Connect with us

Terkini

Ranking Zii Jia terus jatuh, Tang Jie-Ee Wei naik empat anak tangga

Kedudukan jaguh perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia (gambar) terus goyah apabila ranking dunianya jatuh satu anak tangga dalam kemas kini terbaharu dikeluarkan Persekutuan Badminton Dunia (BWF), hari ini.

Wartawan TMT

Published

on

Ranking Zii Jia terus jatuh, Tang Jie-Ee Wei naik empat anak tangga
Foto: Jaguh perseorangan badminton lelaki profesional negara, Lee Zii Jia.
  • Kedudukan jaguh perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia (gambar) terus goyah apabila ranking dunianya jatuh satu anak tangga dalam kemas kini terbaharu dikeluarkan Persekutuan Badminton Dunia (BWF), hari ini.
  • Zii Jia, yang mengambil keputusan berehat seketika susulan prestasi mengecewakan sejak akhir ini, menghuni kedudukan ke-14 dengan 54,476 mata, jauh ditinggalkan juara dunia dari Denmark, Viktor Axelsen dengan 103,005 mata di kedudukan tertinggi ranking BWF tersebut.
  • Kejayaan bergelar juara Terbuka Taiwan 2023, Ahad lepas, membantu beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei melonjak empat anak tangga dari kedudukan ke-19 untuk berada di ranking ke-14 dengan mengutip 54,888 mata.

Kuala Lumpur –  Kedudukan jaguh perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia (gambar) terus goyah apabila ranking dunianya jatuh satu anak tangga dalam kemas kini terbaharu dikeluarkan Persekutuan Badminton Dunia (BWF), hari ini.

Zii Jia, yang mengambil keputusan berehat seketika susulan prestasi mengecewakan sejak akhir ini, menghuni kedudukan ke-14 dengan 54,476 mata, jauh ditinggalkan juara dunia dari Denmark, Viktor Axelsen dengan 103,005 mata di kedudukan tertinggi ranking BWF tersebut.

Sementara itu, kejayaan bergelar juara Terbuka Taiwan 2023, Ahad lepas, membantu beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei melonjak empat anak tangga dari kedudukan ke-19 untuk berada di ranking ke-14 dengan mengutip 54,888 mata.

Pasangan profesional, Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie merupakan satu-satunya wakil negara dalam kedudukan 10 teratas selepas kekal di tangga ketujuh (62,984 mata) dalam ranking dikuasai jaguh China, Zheng Si Wei-Huang Ya Qiong (116,906 mata).

Nasib berbeza pula dialami beregu lelaki negara, Man Wei Chong-Tee Kai Wun apabila mereka tidak berganjak dari kedudukan ke-23 (43,160 mata), biarpun mempertahankan gelaran Terbuka Taiwan 2023 dengan menumpaskan pasangan tuan rumah, Lu Ching Yao-Yang Po Han, 20-22, 21-17, 21-14.

Dua beregu lelaki negara iaitu juara bertahan dunia, Aaron Chia-Soh Wooi Yik kekal di kedudukan keempat (81,794 mata) dan gandingan profesional Ong Yew Sin-Teo Ee Yi di ranking keenam (71,250 mata) manakala pasangan Indonesia, Fajar Alfian-Muhammad Rian Ardianto tidak dicabar di tempat teratas (94,379 mata).

Kategori beregu wanita pula menyaksikan naib juara Masters Malaysia 2023, Pearly Tan-M. Thinaah kekal di kedudukan ke-12 (65,821 mata) dan pasangan China, Chen Qing Chen-Jia Yi Fan masih unggul di ranking pertama (100,654 mata).

Bekas juara remaja dunia dua kali, Goh Jin Wei pula terkeluar daripada kedudukan 30 perseorangan wanita terbaik dunia selepas jatuh empat anak tangga di ranking ke-34 (34,683 mata) dan pemain Jepun, Akane Yamaguchi kekal di puncak dengan 103,717 mata. – BERNAMA

Sumber: Bernama

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

Perundangan baharu kawal selia penerbitan kalimah ‘Allah’ sedang disediakan – KDN

Kementerian Dalam Negeri (KDN) sedang menyediakan perundangan baharu bagi mengawal selia penerbitan yang mengandungi kalimah “Allah” selaras dengan dasar diputuskan Majlis Raja-Raja.

