Antarabangsa
Zionis bawa 10,000 buruh India ganti buruh kasar Palestin
Rejim haram aparteid Israel bakal menerima masuk 10,000 buruh India bagi menggantikan buruh kasar Palestin.

- Rejim haram aparteid Israel bakal menerima masuk 10,000 buruh India secara berperingkat bagi menggantikan buruh kasar Palestin sebagai tanda memperkukuh kerjasama ekonomi dan politik antara dua negara berkenaan.
- Jurucakap Kementerian Penduduk dan Imigresen rejim haram berkata, “Kami menjangkakan perjanjian itu akan diluluskan tidak lama lagi, dan tidak lama lagi kami akan dapat menyediakan mekanisme yang diperlukan untuk menggaji buruh mahir.”
- Rundingan itu dibuat selepas Menteri Luar rejim, Eli Cohen melawat India awal Mei lalu di mana dia menandatangani perjanjian dengan Menteri Hal Ehwal Luar India, Subrahmanyam Jaishankar untuk membawa masuk kira-kira 42,000 pekerja asing India ke Israel dengan peruntukan 34,000 pekerja untuk sektor pembinaan dan 8,000 untuk sektor penjagaan warga emas.
BAITULMUQADDIS: Rejim haram aparteid Israel bakal menerima masuk 10,000 buruh India bagi menggantikan buruh kasar Palestin.
Walaupun perjanjian buruh masih diusahakan antara pegawai Israel dan India, sejumlah 10,000 pekerja dari India akan dibawa masuk secara berperingkat dan bekerja dalam industri pembinaan dan kejururawatan zionis Israel sebagai tanda memperkukuh kerjasama ekonomi dan politik antara dua negara berkenaan.
Jurucakap Kementerian Penduduk dan Imigresen rejim haram berkata, “Kami menjangkakan perjanjian itu akan diluluskan tidak lama lagi, dan tidak lama lagi kami akan dapat menyediakan mekanisme yang diperlukan untuk menggaji buruh mahir.”
Rundingan itu dibuat selepas Menteri Luar rejim, Eli Cohen melawat India awal Mei lalu di mana dia menandatangani perjanjian dengan Menteri Hal Ehwal Luar India, Subrahmanyam Jaishankar untuk membawa masuk kira-kira 42,000 pekerja asing India ke Israel dengan peruntukan 34,000 pekerja untuk sektor pembinaan dan 8,000 untuk sektor penjagaan warga emas.
Dalam pada itu, sebelum perundingan diadakan, pegawai rejim juga dikatakan telah melawat pusat latihan tempat kerja di India dan mereka menyifatkan pekerja India sebagai rajin, berpengalaman dan fasih berbahasa Inggeris.
Mengulas lanjut, pegawai India kini melaksanakan dasar Israel sebagai model untuk mengawal Kashmir, di mana New Delhi didakwa melakukan pengusiran besar-besaran terhadap umat Islam di sana.
Sumber: Samudera
Antarabangsa
AS hantar 15,000 bom, 57,000 peluru meriam kepada rejim penjajah zionis Israel
Sejak 7 Oktober, Amerika Syarikat (AS) menghantar ribuan senjata dan artileri kepada negara sekutunya Israel dalam menentang Hamas.

- Sejak 7 Oktober, Amerika Syarikat (AS) menghantar ribuan senjata dan artileri kepada negara sekutunya Israel dalam menentang Hamas.
- Menurut Wall Street Journal, kemasukan senjata itu termasuk 15,000 bom dan 57,000 peluru meriam, yang dibawa pesawat kargo tentera C-17 sejurus selepas permulaan konflik di Semenanjung Gaza dan berterusan sejak beberapa hari lalu, kata laporan eksklusif itu, memetik sumber pegawai AS.
- Senarai senjata api yang dihantar AS kepada Israel, terdiri daripada lebih 5,400 bom MK84, 5,000 bom MK82 tidak berpandu, 1,000 bom berdiameter kecil GBU-39 dan 3,000 JDAM yang menukar bom tidak berpandu kepada peluru berpandu tepat, katanya.
Gaza: Sejak 7 Oktober, Amerika Syarikat (AS) menghantar ribuan senjata dan artileri kepada negara sekutunya Israel dalam menentang Hamas.
Menurut Wall Street Journal, kemasukan senjata itu termasuk 15,000 bom dan 57,000 peluru meriam, yang dibawa pesawat kargo tentera C-17 sejurus selepas permulaan konflik di Semenanjung Gaza dan berterusan sejak beberapa hari lalu, kata laporan eksklusif itu, memetik sumber pegawai AS.
“AS sebelum ini tidak mendedahkan jumlah senjata dihantar ke Israel mahupun pemindahan 100 BLU-109, 2,000 paun bom bunker-buster,” katanya.
Bom bunker-buster terkenal dengan keupayaannya menembusi jauh ke dalam struktur yang padat sebelum meletup.
Senarai senjata api yang dihantar AS kepada Israel, terdiri daripada lebih 5,400 bom MK84, 5,000 bom MK82 tidak berpandu, 1,000 bom berdiameter kecil GBU-39 dan 3,000 JDAM yang menukar bom tidak berpandu kepada peluru berpandu tepat, katanya.
Tentera Israel meneruskan pengeboman di Semenanjung Gaza awal Jumaat selepas mengisytiharkan penamatan jeda kemanusiaan selama seminggu.
Sekurang-kurangnya 193 rakyat Palestin terbunuh dan 652 cedera dalam serangan udara itu, menurut Kementerian Kesihatan Gaza.
Sejak 7 Oktober, lebih 15,000 rakyat Palestin, kebanyakannya kanak-kanak dan wanita terbunuh dalam serangan kejam Israel, sebagai membalas serangan mengejut Hamas.
Sumber: Harian Metro
-
Terkini3 days ago
Kibar bendera Israel, lelaki dipenjara enam bulan
-
Terkini3 days ago
Terus beku akaun Aman Palestin, SPRM umpama ‘dera’ penduduk Gaza – Tun Mahathir
-
Terkini3 days ago
Peguam bidas Justice For Sisters kecam penubuhan pusat pemulihan LGBT di Johor
-
Antarabangsa4 days ago
PBB siasat, rayu bukti dakwaan keganasan seksual oleh Hamas