Antarabangsa
Iran hukum mati dua tahanan bakar al-Quran, hina Nabi Muhammad
Iran semalam menghukum mati dua tahanan yang didapati bersalah kerana menghina kitab suci al-Quran dan Nabi Muhammad.
- Iran semalam menghukum mati dua tahanan didapati bersalah kerana menghina kitab suci al-Quran dan Nabi Muhammad.
- Sadrollah Fazeli Zarei dan Youssef Mehrdad menjalani hukuman gantung selepas mengaku salah membakar al-Quran dan menghina Rasullah.
- Seorang daripada pesalah mengaku membuat kesalahan itu menerusi media sosial pada Mac 2021 sebelum ditahan dan dikenakan hukuman.
TEHERAN: Iran semalam menghukum mati dua tahanan yang didapati bersalah kerana menghina kitab suci al-Quran dan Nabi Muhammad.
Sadrollah Fazeli Zarei dan Youssef Mehrdad menjalani hukuman gantung selepas mengaku salah membakar al-Quran dan menghina Rasullah.
Seorang daripada pesalah mengaku membuat kesalahan itu menerusi media sosial pada Mac 2021 sebelum ditahan dan dikenakan hukuman.
Iran dilaporkan melaksanakan hukuman mati lebih banyak banyak berbanding negara lain, kecuali China.
Menurut Amnesty International, negara ini melaksanakan hukuman gantung 75 peratus lebih banyak pada tahun lalu berbanding 2021.
Sekurang-kurangnya 582 orang dihukum mati di Iran pada tahun lalu, iaitu yang tertinggi di negara ini sejak 2015.
Sumber: Utusan Malaysia
Antarabangsa
Israel rekrut pelarian Afrika, janji status penempatan tetap
Israel merekrut pelarian Afrika untuk operasi berisiko tinggi di Gaza sebagai pertukaran untuk status penempatan tetap di negara itu, demikian menurut sumber.
- Israel merekrut pelarian Afrika untuk operasi berisiko tinggi di Gaza sebagai pertukaran untuk status penempatan tetap di negara itu, demikian menurut sumber.
- Pegawai pertahanan memberitahu Haaretz bahawa projek itu dijalankan di bawah bimbingan penasihat undang-undang badan pertahanan dengan cara teratur.
- Terdapat kira-kira 30,000 pencari suaka Afrika di Israel yang berdepan tekanan meningkat daripada ahli politik anti-imigran, termasuk Perdana Menteri Benjamin Netanyahu, yang sering merujuk mereka sebagai “penyusup”.
- Menurut Haaretz, tiada seorang pun pencari suaka yang menyertai usaha perang itu telah diberikan status rasmi setakat ini dan sumber pertahanan menyatakan isu etika berkaitan perekrutan pencari suaka belum ditangani.
- Laporan itu menyebut pencari suaka digunakan dalam pelbagai operasi, memetik sumber ketenteraan.
Israel merekrut pelarian Afrika untuk operasi berisiko tinggi di Gaza sebagai pertukaran untuk status penempatan tetap di negara itu, demikian menurut sumber.
Pegawai pertahanan memberitahu Haaretz bahawa projek itu dijalankan di bawah bimbingan penasihat undang-undang badan pertahanan dengan cara teratur.
Terdapat kira-kira 30,000 pencari suaka Afrika di Israel yang berdepan tekanan meningkat daripada ahli politik anti-imigran, termasuk Perdana Menteri Benjamin Netanyahu, yang sering merujuk mereka sebagai “penyusup”.
Seorang lelaki ditemu bual Haaretz yang akhirnya memilih untuk tidak menyertai tentera menceritakan kisahnya didekati pegawai keselamatan untuk melibatkannya dalam peperangan.
Pegawai itu menjelaskan selepas tempoh latihan dua minggu, dia akan dikerahkan bersama pencari suaka lain.
“Saya bertanya, ‘apa yang saya dapat?’ walaupun sebenarnya saya tidak mencari apa-apa.
“Tetapi kemudian dia memberitahu saya: ‘Jika awak ikut jalan ini, awak boleh menerima dokumen daripada negara Israel.’ Dia meminta saya menghantar salinan fotokopi kad pengenalan saya dan berkata dia akan menguruskan perkara itu,” kata lelaki dikenali sebagai A dipetik Middle East Eye.
Menurut Haaretz, tiada seorang pun pencari suaka yang menyertai usaha perang itu telah diberikan status rasmi setakat ini dan sumber pertahanan menyatakan isu etika berkaitan perekrutan pencari suaka belum ditangani.
Laporan itu menyebut pencari suaka digunakan dalam pelbagai operasi, memetik sumber ketenteraan.
Haaretz juga melaporkan “cara bagaimana tentera Israel mengerahkan pencari suaka dilarang untuk diterbitkan” kerana sekatan yang dikenakan penapisan tentera Israel. – The Merdeka Times
-
Terkini4 days ago
Kes GISBH, bukan di bawah bidang kuasa JAKIM – PKPU
-
Terkini4 days ago
Kajian GISBH sudah dibentang kepada JAKIM, tapi tiada tindakan – Dr Maza
-
Terkini4 days ago
GISB: Anwar arah pihak berkuasa, majlis agama segera siasat, ambil tindakan
-
Antarabangsa4 days ago
The Bibi Files: Netanyahu gagal sekat tayangan dokumentari salah lakunya