Hidayah Sani

Published

on

Foto: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.
  • Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata penggubalan perundangan baharu itu memerlukan penelitian mendalam dari pelbagai aspek sensitif melibatkan keselamatan negara, ketenteraman awam dan keharmonian agama di Malaysia.
  • “Dalam hal ini, KDN perlu melalui proses-proses libat urus dan kerjasama bersama pihak-pihak ditetapkan termasuk pihak JAKIM, Pihak Berkuasa Negeri-negeri, Kerajaan Negeri-negeri dan AGC dalam menyediakan perundangan baharu yang berkenaan sebelum dibentangkan kepada Jemaah Menteri, Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam (MKI) dan Majlis Raja-Raja. 
  • “Tindakan dan proses ini sedang berjalan bagi mendapatkan satu keputusan yang dipersetujui,” katanya menerusi jawapan bertulis di Parlimen pada Isnin.
  • Beliau menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Mumtaz Md Nawi yang meminta Menteri Dalam Negeri menyatakan mengapa Kerajaan belum mengumumkan status dan kesan penggunaan terkini mengenai empat kalimah suci orang Islam iaitu lafaz Allah, solat, Kaabah dan Baitullah sedangkan kes melibatkan nama Allah kian meningkat.

KUALA LUMPUR — Kementerian Dalam Negeri (KDN) sedang menyediakan perundangan baharu bagi mengawal selia penerbitan yang mengandungi kalimah “Allah” selaras dengan dasar diputuskan Majlis Raja-Raja.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata penggubalan perundangan baharu itu memerlukan penelitian mendalam dari pelbagai aspek sensitif melibatkan keselamatan negara, ketenteraman awam dan keharmonian agama di Malaysia.

“Dalam hal ini, KDN perlu melalui proses-proses libat urus dan kerjasama bersama pihak-pihak ditetapkan termasuk pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Pihak Berkuasa Negeri-negeri, Kerajaan Negeri-negeri dan Jabatan Peguam Negara (AGC) dalam menyediakan perundangan baharu yang berkenaan sebelum dibentangkan kepada Jemaah Menteri, Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam (MKI) dan Majlis Raja-Raja. 

“Tindakan dan proses ini sedang berjalan bagi mendapatkan satu keputusan yang dipersetujui,” katanya menerusi jawapan bertulis di Parlimen pada Isnin.

Beliau menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Mumtaz Md Nawi yang meminta Menteri Dalam Negeri menyatakan mengapa Kerajaan belum mengumumkan status dan kesan penggunaan terkini mengenai empat kalimah suci orang Islam iaitu lafaz Allah, solat, Kaabah dan Baitullah sedangkan kes melibatkan nama Allah kian meningkat.

Pada 23 Oktober 2023,  media melaporkan garis panduan baharu mengenai Arahan Pentadbiran KDN berkaitan penggunaan kalimah Allah akan diteliti dan diputuskan pada mesyuarat Majlis Raja-Raja pada minggu terbabit.

Saifuddin dilaporkan mengatakan cadangan garis panduan itu sudah dikemukakan kepada MKI selepas selesai lima sesi libat urus diadakan sebelum ini.

Katanya, KDN akan mengambil panduan hasil mesyuarat Majlis Raja-Raja itu untuk mengadakan garis panduan baharu bagi isu penggunaan kalimah Allah.

KDN sebelum ini mengadakan sesi libat urus dengan pelbagai pihak, termasuk AGC, Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia, JAKIM, Majlis Profesor Malaysia dan Persatuan-persatuan Peguam Muslim Syarie Malaysia.

Ia susulan KDN dan kerajaan Malaysia pada 15 Mei 2023 dilaporkan menarik balik rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang memutuskan penganut agama Kristian boleh menggunakan kalimah ‘Allah’ dan tiga perkataan Arab yang lain dalam penerbitan bahan agama mereka bagi tujuan pembelajaran.

Keputusan Mahkamah Tinggi itu dibuat pada 10 Mac 2021 selepas membenarkan permohonan semakan kehakiman seorang wanita beragama Kristian, Jill Ireland Lawrence Bill yang memohon perisytiharan mengenai hak perlembagaannya berhubung penggunaan kalimah Allah dalam penerbitan agama berkenaan. 

Memetik BERNAMA, Jill Ireland dilaporkan memohon semakan kehakiman pada 20 Ogos 2008 supaya dikembalikan lapan cakera padat (CD) dengan tajuk mengandungi kalimah ‘Allah’ yang dirampas daripadanya pada 11 Mei 2008 dan perisytiharan mengenai hak perlembagaannya berhubung penggunaan kalimah itu dalam penerbitan Kristian.

Mahkamah pada 2014 memerintahkan CD itu dipulangkan dan setelah melalui beberapa proses, memutuskan arahan KDN pada 1986 untuk tidak membenarkan penggunaan empat perkataan itu menyalahi undang-undang dan tidak rasional. — The Merdeka Times

Sokong TMT media berani, benar & bebas di https://support.themerdekatimes.com/

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending