Connect with us

Antarabangsa

EU capai kata sepakat perkongsian tuan rumah pelarian

Negara-negara Kesatuan Eropah (EU) mencapai persetujuan mengenai semakan peraturan blok yang telah lama terhenti untuk perkongsian sebagai negara tuan rumah bagi pencari suaka dan pendatang secara lebih saksama.

Wartawan TMT

Published

on

EU capai kata sepakat perkongsian tuan rumah pelarian
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Negara-negara Kesatuan Eropah (EU) mencapai persetujuan mengenai semakan peraturan blok telah lama terhenti untuk perkongsian sebagai negara tuan rumah bagi pencari suaka dan pendatang secara lebih saksama.
  • Sweden yang memegang jawatan presiden secara bergilir, mengumumkan kejayaan itu selepas rundingan seharian antara menteri dalam negeri EU di Luxembourg.
  • Perjanjian itu memerlukan kelulusan daripada majoriti negara mewakili sekurang-kurangnya 65 peratus daripada populasi blok itu berlaku selepas bertahun-tahun pertelingkahan mengenai dasar suaka.

LUXEMBOURG: Negara-negara Kesatuan Eropah (EU) mencapai persetujuan mengenai semakan peraturan blok yang telah lama terhenti untuk perkongsian sebagai negara tuan rumah bagi pencari suaka dan pendatang secara lebih saksama.

Sweden yang memegang jawatan presiden secara bergilir, mengumumkan kejayaan itu selepas rundingan seharian antara menteri dalam negeri EU di Luxembourg.

Perjanjian itu yang memerlukan kelulusan daripada majoriti negara yang mewakili sekurang-kurangnya 65 peratus daripada populasi blok itu berlaku selepas bertahun-tahun pertelingkahan mengenai dasar suaka.

Pesuruhjaya Hal Ehwal Dalam Negeri Eropah, Ylva Johansson memuji ‘langkah yang sangat penting’ untuk EU bagi isu penghijrahan.

“Ia bukan keputusan yang mudah untuk semua orang duduk dalam satu meja rundingan, tetapi ia adalah keputusan bersejarah,” kata Menteri Dalam Negeri Jerman, Nancy Faeser.

Cadangan yang dibentangkan pada mesyuarat itu meminta bantuan wajib dalam kalangan negara EU, tetapi diberi dua pilihan untuk melakukannya, namun mereka cuma memilih satu daripadanya.

Keutamaan ketika ini adalah untuk negara EU berkongsi sebagai tuan rumah pencari suaka, mengambil kelompok itu yang ramai tiba di negara-negara di pinggir luar blok itu, terutama Greece dan Itali.

Perjanjian itu menetapkan negara yang enggan mengikuti keputusan itu dikehendaki membayar sejumlah 20,000 euro (RM99,616) setiap orang ke dalam dana yang diuruskan oleh Brussels.

Poland dan Hungary mengundi membantah cadangan itu, manakala Bulgaria, Malta, Lithuania dan Slovakia memilih untuk berkecuali.

Perjanjian awal itu membuka jalan untuk rundingan dengan Parlimen Eropah mengenai undang-undang yang boleh diterima pakai sebelum pilihan raya Eropah pada Jun tahun depan.

Sumber: Berita Harian

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

90 terbunuh, 300 cedera Israel bedil “zon selamat” Al-Mawasi

Sekurang-kurangnya 90 rakyat Palestin terbunuh dan 300 lain cedera dalam serangan Israel menyasarkan kem pelarian selatan Gaza pada Sabtu, demikian menurut Kementerian Kesihatan wilayah itu.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Sekurang-kurangnya 90 rakyat Palestin terbunuh dan 300 lain cedera dalam serangan Israel menyasarkan kem pelarian selatan Gaza pada Sabtu, demikian menurut Kementerian Kesihatan wilayah itu.
  • Saksi memberitahu agensi berita Anadolu bahawa tentera Israel menggunakan lima peluru berpandu berat dalam menyasarkan Al-Mawasi yang diisytiharkan sebagai zon selamat oleh tentera rejim Israel.
  • Jenazah mangsa serangan dan mereka yang cedera tiba di Kompleks Perubatan Nasser di Khan Younis selepas tentera Israel mengebom kawasan itu.
  • Pejabat Media Kerajaan di Gaza dalam satu kenyataan berkata, tentera Israel melakukan “pembunuhan besar-besaran” di Al-Mawasi yang diklasifikasikan sebagai “zon selamat”.

Sekurang-kurangnya 90 rakyat Palestin terbunuh dan 300 lain cedera dalam serangan Israel menyasarkan kem pelarian selatan Gaza pada Sabtu, demikian menurut Kementerian Kesihatan wilayah itu.

Saksi memberitahu agensi berita Anadolu bahawa tentera Israel menggunakan lima peluru berpandu berat dalam menyasarkan Al-Mawasi yang diisytiharkan sebagai zon selamat oleh tentera rejim Israel.

Jenazah mangsa serangan dan mereka yang cedera tiba di Kompleks Perubatan Nasser di Khan Younis selepas tentera Israel mengebom kawasan itu.

Pejabat Media Kerajaan di Gaza dalam satu kenyataan berkata, tentera Israel melakukan “pembunuhan besar-besaran” di Al-Mawasi yang diklasifikasikan sebagai “zon selamat”.

“Tentera pendudukan melakukan pembunuhan beramai-ramai dengan mengebom kem orang ramai yang terusir di kawasan Al-Mawasi di Khan Younis… (dengan mangsanya) melibatkan individu dan pegawai dari Pertahanan Awam, menurut kiraan awal,” katanya.

Al Jazeera melaporkan lebih 38,443 rakyat Palestin terbunuh, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak, dan hampir 88,481 cedera, menurut pihak berkuasa kesihatan tempatan. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending