Terkini
Akui motivasi dirinya hilang, Lee Zii Jia berehat seketika daripada badminton
Lee Zii Jia mengakui, sering kalah di pusingan awal menyebabkan motivasinya semakin ‘hilang’ dan memaksa dia berehat seketika daripada menyertai sebarang kejohanan badminton.

- Lee Zii Jia mengakui, sering kalah di pusingan awal menyebabkan motivasinya semakin hilang dan memaksa dia berehat seketika daripada menyertai sebarang kejohanan badminton.
- Perseorangan lelaki No. 1 negara itu mengalami satu lagi kekalahan mengejut, kali ini tumpas 17-21, 13-21 kepada pemain No. 20 dunia dari India, Lakshya Sen pada pusingan pertama Terbuka Indonesia di Jakarta.
- Bekas juara All England itu terkeluar daripada kelompok 10 pemain terbaik ranking Persekutuan Badminton Dunia (BWF) dengan menghuni tangga ke-11, keadaan pasti menjejaskan lagi moralnya.
- Zii Jia, kini kalah awal dalam tiga kejohanan utama berturut-turut, bermula dengan Malaysia Masters (pusingan kedua) dua minggu lalu dan Terbuka Singapura (pusingan pertama), Rabu lalu.
PETALING JAYA: Lee Zii Jia mengakui, sering kalah di pusingan awal menyebabkan motivasinya semakin ‘hilang’ dan memaksa dia berehat seketika daripada menyertai sebarang kejohanan badminton.
Semalam, perseorangan lelaki No. 1 negara itu mengalami satu lagi kekalahan mengejut, kali ini tumpas 17-21, 13-21 kepada pemain No. 20 dunia dari India, Lakshya Sen pada pusingan pertama Terbuka Indonesia di Jakarta.
Kelmarin, bekas juara All England itu terkeluar daripada kelompok 10 pemain terbaik ranking Persekutuan Badminton Dunia (BWF) dengan menghuni tangga ke-11, keadaan yang pasti menjejaskan lagi moralnya.
Zii Jia, 25, kini kalah awal dalam tiga kejohanan utama berturut-turut, bermula dengan Malaysia Masters (pusingan kedua) dua minggu lalu dan Terbuka Singapura (pusingan pertama), Rabu lalu.
Dia juga kalah di pusingan pertama dan kedua dalam tujuh kejohanan tahun ini, malah gagal merangkul sebarang trofi sejak bergelar juara Terbuka Thailand 2022.
“Saya rasa buat masa ini saya akan berhenti daripada badminton buat sementara waktu. Saya tidak tahu berapa lama tetapi saya akan berhenti sehingga mendapat motivasi semula.
Saya akan berehat dan berehat seketika,” katanya selepas perlawanan.
Zii Jia juga menegaskan, dia belum memikirkan tentang kelayakan ke Sukan Olimpik 2024 di Paris kerana perlu mencari semula keghairahan apabila berada di dalam gelanggang.
“Mungkin saya berhenti menyertai pertandingan, saya tidak tahu berapa lama.
“Saya telah mempertimbangkan hal ini agak lama, tekanan cukup tinggi ketika berada dalam gelanggang, saya gagal fokus 100 peratus.
“Eloklah saya berehat. Keutamaan bagi saya adalah untuk mencari minat saya di gelanggang.
“Saya bermain dengan baik di Piala Sudirman, tetapi saya tidak melakukan banyak perubahan selepas itu,” ujarnya.
Pada Terbuka Singapura, minggu lalu dia kalah kepada Weng Hongyang dari China 20-22, 21-16, 19-21, manakala di Malaysia Masters di tewas di tangan pemain Taiwan, Lee Chun Yi 19-21, 21-16, 15-21.
Kehadiran Wong Tat Meng yang bakal menjadi jurulatih Zii Jia kini diharap mampu menjadi ‘penyelamat’ untuk memulihkan pemain No. 1 negara.
Tat Meng yang masih berada di Hong Kong dijangka tiba di Malaysia bulan depan.
Sumber: Utusan Malaysia
Terkini
Kibar bendera Israel, lelaki dipenjara enam bulan
Seorang lelaki dipenjara enam bulan dan didenda RM500 di Mahkamah Majistret di sini, tadi, atas kesalahan mempamer bendera Israel, Oktober lalu.

- Seorang lelaki dipenjara enam bulan dan didenda RM500 di Mahkamah Majistret di sini, tadi, atas kesalahan mempamer bendera Israel, Oktober lalu di mana hukuman itu akan bermula selepas tertuduh selesai menjalani hukuman penjara lima tahun mengikut Seksyen 39C Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.
- Tertuduh, Harma Zulfika Deraman, 30, turut berdepan hukuman tambahan penjara tiga bulan sekiranya gagal membayar denda berkenaan.
- Majistret Zur Azureen Zainalkefli membuat keputusan itu selepas tertuduh mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu.
- Tertuduh didakwa mempamer bendera Israel di tempat awam iaitu bertentangan dengan Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949.
- Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah kedai aksesori kenderaan di Kampung Padang Lebam, Bukit Payung, di sini jam 1 petang, 19 Oktober lalu.
Marang: Seorang lelaki dipenjara enam bulan dan didenda RM500 di Mahkamah Majistret di sini, tadi, atas kesalahan mempamer bendera Israel, Oktober lalu.
Tertuduh, Harma Zulfika Deraman, 30, turut berdepan hukuman tambahan penjara tiga bulan sekiranya dia gagal membayar denda berkenaan.
Bagaimanapun, hukuman itu akan bermula selepas tertuduh selesai menjalani hukuman penjara lima tahun mengikut Seksyen 39C Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.
Majistret Zur Azureen Zainalkefli membuat keputusan itu selepas tertuduh mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu.
Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa mempamer bendera Israel di tempat awam iaitu bertentangan dengan Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949.
Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah kedai aksesori kenderaan di Kampung Padang Lebam, Bukit Payung, di sini jam 1 petang, 19 Oktober lalu.
Tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 3(1) Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 8(1)(i) akta yang sama.
Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Polis Diraja Malaysia (PDRM), Asisten Superintendan Othman Ibrahim, manakala tertuduh diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK).
Media sebelum ini melaporkan seorang lelaki ditahan polis selepas disyaki menggantung dan mengibar bendera Israel di sebuah premis sehingga menimbulkan kemarahan orang ramai.
Turut tular di media sosial beberapa keping gambar menunjukkan bendera rejim Zionis itu digantung dengan tertuduh turut memiliki rekod lampau berkaitan kes dadah.
Tertuduh kini menjalani hukuman penjara lima tahun atas kesalahan dadah mengikut Seksyen 39C ADB 1952 yang bermula sebulan lalu serta turut dikenakan satu sebatan.
Sumber: Harian Metro
-
Terkini2 days ago
Terus beku akaun Aman Palestin, SPRM umpama ‘dera’ penduduk Gaza – Tun Mahathir
-
Terkini1 day ago
Kibar bendera Israel, lelaki dipenjara enam bulan
-
Terkini4 days ago
(VIDEO) Wee Ka Siong terkejut ‘dimarahi’ Menteri Pendidikan di Dewan Rakyat
-
Antarabangsa3 days ago
PBB siasat, rayu bukti dakwaan keganasan seksual oleh Hamas