Connect with us

Antarabangsa

Wanita saman universiti di AS kerana benarkan lelaki transgender sertai asrama mereka

Tujuh wanita menyaman rumah sorority Kappa Kappa Gamma (KKG) selepas diarahkan untuk menerima seorang lelaki transgender ke dalam rumah khusus untuk penuntut wanita di Universiti Wyoming, Amerika Syarikat (AS) itu.

Ruszaini Ruslan

Published

on

Wanita saman universiti di AS kerana benarkan lelaki transgender sertai asrama mereka
Foto: Artemis Langford.
  • Tujuh wanita memfailkan saman pada 27 Mac lalu terhadap rumah sorority Kappa Kappa Gamma (KKG) di Universiti Wyoming, Amerika Syarikat (AS).
  • Mereka bertindak sedemikian kerana membantah kemasukan seorang lelaki transgender, Artemis Langford, 21, atau nama sebenarnya, Dallin ke dalam sistem asrama khusus wanita itu.
  • Penghuni wanita KKG mendakwa Dallin sering memerhati mereka ketika saat-saat peribadi, seperti ketika menukar pakaian atau di ruang mandi.
  • Dallin juga didakwa terangsang ketika berbuat demikian.
  • Sorority ialah sistem penginapan khusus wanita bagi penuntut kolej yang diamalkan di sebahagian negara Barat seperti AS, bagi penuntut lelaki pula ia dikenali sebagai fraternity.

Tujuh wanita menyaman rumah sorority Kappa Kappa Gamma (KKG) selepas diarahkan untuk menerima seorang lelaki transgender ke dalam rumah khusus untuk penuntut wanita di Universiti Wyoming, Amerika Syarikat (AS) itu.

Memetik laporan Reduxx, Artemis Langford, 21, atau nama sebenarnya, Dallin berjaya menyertai KKG selepas permohonannya pada September lalu berjaya meraih undi mencukupi.

Sebagai ahli KKG, dia dibenarkan untuk menghuni rumah yang menempatkan sehingga 50 penuntut wanita itu dan bakal berpindah masuk tahun ini.

Di rumah itu, dia akan berkongsi bilik mandi umum bersama wanita lain di mana pintu bagi ruang mandi peribadi tidak dilengkapi kunci dan ruang mandi utama pula tidak dilengkapi dengan bilik persalinan peribadi.

Walaupun Dallin tinggal di tempat lain buat masa ini, ahli rumah lain mendakwa dia kerap berada di ruang utama itu memerhati mereka.

Menurut rekod mahkamah, ahli KKG mendakwa Dallin pernah mengintai mereka di ruang peribadi dan zakarnya dilihat menegang.

Dia juga didakwa mempunyai tarikan seksual terhadap wanita berdasarkan bukti di laman Tindernya yang menyebut dia berminat dengan wanita.

Dallin juga pernah dilihat memerhati seorang ahli menukar pakaian sambil memegang zakarnya, yang jelas menunjukkan dia terangsang menyaksikan perkara itu.

“Seorang lelaki dewasa tidak menjadi seorang wanita hanya kerana dia memberitahu orang lain bahawa dia mempunyai ‘identiti jantina’ wanita dan berkelakuan dalam apa yang dia percaya sebagai cara stereotaip wanita,” demikian yang tertulis dalam aduan undang-undang difailkan pada Isnin di Mahkamah Daerah AS untuk Wyoming.

Fraternity Council telah mengkhianati tujuan utama dan misi Kappa Kappa Gamma dengan menggabungkan pengalaman menjadi seorang wanita dengan pengalaman lelaki yang terlibat dalam tingkah laku yang umumnya dikaitkan dengan wanita”.

Tujuh wanita yang enggan dikenali itu terdiri dari ahli semasa dan bekas ahli KKG, meminta mahkamah membatalkan keahlian Dallin dalam KKG.

Mereka memfailkan saman pada 27 Mac lalu terhadap sorority itu dan presiden majlisnya, Mary Pat Rooney.

Dalam dokumen undang-undang, Dallin dirujuk dengan nama samaran “Terry Smith” dan dipanggil dengan kata ganti nama lelaki untuk memanggilnya.

Sorority ialah sistem penginapan khusus wanita bagi penuntut kolej yang diamalkan di sebahagian negara Barat seperti AS.

Sistem yang berasal dari Yunani itu menempatkan ahli-ahli yang terpilih di dalam sebuah rumah di kawasan kampus.

Selain menerima penjagaan lebih rapi berbanding penuntut lain yang menghuni asrama biasa, sistem itu juga bertujuan memupuk semangat persaudaraan sesama ahlinya.

Sistem ini juga wujud untuk penuntut lelaki, yang dikenali sebagai fraternity.

Sumber: Reduxx

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Penyanyi pro-zionis, Bruno Mars bakal adakan konsert di Malaysia

Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars, bakal kembali mengadakan konsert solonya di Kuala Lumpur pada 17 September ini.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars.
  • Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars, bakal kembali mengadakan konsert solonya di Kuala Lumpur pada 17 September ini.
  • Times Israel sebelum ini melaporkan bintang pop itu menyatakan cintanya kepada Tel Aviv dalam persembahan pertama kalinya di Israel dengan menyanyikan ‘I love you’ dalam bahasa Ibrani.
  • “Tel Aviv, saya mahu berkahwin dengan kamu!”, jerit Bruno Mars dan disahut peminat zionisnya.
  • Dilaporkan, Bruno Mars menerima tekanan hebat agar membatalkan konsertnya di wilayah jajahan haram tersebut.
  • Antara organisasi yang menggesa pembatalan konsert tersebut adalah pergerakan Boycott Divestment and Sanctions (BDS), termasuk kumpulan advokasinya Jewish Voice for Peace (JVP).

KUALA LUMPUR – Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars, bakal kembali mengadakan konsert solonya di Kuala Lumpur pada 17 September ini.

Berita itu dikongsi penganjur, Live Nation Malaysia, menerusi platform media sosial memaklumkan jualan tiket untuk konsert di Stadium Nasional Bukit Jalil itu akan dibuka pada Jumaat hadapan.

“Bruno Mars akan datang ke Kuala Lumpur September ini.

“Tidak sabar mahu berkongsi pengalaman persembahan lagu 24K Magic secara langsung,” tulis mereka menerusi platform X.

Times Israel sebelum ini melaporkan bintang pop itu menyatakan cintanya kepada Tel Aviv dalam persembahan pertama kalinya di Israel dengan menyanyikan ‘I love you’ dalam bahasa Ibrani.

“Tel Aviv, saya mahu berkahwin dengan kamu!”, jerit Bruno Mars dan disambut peminat zionisnya.

Dilaporkan, Bruno Mars menerima tekanan hebat agar membatalkan konsertnya di wilayah jajahan haram tersebut.

Antara organisasi yang menggesa pembatalan konsert tersebut adalah pergerakan Boycott Divestment and Sanctions (BDS), termasuk kumpulan advokasinya Jewish Voice for Peace (JVP).

Pemilik Bluestone Group’s Live Nation Israel, Guy Beser dan Shay Mor Yosef bagaimanapun berjaya membawa bintang itu ke Israel Oktober lalu.

JVP, sebuah organisasi progresif anti-zionis dalam surat terbukanya menyeru Bruno membatalkan konsertnya di negara aparteid tersebut sehingga rakyat Palestin mempunyai kesaksamaan, kebebasan dan keadilan sepenuhnya di tanah asal mereka.

“Kami amat bimbang dengan pengumuman mengenai persembahan anda yang akan datang di Tel Aviv, Israel di Yarkon Park, yang dibina di atas tanah perkampungan Palestin Al-Shaykh Muwannis yang berdepan pembersihan etnik oleh zionis.

“Kami menggesa anda membatalkan persembahan di Israel yang mengamalkan aparteid, sama seperti yang dilakukan semua artis yang beretika di Afrika Selatan semasa aparteid,” tegas JVP.

Bapa Bruno dikatakan berketurunan Yahudi manakala ibunya dari Filipina dan nenek moyangnya pula berketurunan Yahudi Hungary dan Ukraine. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending