Connect with us

Antarabangsa

Kapal pengangkut selamatkan 68 pendatang di Greece

Sebuah kapal pengangkut menyelamatkan 68 pendatang dari sebuah bot yang mengalami kecemasan di luar pulau Kalymnos di Greece pada pagi Isnin, lapor Agensi Berita Jerman (dpa) memetik media Greece.

Wartawan TMT

Published

on

Kapal pengangkut selamatkan 68 pendatang di Greece
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Sebuah kapal pengangkut menyelamatkan 68 pendatang dari sebuah bot yang mengalami kecemasan di luar pulau Kalymnos di Greece.
  • Semua penumpang tidak cedera dan mereka dipindahkan ke kapal pengangkut oleh pengawal pantai dan kemudiannya belayar ke pulau Leros Laut Aegean berdekatan, tempat kem pendaftaran untuk pelarian dan pendatang yang memasuki negara itu secara haram.
  • Penyeludup manusia kerap membawa pendatang menggunakan jalan laut berbahaya dari Turkiye dan negara Afrika Utara ke negara Kesatuan Eropah seperti Greece, Cyprus dan Itali.

ATHENS: Sebuah kapal pengangkut menyelamatkan 68 pendatang dari sebuah bot yang mengalami kecemasan di luar pulau Kalymnos di Greece pada pagi Isnin, lapor Agensi Berita Jerman (dpa) memetik media Greece.

Mereka belayar dari pantai Turkiye, lapor rangkaian TV MEGA, memetik pengawal pantai.

Semua penumpang tidak cedera dan mereka dipindahkan ke kapal pengangkut oleh pengawal pantai dan kemudiannya belayar ke pulau Leros Laut Aegean berdekatan, tempat kem pendaftaran untuk pelarian dan pendatang yang memasuki negara itu secara haram.

Penyeludup manusia kerap membawa pendatang menggunakan jalan laut berbahaya dari Turkiye dan negara Afrika Utara ke negara Kesatuan Eropah seperti Greece, Cyprus dan Itali.

Rabu lalu, kira-kira 500 orang lemas apabila bot nelayan karam di perairan antarabangsa berhampiran wilayah Peloponnese di selatan Greece.

Sumber: Berita Harian

Author

Antarabangsa

AS hantar 15,000 bom, 57,000 peluru meriam kepada rejim penjajah zionis Israel

Sejak 7 Oktober, Amerika Syarikat (AS) menghantar ribuan senjata dan artileri kepada negara sekutunya Israel dalam menentang Hamas.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Sejak 7 Oktober, Amerika Syarikat (AS) menghantar ribuan senjata dan artileri kepada negara sekutunya Israel dalam menentang Hamas.
  • Menurut Wall Street Journal, kemasukan senjata itu termasuk 15,000 bom dan 57,000 peluru meriam, yang dibawa pesawat kargo tentera C-17 sejurus selepas permulaan konflik di Semenanjung Gaza dan berterusan sejak beberapa hari lalu, kata laporan eksklusif itu, memetik sumber pegawai AS.
  • Senarai senjata api yang dihantar AS kepada Israel, terdiri daripada lebih 5,400 bom MK84, 5,000 bom MK82 tidak berpandu, 1,000 bom berdiameter kecil GBU-39 dan 3,000 JDAM yang menukar bom tidak berpandu kepada peluru berpandu tepat, katanya.

Gaza: Sejak 7 Oktober, Amerika Syarikat (AS) menghantar ribuan senjata dan artileri kepada negara sekutunya Israel dalam menentang Hamas.

Menurut Wall Street Journal, kemasukan senjata itu termasuk 15,000 bom dan 57,000 peluru meriam, yang dibawa pesawat kargo tentera C-17 sejurus selepas permulaan konflik di Semenanjung Gaza dan berterusan sejak beberapa hari lalu, kata laporan eksklusif itu, memetik sumber pegawai AS.

“AS sebelum ini tidak mendedahkan jumlah senjata dihantar ke Israel mahupun pemindahan 100 BLU-109, 2,000 paun bom bunker-buster,” katanya.

Bom bunker-buster terkenal dengan keupayaannya menembusi jauh ke dalam struktur yang padat sebelum meletup.

Senarai senjata api yang dihantar AS kepada Israel, terdiri daripada lebih 5,400 bom MK84, 5,000 bom MK82 tidak berpandu, 1,000 bom berdiameter kecil GBU-39 dan 3,000 JDAM yang menukar bom tidak berpandu kepada peluru berpandu tepat, katanya.

Tentera Israel meneruskan pengeboman di Semenanjung Gaza awal Jumaat selepas mengisytiharkan penamatan jeda kemanusiaan selama seminggu.

Sekurang-kurangnya 193 rakyat Palestin terbunuh dan 652 cedera dalam serangan udara itu, menurut Kementerian Kesihatan Gaza.

Advertisement

Sejak 7 Oktober, lebih 15,000 rakyat Palestin, kebanyakannya kanak-kanak dan wanita terbunuh dalam serangan kejam Israel, sebagai membalas serangan mengejut Hamas.

Sumber: Harian Metro

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending