur, Live Nation Malaysia, menerusi platform media sosial memaklumkan jualan tiket untuk konsert di Stadium Nasional Bukit Jalil itu akan dibuka pada Jumaat hadapan.

“Bruno Mars akan datang ke Kuala Lumpur September ini.

“Tidak sabar mahu berkongsi pengalaman persembahan lagu 24K Magic secara langsung,” tulis mereka menerusi platform X.

Times Israel sebelum ini melaporkan bintang pop itu menyatakan cintanya kepada Tel Aviv dalam persembahan pertama kalinya di Israel dengan menyanyikan ‘I love you’ dalam bahasa Ibrani.

“Tel Aviv, saya mahu berkahwin dengan kamu!”, jerit Bruno Mars dan disambut peminat zionisnya.

Dilaporkan, Bruno Mars menerima tekanan hebat agar membatalkan konsertnya di wilayah jajahan haram tersebut.

Antara organisasi yang menggesa pembatalan konsert tersebut adalah pergerakan Boycott Divestment and Sanctions (BDS), termasuk kumpulan advokasinya Jewish Voice for Peace (JVP).

Pemilik Bluestone Group’s Live Nation Israel, Guy Beser dan Shay Mor Yosef bagaimanapun berjaya membawa bintang itu ke Israel Oktober lalu.

JVP, sebuah organisasi progresif anti-zionis dalam surat terbukanya menyeru Bruno membatalkan konsertnya di negara aparteid tersebut sehingga rakyat Palestin mempunyai kesaksamaan, kebebasan dan keadilan sepenuhnya di tanah asal mereka.

“Kami amat bimbang dengan pengumuman mengenai persembahan anda yang akan datang di Tel Aviv, Israel di Yarkon Park, yang dibina di atas tanah perkampungan Palestin Al-Shaykh Muwannis yang berdepan pembersihan etnik oleh zionis.

“Kami menggesa anda membatalkan persembahan di Israel yang mengamalkan aparteid, sama seperti yang dilakukan semua artis yang beretika di Afrika Selatan semasa aparteid,” tegas JVP.

Bapa Bruno dikatakan berketurunan Yahudi manakala ibunya dari Filipina dan nenek moyangnya pula berketurunan Yahudi Hungary dan Ukraine. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending