Connect with us

Antarabangsa

Semua penempatan rejim Israel di Palestin haram

Presiden Palestin, Mahmoud Abbas pada Isnin menegaskan semua penempatan pendudukan Israel di wilayah Palestin, termasuk Homesh adalah haram.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Presiden Palestin, Mahmoud Abbas.
  • Presiden Palestin, Mahmoud Abbas menegaskan semua penempatan pendudukan Israel di wilayah Palestin, termasuk Homesh adalah haram.
  • Jurucakap rasmi Abbas, Nabil Abu Rudeineh berkata, pencerobohan berterusan pendudukan Israel tidak akan mampu mencapai keselamatan atau keamanan ke atas mana-mana pihak.
  • Beliau mengecam dan menolak keputusan untuk membenarkan peneroka haram pulang ke pos penempatan Homesh dipindahkan pada 2005.
  • “Israel bertindak bertentangan dengan kehendak masyarakat antarabangsa, terutamanya kenyataan pentadbiran Amerika Syarikat (AS) baru-baru ini, mengenai kepulangan peneroka yang tidak boleh diterima ke Homesh,” katanya.

BAITULMAQDIS, 10 Zulkaedah 1444H, Selasa – Presiden Palestin, Mahmoud Abbas pada Isnin menegaskan semua penempatan pendudukan Israel di wilayah Palestin, termasuk Homesh adalah haram.

Jurucakap rasmi Abbas, Nabil Abu Rudeineh dalam satu kenyataan berkata, pencerobohan berterusan pendudukan Israel tidak akan mampu mencapai keselamatan atau keamanan ke atas mana-mana pihak.

Beliau mengecam dan menolak keputusan untuk membenarkan peneroka haram pulang ke pos penempatan Homesh – yang dipindahkan pada 2005.

“Semua resolusi PBB, terutamanya 2334, menyatakan dengan jelas bahawa semua penempatan di wilayah Palestin, termasuk Baitulmaqdis Timur melanggar undang-undang antarabangsa dan mesti dihapuskan.

“Israel bertindak bertentangan dengan kehendak masyarakat antarabangsa, terutamanya kenyataan pentadbiran Amerika Syarikat (AS) baru-baru ini, mengenai kepulangan peneroka yang tidak boleh diterima ke Homesh,” katanya.

Nabil berkata, tindakan berbentuk kecaman tidak lagi mencukupi untuk menghadapi tindakan kerajaan ekstremis sayap kanan Israel.

Sebelum ini, pentadbiran Joe Biden mengecam Israel berhubung perintah yang membenarkan peneroka Yahudi untuk berada secara tetap di sebuah pos di Tebing Barat walaupun Washington sudah memberi amaran perkara itu harus dielakkan.

Advertisement

Khamis lalu, Ketua Komando Pusat Tentera Israel menandatangani perintah yang membenarkan warga Israel memasuki kawasan pos Homesh, sekali gus membuka jalan untuk penempatan rasmi dibina di sana.

Sumber: Ismaweb

Author

Antarabangsa

Lelaki Israel rayu Netanyahu terima, kebumi jasad keluarganya terbunuh di Gaza

Briged al-Qassam menyiarkan video seorang tawanan Israel merayu Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu untuk mengambil jasad isteri dan dua anaknya yang terkorban di Gaza disebabkan pengeboman rejim zionis Israel.

A.R. Khan

Published

on

Foto: Tawanan Israel, Yarden Peepas.
  • Briged al-Qassam menyiarkan video seorang tawanan Israel merayu kepada Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu untuk mengambil jasad isteri dan dua anaknya yang terkorban di Gaza disebabkan pengeboman rejim Israel.
  • Video yang turut disiarkan saluran Telegram Shehab News itu menunjukkan tawanan Israel, Yarden Peepas, bercakap dengan pantas dan sebak menyampaikan mesejnya kepada Netanyahu.
  • “Kamu mengebom dan membunuh isteri serta kedua anak saya, yang merupakan perkara paling penting dalam hidup saya, tolong (ambil) pulang jasad mereka untuk dikebumikan di Tel Aviv,” katanya.
  • Menurut Roya News, Hamas sebelum ini menawarkan untuk menyerah tiga jasad ahli keluarga Yarden itu untuk dibawa keluar dari Gaza.
  • Tetapi kerajaan negara haram Israel menolak untuk menerima tawaran itu dan meneruskan rundingan, demikian kenyataan rasmi Briged al-Qassam.

Briged al-Qassam menyiarkan video seorang tawanan Israel merayu Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu untuk mengambil jasad isteri dan dua anaknya yang terkorban di Gaza disebabkan pengeboman rejim zionis Israel.

Video yang turut disiarkan saluran Telegram Shehab News itu menunjukkan tawanan Israel, Yarden Peepas, bercakap dengan pantas dan sebak menyampaikan mesejnya kepada Netanyahu.

“Kamu mengebom dan membunuh isteri serta kedua anak saya, yang merupakan perkara paling penting dalam hidup saya, tolong (ambil) pulang jasad mereka untuk dikebumikan di Tel Aviv,” katanya.

Menurut Roya News, Hamas sebelum ini menawarkan untuk menyerah tiga jasad ahli keluarga Yarden itu untuk dibawa keluar dari Gaza.

Tetapi kerajaan negara haram Israel menolak untuk menerima tawaran itu dan meneruskan rundingan, demikian kenyataan rasmi Briged al-Qassam.

The Times Of Israel melaporkan kononnya kumpulan pembebasan Palestin, Hamas membuat dakwaan itu yang menurut mereka sebahagian kempen peperangan psikologi. – The Merdeka Times

Sumber: Shehab News, Roya News, The Times Of Israel

Advertisement

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending