Antarabangsa
Kecelaruan dunia barat, wartawan wanita berbogel dalam program bual bicara
Seorang wanita berbogel semasa muncul dalam program televisyen Good Morning Britain bagi membincangkan isu berjemur di tepi pantai tanpa seurat benang, lapor portal berita MailOnline rabu lepas.

- Seorang wanita berbogel semasa muncul dalam program televisyen Good Morning Britain bagi membincangkan isu berjemur di tepi pantai tanpa seurat benang.
- Helen Berriman dijemput menyertai program bual bicara terbitan stesen televisyen ITV bagi membincangkan topik itu bersama pakar jenama dan budaya, Nick Ede.
- Helen ialah seorang penulis gaya hidup telanjang dan wartawan.
- Dalam program itu, dia berkata: “Bagaimana berbogel boleh menyinggung (orang lain)? Ia hanyalah tubuh badan.”
LONDON – Seorang wanita berbogel semasa muncul dalam program televisyen Good Morning Britain bagi membincangkan isu berjemur di tepi pantai tanpa seurat benang, lapor portal berita MailOnline rabu lepas.
Helen Berriman dijemput menyertai program bual bicara terbitan stesen televisyen ITV bagi membincangkan topik itu bersama pakar jenama dan budaya, Nick Ede.
Helen ialah seorang penulis gaya hidup telanjang dan wartawan.
Mereka membincangkan insiden di kolam Hampstead Heath, London Utara baru-baru ini di mana kakitangan fasiliti tersebut menghubungi polis apabila seorang pengunjung berjemur dalam keadaan telanjang dan enggan menutup dirinya.
Helen yang mahu mengukuhkan lagi hujahnya, memutuskan untuk muncul dalam program tersebut dengan duduk tanpa berpakaian.
Dalam program itu, dia berkata: “Bagaimana berbogel boleh menyinggung (orang lain)? Ia hanyalah tubuh badan.”
Walaupun tidak menyalahi undang-undang untuk berbogel di khalayak ramai di England dan Wales, di bawah Seksyen 66 Akta Kesalahan Seksual 2023, orang ramai perlu memastikan bahawa perbuatan tersebut tidak menimbulkan keresahan kepada orang lain.
Sumber: Kosmo
Antarabangsa
AS hantar 15,000 bom, 57,000 peluru meriam kepada rejim penjajah zionis Israel
Sejak 7 Oktober, Amerika Syarikat (AS) menghantar ribuan senjata dan artileri kepada negara sekutunya Israel dalam menentang Hamas.

- Sejak 7 Oktober, Amerika Syarikat (AS) menghantar ribuan senjata dan artileri kepada negara sekutunya Israel dalam menentang Hamas.
- Menurut Wall Street Journal, kemasukan senjata itu termasuk 15,000 bom dan 57,000 peluru meriam, yang dibawa pesawat kargo tentera C-17 sejurus selepas permulaan konflik di Semenanjung Gaza dan berterusan sejak beberapa hari lalu, kata laporan eksklusif itu, memetik sumber pegawai AS.
- Senarai senjata api yang dihantar AS kepada Israel, terdiri daripada lebih 5,400 bom MK84, 5,000 bom MK82 tidak berpandu, 1,000 bom berdiameter kecil GBU-39 dan 3,000 JDAM yang menukar bom tidak berpandu kepada peluru berpandu tepat, katanya.
Gaza: Sejak 7 Oktober, Amerika Syarikat (AS) menghantar ribuan senjata dan artileri kepada negara sekutunya Israel dalam menentang Hamas.
Menurut Wall Street Journal, kemasukan senjata itu termasuk 15,000 bom dan 57,000 peluru meriam, yang dibawa pesawat kargo tentera C-17 sejurus selepas permulaan konflik di Semenanjung Gaza dan berterusan sejak beberapa hari lalu, kata laporan eksklusif itu, memetik sumber pegawai AS.
“AS sebelum ini tidak mendedahkan jumlah senjata dihantar ke Israel mahupun pemindahan 100 BLU-109, 2,000 paun bom bunker-buster,” katanya.
Bom bunker-buster terkenal dengan keupayaannya menembusi jauh ke dalam struktur yang padat sebelum meletup.
Senarai senjata api yang dihantar AS kepada Israel, terdiri daripada lebih 5,400 bom MK84, 5,000 bom MK82 tidak berpandu, 1,000 bom berdiameter kecil GBU-39 dan 3,000 JDAM yang menukar bom tidak berpandu kepada peluru berpandu tepat, katanya.
Tentera Israel meneruskan pengeboman di Semenanjung Gaza awal Jumaat selepas mengisytiharkan penamatan jeda kemanusiaan selama seminggu.
Sekurang-kurangnya 193 rakyat Palestin terbunuh dan 652 cedera dalam serangan udara itu, menurut Kementerian Kesihatan Gaza.
Sejak 7 Oktober, lebih 15,000 rakyat Palestin, kebanyakannya kanak-kanak dan wanita terbunuh dalam serangan kejam Israel, sebagai membalas serangan mengejut Hamas.
Sumber: Harian Metro
-
Terkini3 days ago
Kibar bendera Israel, lelaki dipenjara enam bulan
-
Terkini3 days ago
Terus beku akaun Aman Palestin, SPRM umpama ‘dera’ penduduk Gaza – Tun Mahathir
-
Terkini3 days ago
Peguam bidas Justice For Sisters kecam penubuhan pusat pemulihan LGBT di Johor
-
Antarabangsa4 days ago
PBB siasat, rayu bukti dakwaan keganasan seksual oleh Hamas