Connect with us

Terkini

Lantikan kontrak ke tetap: KKM agih 1,825 pegawai perubatan ke fasiliti terjejas

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan mengagihkan segera seramai 1,825 pegawai perubatan yang sudah menamatkan latihan siswazah ke fasiliti kesihatan terjejas ekoran penyerapan pegawai kontrak ke lantikan tetap.

Wartawan TMT

Published

on

Lantikan kontrak ke tetap: KKM agih 1,825 pegawai perubatan ke fasiliti terjejas
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan mengagihkan segera seramai 1,825 pegawai perubatan yang sudah menamatkan latihan siswazah ke fasiliti kesihatan terjejas ekoran penyerapan pegawai kontrak ke lantikan tetap.
  • Menterinya, Dr. Zaliha Mustafa berkata, jumlah itu melibatkan seramai 675 pegawai perubatan akan diagihkan mulai bulan depan, diikuti dengan 1,150 pegawai lagi pada Ogos depan.
  • Katanya, urusan seterusnya akan dilaksanakan sebaik sahaja pegawai menamatkan latihan atau khidmat wajib.
  • Selaras dengan kekosongan jawatan pada tahun ini, seramai 4,914 pegawai perubatan, pegawai pergigian dan pegawai farmasi lantikan kontrak ditawarkan pelantikan tetap oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA), kata Dr Zaliha dalam satu kenyataan hari ini.

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan mengagihkan segera seramai 1,825 pegawai perubatan yang sudah menamatkan latihan siswazah ke fasiliti kesihatan terjejas ekoran penyerapan pegawai kontrak ke lantikan tetap.

Menterinya, Dr. Zaliha Mustafa berkata, jumlah itu melibatkan seramai 675 pegawai perubatan akan diagihkan mulai bulan depan, diikuti dengan 1,150 pegawai lagi pada Ogos depan.

Katanya, urusan seterusnya akan dilaksanakan sebaik sahaja pegawai menamatkan latihan atau khidmat wajib.

“Berdasarkan rekod KKM, seramai 3,226 pegawai perubatan akan menamatkan latihan siswazah atau khidmat wajib secara berperingkat mulai Jun hingga Disember depan.

“KKM sentiasa prihatin terhadap kelangsungan dan kesinambungan perkhidmatan di semua fasiliti kesihatan agar penyampaian perkhidmatan kesihatan dapat diberikan secara cekap dan berkesan demi kesejahteraan rakyat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Zaliha, selaras dengan kekosongan jawatan pada tahun ini, seramai 4,914 pegawai perubatan, pegawai pergigian dan pegawai farmasi lantikan kontrak ditawarkan pelantikan tetap oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA).

Katanya, jumlah ini merangkumi seramai 4,263 pegawai perubatan, 335 pegawai pergigian dan sebanyak 316 pegawai farmasi.

Advertisement

Daripada jumlah ini, kata beliau, seramai 4,907 pegawai perubatan, pegawai pergigian dan pegawai farmasi lantikan kontrak melengkapkan urusan setuju terima melalui Sistem Tawaran Pelantikan Tetap (mySTP) SPA, manakala seramai tujuh pegawai perubatan menolak pelantikan tetap tersebut.

“Bagi memastikan pelaksanaan yang telus dan saksama, KKM memutuskan kesemua pegawai yang ditawarkan pelantikan tetap membuat pemilihan penempatan bertugas menerusi aplikasi eHousemen, eDentist dan ePharmacist mulai 6 hingga 8 Jun lalu.

“Pegawai perubatan pula membuat pemilihan penempatan secara berperingkat melalui aplikasi eHousemen serta mengikut lima fasa pelaksanaan mulai 9 Jun lalu dan proses pemilihan itu sudah memasuki Fasa 5 yang berakhir esok,” katanya.

Dalam pada itu, Zaliha memaklumkan, seramai 330 pegawai pergigian berjaya melengkapkan pemilihan penempatan, pegawai farmasi (308 orang) selain 3,405 pegawai perubatan.

Berdasarkan perjawatan yang disediakan bagi Fasa 1 hingga Fasa 4, katanya, kesemua jawatan tetap di Semenanjung Malaysia dipilih sepenuhnya, manakala masih terdapat kekosongan jawatan di Sabah dan Sarawak yang tidak dipilih oleh pegawai.

Oleh yang demikian, jelas beliau, kesemua kekosongan jawatan ini akan ditawarkan kepada calon simpanan.

Advertisement

“Dalam urusan pengambilan tetap pada kali ini, KKM menerima lebih 1,000 rayuan daripada pegawai untuk dikekalkan di penempatan semasa.

“Antara alasan yang diberikan adalah pegawai menghadapi masalah kesihatan diri dan keluarga; tidak bersetuju untuk berkhidmat di Sabah, Sarawak dan Labuan; penempatan menyebabkan pegawai terpaksa tinggal berjauhan dengan pasangan dan pegawai akan atau memulakan pengajian kepakaran,” katanya. – UTUSAN

Sumber: Utusan Malaysia

Author

Terkini

Kibar bendera Israel, lelaki dipenjara enam bulan

Seorang lelaki dipenjara enam bulan dan didenda RM500 di Mahkamah Majistret di sini, tadi, atas kesalahan mempamer bendera Israel, Oktober lalu.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Tertuduh, Harma Zulfika Deraman (baju kelabu).
  • Seorang lelaki dipenjara enam bulan dan didenda RM500 di Mahkamah Majistret di sini, tadi, atas kesalahan mempamer bendera Israel, Oktober lalu di mana hukuman itu akan bermula selepas tertuduh selesai menjalani hukuman penjara lima tahun mengikut Seksyen 39C Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.
  • Tertuduh, Harma Zulfika Deraman, 30, turut berdepan hukuman tambahan penjara tiga bulan sekiranya gagal membayar denda berkenaan.
  • Majistret Zur Azureen Zainalkefli membuat keputusan itu selepas tertuduh mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu.
  • Tertuduh didakwa mempamer bendera Israel di tempat awam iaitu bertentangan dengan Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949.
  • Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah kedai aksesori kenderaan di Kampung Padang Lebam, Bukit Payung, di sini jam 1 petang, 19 Oktober lalu.

Marang: Seorang lelaki dipenjara enam bulan dan didenda RM500 di Mahkamah Majistret di sini, tadi, atas kesalahan mempamer bendera Israel, Oktober lalu.

Tertuduh, Harma Zulfika Deraman, 30, turut berdepan hukuman tambahan penjara tiga bulan sekiranya dia gagal membayar denda berkenaan.

Bagaimanapun, hukuman itu akan bermula selepas tertuduh selesai menjalani hukuman penjara lima tahun mengikut Seksyen 39C Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

Majistret Zur Azureen Zainalkefli membuat keputusan itu selepas tertuduh mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa mempamer bendera Israel di tempat awam iaitu bertentangan dengan Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949.

Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah kedai aksesori kenderaan di Kampung Padang Lebam, Bukit Payung, di sini jam 1 petang, 19 Oktober lalu.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 3(1) Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 8(1)(i) akta yang sama.

Advertisement

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Polis Diraja Malaysia (PDRM), Asisten Superintendan Othman Ibrahim, manakala tertuduh diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK).

Media sebelum ini melaporkan seorang lelaki ditahan polis selepas disyaki menggantung dan mengibar bendera Israel di sebuah premis sehingga menimbulkan kemarahan orang ramai.

Turut tular di media sosial beberapa keping gambar menunjukkan bendera rejim Zionis itu digantung dengan tertuduh turut memiliki rekod lampau berkaitan kes dadah.

Tertuduh kini menjalani hukuman penjara lima tahun atas kesalahan dadah mengikut Seksyen 39C ADB 1952 yang bermula sebulan lalu serta turut dikenakan satu sebatan.

Sumber: Harian Metro

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending