Connect with us

Antarabangsa

17 termasuk lima kanak-kanak maut serangan udara di Sudan

Pergolakan di Sudan semakin parah apabila serangan udara di selatan Khartoum menyebabkan 17 orang termasuk lima kanak-kanak terbunuh dan 25 rumah musnah.

Wartawan TMT

Published

on

17 termasuk lima kanak-kanak maut serangan udara di Sudan
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Pergolakan di Sudan semakin parah apabila serangan udara di selatan Khartoum menyebabkan 17 orang termasuk lima kanak-kanak terbunuh dan 25 rumah musnah.
  • Kementerian Kesihatan Khartoum mengesahkan laporan sukarelawan tempatan itu, ketika pengantara mendorong puak yang berperang ke arah gencatan senjata baharu.
  • Serangan itu adalah yang terbaru dalam siri serangan udara dan artileri ke atas daerah miskin dan padat penduduk di bandar itu di mana kebanyakan penduduk tidak mampu menampung kos hidup.
  • Pertempuran antara tentera Sudan dan Pasukan Sokongan Pantas (RSF) separa tentera memasuki bulan ketiga tanpa kedua-dua pihak mendapat kelebihan yang jelas.
  • Menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), peperangan itu menyebabkan 2.2 juta rakyat Sudan kehilangan tempat tinggal, membunuh ratusan orang dan menyebabkan wilayah Darfur berdepan ‘malapetaka kemanusiaan’.

KHARTOUM – Pergolakan di Sudan semakin parah apabila serangan udara di selatan Khartoum menyebabkan 17 orang termasuk lima kanak-kanak terbunuh dan 25 rumah musnah.

Kementerian Kesihatan Khartoum mengesahkan laporan sukarelawan tempatan itu, ketika pengantara mendorong puak yang berperang ke arah gencatan senjata baharu.

Serangan itu adalah yang terbaru dalam siri serangan udara dan artileri ke atas daerah miskin dan padat penduduk di bandar itu di mana kebanyakan penduduk tidak mampu menampung kos hidup.

Pertempuran antara tentera Sudan dan Pasukan Sokongan Pantas (RSF) separa tentera memasuki bulan ketiga tanpa kedua-dua pihak mendapat kelebihan yang jelas.

Menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), peperangan itu menyebabkan 2.2 juta rakyat Sudan kehilangan tempat tinggal, membunuh ratusan orang dan menyebabkan wilayah Darfur berdepan ‘malapetaka kemanusiaan’.

Tentera mempunyai kelebihan kuasa udara di Khartoum dan bandar jirannya Omdurman dan Bahri, manakala RSF telah meletakkan pasukannya di kawasan kediaman kejiranan.

Pada Jumaat dan Sabtu lalu tentera meningkatkan serangan udara di beberapa kawasan perumahan.

Advertisement

Dalam ucapan yang disiarkan oleh tentera, jeneral tertinggi, Yassir Al-Atta memberi amaran kepada orang ramai supaya menjauhi rumah yang diduduki RSF.

“Kerana pada ketika ini, kami akan menyerang mereka di mana-mana sahaja.

“Antara kami dan pemberontak ini adalah peluru,” katanya seperti menolak percubaan pengantaraan.

Sumber: Ismaweb

Author

Advertisement

Antarabangsa

Lelaki Israel rayu Netanyahu terima, kebumi jasad keluarganya terbunuh di Gaza

Briged al-Qassam menyiarkan video seorang tawanan Israel merayu Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu untuk mengambil jasad isteri dan dua anaknya yang terkorban di Gaza disebabkan pengeboman rejim zionis Israel.

A.R. Khan

Published

on

Foto: Tawanan Israel, Yarden Peepas.
  • Briged al-Qassam menyiarkan video seorang tawanan Israel merayu kepada Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu untuk mengambil jasad isteri dan dua anaknya yang terkorban di Gaza disebabkan pengeboman rejim Israel.
  • Video yang turut disiarkan saluran Telegram Shehab News itu menunjukkan tawanan Israel, Yarden Peepas, bercakap dengan pantas dan sebak menyampaikan mesejnya kepada Netanyahu.
  • “Kamu mengebom dan membunuh isteri serta kedua anak saya, yang merupakan perkara paling penting dalam hidup saya, tolong (ambil) pulang jasad mereka untuk dikebumikan di Tel Aviv,” katanya.
  • Menurut Roya News, Hamas sebelum ini menawarkan untuk menyerah tiga jasad ahli keluarga Yarden itu untuk dibawa keluar dari Gaza.
  • Tetapi kerajaan negara haram Israel menolak untuk menerima tawaran itu dan meneruskan rundingan, demikian kenyataan rasmi Briged al-Qassam.

Briged al-Qassam menyiarkan video seorang tawanan Israel merayu Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu untuk mengambil jasad isteri dan dua anaknya yang terkorban di Gaza disebabkan pengeboman rejim zionis Israel.

Video yang turut disiarkan saluran Telegram Shehab News itu menunjukkan tawanan Israel, Yarden Peepas, bercakap dengan pantas dan sebak menyampaikan mesejnya kepada Netanyahu.

“Kamu mengebom dan membunuh isteri serta kedua anak saya, yang merupakan perkara paling penting dalam hidup saya, tolong (ambil) pulang jasad mereka untuk dikebumikan di Tel Aviv,” katanya.

Menurut Roya News, Hamas sebelum ini menawarkan untuk menyerah tiga jasad ahli keluarga Yarden itu untuk dibawa keluar dari Gaza.

Tetapi kerajaan negara haram Israel menolak untuk menerima tawaran itu dan meneruskan rundingan, demikian kenyataan rasmi Briged al-Qassam.

The Times Of Israel melaporkan kononnya kumpulan pembebasan Palestin, Hamas membuat dakwaan itu yang menurut mereka sebahagian kempen peperangan psikologi. – The Merdeka Times

Sumber: Shehab News, Roya News, The Times Of Israel

Advertisement

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending