Connect with us

Antarabangsa

(VIDEO) Sindiket pengemis guna kod QR

Foto seorang budak lelaki mengemis di ibu negara Filipina menggunakan kod QR tular di media sosial, mendorong sebuah badan kerajaan mengeluarkan amaran kemungkinan sindiket menggunakan kanak-kanak untuk menipu orang ramai, lapor Xinhua.

Wartawan TMT

Published

on

Sindiket pengemis guna kod QR
Foto: Gambar seorang budak lelaki mengemis di ibu negara Filipina menggunakan kod QR.
  • Foto seorang budak lelaki mengemis di ibu negara Filipina menggunakan kod QR tular di media sosial, mendorong sebuah badan kerajaan mengeluarkan amaran kemungkinan sindiket menggunakan kanak-kanak menipu orang ramai.
  • Seorang saksi terserempak dengan kanak-kanak berkenaan berkata pengemis itu mengeluarkan kod QR apabila diberitahu mereka tidak mempunyai syiling.
  • “Ada sindiket di sebalik kegiatan ini. Sindiket mengangkut pengemis ini dalam van, menempatkan mereka di jalanan, dan mengumpulkan mereka pada waktu malam”. – Naib Pengerusi Suruhanjaya Pencegahan Kemiskinan Kebangsaan (NAPC), Reynaldo Tamayo.

MANILA: Foto seorang budak lelaki mengemis di ibu negara Filipina menggunakan kod QR tular di media sosial, mendorong sebuah badan kerajaan mengeluarkan amaran kemungkinan sindiket menggunakan kanak-kanak untuk menipu orang ramai, lapor Xinhua.

Seorang saksi yang terserempak dengan kanak-kanak berkenaan berkata pengemis itu mengeluarkan kod QR apabila diberitahu mereka tidak mempunyai syiling.

“Kami ketawa pada mulanya, jadi kami menyemak sama ada kod QR berfungsi, dan ia terbukti wujud, dinamakan sempena Beverly tertentu,” menurut catatan di Facebooknya.

“Ada sindiket di sebalik kegiatan ini. Sindiket mengangkut pengemis ini dalam van, menempatkan mereka di jalanan, dan mengumpulkan mereka pada waktu malam,” kata Naib Pengerusi Suruhanjaya Pencegahan Kemiskinan Kebangsaan (NAPC) Reynaldo Tamayo kepada televisyen tempatan.

Advertisement

Sementara itu, ibu bapa kepada kanak-kanak yang mengemis di jalanan boleh dikenakan denda dan penjara tidak lebih dua tahun jika terbukti bersalah, katanya.

Pihak Berkuasa Perangkaan Filipina berkata 18.1 peratus daripada hampir 110 juta penduduk Filipina hidup di bawah paras kemiskinan.

Sumber: Astro Awani

Author

Antarabangsa

Lelaki Israel rayu Netanyahu terima, kebumi jasad keluarganya terbunuh di Gaza

Briged al-Qassam menyiarkan video seorang tawanan Israel merayu Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu untuk mengambil jasad isteri dan dua anaknya yang terkorban di Gaza disebabkan pengeboman rejim zionis Israel.

A.R. Khan

Published

on

Foto: Tawanan Israel, Yarden Peepas.
  • Briged al-Qassam menyiarkan video seorang tawanan Israel merayu kepada Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu untuk mengambil jasad isteri dan dua anaknya yang terkorban di Gaza disebabkan pengeboman rejim Israel.
  • Video yang turut disiarkan saluran Telegram Shehab News itu menunjukkan tawanan Israel, Yarden Peepas, bercakap dengan pantas dan sebak menyampaikan mesejnya kepada Netanyahu.
  • “Kamu mengebom dan membunuh isteri serta kedua anak saya, yang merupakan perkara paling penting dalam hidup saya, tolong (ambil) pulang jasad mereka untuk dikebumikan di Tel Aviv,” katanya.
  • Menurut Roya News, Hamas sebelum ini menawarkan untuk menyerah tiga jasad ahli keluarga Yarden itu untuk dibawa keluar dari Gaza.
  • Tetapi kerajaan negara haram Israel menolak untuk menerima tawaran itu dan meneruskan rundingan, demikian kenyataan rasmi Briged al-Qassam.

Briged al-Qassam menyiarkan video seorang tawanan Israel merayu Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu untuk mengambil jasad isteri dan dua anaknya yang terkorban di Gaza disebabkan pengeboman rejim zionis Israel.

Video yang turut disiarkan saluran Telegram Shehab News itu menunjukkan tawanan Israel, Yarden Peepas, bercakap dengan pantas dan sebak menyampaikan mesejnya kepada Netanyahu.

“Kamu mengebom dan membunuh isteri serta kedua anak saya, yang merupakan perkara paling penting dalam hidup saya, tolong (ambil) pulang jasad mereka untuk dikebumikan di Tel Aviv,” katanya.

Menurut Roya News, Hamas sebelum ini menawarkan untuk menyerah tiga jasad ahli keluarga Yarden itu untuk dibawa keluar dari Gaza.

Tetapi kerajaan negara haram Israel menolak untuk menerima tawaran itu dan meneruskan rundingan, demikian kenyataan rasmi Briged al-Qassam.

The Times Of Israel melaporkan kononnya kumpulan pembebasan Palestin, Hamas membuat dakwaan itu yang menurut mereka sebahagian kempen peperangan psikologi. – The Merdeka Times

Sumber: Shehab News, Roya News, The Times Of Israel

Advertisement

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending