Connect with us

Antarabangsa

Lelaki Russia tukar jantina elak berperang di Ukraine

Golongan lelaki di Russia terdesak menukar jantina mereka untuk mengelak kerahan menyertai pasukan tentera Presiden Vladimir Putin di Ukraine, demikian menurut laporan akhbar Daily Star, Jumaat lalu.

Wartawan TMT

Published

on

Lelaki Russia tukar jantina elak berperang di Ukraine
Foto: Presiden Russia, Vladimir Putin.
  • Golongan lelaki di Russia terdesak menukar jantina mereka untuk mengelak kerahan menyertai pasukan tentera Presiden Vladimir Putin di Ukraine, demikian menurut laporan akhbar Daily Star, Jumaat lalu.
  • Menteri Kehakiman Rusia, Konstantin Chuychenko berkata kerajaan mencari ‘langkah ke arah mengekalkan nilai keluarga’ terutamanya di Russia di mana orang ramai boleh menukar jantina dengan hanya mengisi borang tanpa perlu menjalani pembedahan.
  • Moscow akan mengetatkan undang-undang berkaitan jantina untuk menghentikan perbuatan tersebut.

MOSCOW – Golongan lelaki di Russia terdesak menukar jantina mereka untuk mengelak kerahan menyertai pasukan tentera Presiden Vladimir Putin di Ukraine, demikian menurut laporan akhbar Daily Star, Jumaat lalu.

Moscow akan mengetatkan undang-undang berkaitan jantina untuk menghentikan perbuatan tersebut.

Menurut Daily Star, Putin setakat ini kehilangan seramai 770,000 askar dalam pertempuran dengan lebih 570,000 anggota tentera cedera teruk dan tidak dapat kembali berperang.

Perkembangan itu didakwa mendorong lebih ramai lelaki Russia mencari jalan untuk mengelak menyertai perang Ukraine.

Menteri Kehakiman Rusia, Konstantin Chuychenko berkata, kerajaan mencari ‘langkah ke arah mengekalkan nilai keluarga’ terutamanya di Russia di mana orang ramai boleh menukar jantina dengan hanya mengisi borang tanpa perlu menjalani pembedahan.

“Langkah ini akan membolehkan kami menolak perbuatan menukar jantina semata-mata dengan mengisi borang.

“Seseorang yang menukar jantina dalam pasport tanpa perubahan pada fizikal mereka, boleh berkahwin dan mengambil anak angkat. Ini akan mengakibatkan pelbagai komplikasi undang-undang,” katanya. 

Advertisement

Sesi undian peraturan baharu itu akan diadakan minggu depan dan akan disegerakan melalui Parlimen menjelang 15 Mei ini. 

Menurut statistik rasmi, hanya 2,700 lelaki menukar jantina di Russia antara 2018 hingga  2022, bagaimanapun tiada angka baharu dikeluarkan sejak perang Ukraine tercetus.

Sumber: Kosmo

Author

Antarabangsa

Lelaki Muslim separuh buta dipukul, dipaksa sebut ‘Jai Shri Ram’

Polis Karnataka menahan seorang juruteknik perisian dan rakannya kerana didakwa menyerang seorang lelaki Muslim separuh buta berusia 65 tahun dan memaksanya untuk menyebut ‘Jai Shri Ram’ (kemuliaan Tuhan Rama).

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Polis Karnataka menahan seorang juruteknik perisian dan rakannya kerana didakwa menyerang seorang lelaki Muslim separuh buta berusia 65 tahun dan memaksanya untuk menyebut ‘Jai Shri Ram’ (kemuliaan Tuhan Rama).
  • Tertuduh iaitu Sagar Shetty Kalki, 24, dan Narasappa, 25, merupakan penduduk di kejiranan Gangavathi, dipercayai melakukan perkara itu terhadap  Hussensab pada 25 November lalu.
  • Ketika insiden itu, kedua-duanya difahamkan membawa mangsa ke laluan bawah landasan kereta api sebelum menyerang dan merompak mangsa.
  • “Mereka memukul saya dengan botol kaca dan menggunakan serpihannya untuk memotong janggut saya dan memaksa saya menyebut Jai Shri Ram, selain mengugut untuk melakukan perkara lebih teruk jika tidak mematuhi mereka.
  • “Mereka juga cuba membakar janggut saya. Kemudian, mereka memukul saya  sehingga jatuh ke tanah,” kata mangsa, Hussensab.

INDIA – Polis Karnataka menahan seorang juruteknik perisian dan rakannya kerana didakwa menyerang seorang lelaki Muslim separuh buta berusia 65 tahun dan memaksanya untuk menyebut ‘Jai Shri Ram’ (kemuliaan Tuhan Rama).

Tertuduh iaitu Sagar Shetty Kalki, 24, dan Narasappa, 25, merupakan penduduk di kejiranan Gangavathi, dipercayai melakukan perkara itu terhadap  Hussensab pada 25 November lalu.

Ketika insiden itu, kedua-duanya difahamkan membawa mangsa ke laluan bawah landasan kereta api sebelum menyerang dan merompak mangsa.

Superintendan Polis (SP), Yashodha Vantigodi berkata tertuduh yang ketika itu berada dalam keadaan mabuk membenarkan Hussensab menumpang kenderaan mereka ke satu destinasi sebelum lelaki itu bertindak menarik topi Narasappa kerana meminta untuk berhenti.

“Marah dengan itu, tertuduh membawanya ke dekat sebuah laluan bawah landasan kereta api dan menyerangnya,” kata Vantigodi dipetik The Indian Express pada Rabu.

Sementara itu, Hussensab berkata ketika kejadian, dia merayu kepada suspek melepaskannya untuk pulang ke rumah kerana memilik penglihatan yang lemah

“Mereka memukul saya dengan botol kaca dan menggunakan serpihannya untuk memotong janggut saya dan memaksa saya menyebut Jai Shri Ram, selain mengugut untuk melakukan perkara lebih teruk jika tidak mematuhi mereka.

Advertisement

“Mereka juga cuba membakar janggut saya. Kemudian, mereka memukul saya sehingga jatuh ke tanah.

“Seorang pengembala di kawasan itu berteriak ketika mereka cuba memukul saya dengan batu dan bertindak melarikan diri. Dia kemudian membawa dan menelefon anak perempuan saya,” katanya.

Polis Gangavathi mendaftarkan kes itu di bawah Seksyen 394 (perompakan) dan 307 (percubaan membunuh) Kanun Kesalahan India (IPC).

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending