Terkini
Anggota polis terlibat dakwaan peras ugut pelancong China dipanggil untuk siasatan – Pemangku Ketua Polis KL
Polis membuka satu kertas siasatan berhubung penularan video di media sosial yang mendakwa seorang anggota polis memeras ugut individu di Bulatan Dato Onn di ibu negara.

- Pemangku Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Yahya Othman berkata, Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi telah mengenal pasti anggota polis dan individu yang terlibat dan mereka akan dipanggil untuk diambil keterangan.
- Kes itu disiasat di bawah Seksyen 384 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 di mana kertas siasatan akan dilengkapkan dan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya bagi arahan lanjut.
- “Siasatan awal yang dijalankan mendapati individu di dalam video tular tersebut mendakwa telah diperas ugut oleh anggota polis tersebut kerana tidak membawa dokumen pengenalan diri,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.
- Terdahulu, tular video seorang wanita warga China mendakwa ditahan anggota polis kerana tidak membawa pasport ketika menaiki sebuah teksi di Malaysia, namun dilepaskan selepas membayar RM200 kepada anggota polis itu.
KUALA LUMPUR — Polis membuka satu kertas siasatan berhubung penularan video di media sosial yang mendakwa seorang anggota polis memeras ugut individu di Bulatan Dato Onn di ibu negara.
Pemangku Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Yahya Othman berkata, Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi telah mengenal pasti anggota polis dan individu yang terlibat dan mereka akan dipanggil untuk diambil keterangan.
Kes itu disiasat di bawah Seksyen 384 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 di mana kertas siasatan akan dilengkapkan dan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya bagi arahan lanjut.
“Siasatan awal yang dijalankan mendapati individu di dalam video tular tersebut mendakwa telah diperas ugut oleh anggota polis tersebut kerana tidak membawa dokumen pengenalan diri,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.
Katanya, orang ramai dinasihatkan tidak mudah percaya dengan penyebaran maklumat di media sosial tanpa sumber sahih dan individu yang mempunyai maklumat mengenai kejadian berkenaan boleh menghubungi IPD Dang Wangi di talian 03-2600 2222 atau Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau mana-mana balai polis berhampiran.
Terdahulu, tular video seorang wanita warga China mendakwa ditahan anggota polis kerana tidak membawa pasport ketika menaiki sebuah teksi di Malaysia, namun dilepaskan selepas membayar RM200 kepada anggota polis itu.
Individu itu juga berkata, menurut sahabat warganegara Malaysia yang bersamanya semasa kejadian, pihak polis kebiasaannya akan membawa individu ditahan ke mesin juruwang automatik (ATM) berdekatan untuk mengeluarkan wang jika tiada wang tunai ketika itu.
Namun, tiada sebarang bukti mengesahkan segala dakwaannya itu.— The Merdeka Times
Sumber: Facebook Polis KL
Terkini
Belanda sekat visa peneroka pelampau Israel
Selepas Amerika Syarikat (AS) mengenakan sekatan visa ke atas peneroka pelampau Israel, Belanda juga akan melarang kelompok ekstremis zionis dari memasuki negara itu.

- Selepas Amerika Syarikat (AS) mengenakan sekatan visa ke atas peneroka pelampau Israel, Belanda juga akan melarang kelompok ekstremis zionis dari memasuki negara itu.
- Perkara itu diumumkan Perdana Menteri Belanda, Alexander De Croo pada Rabu ke atas peneroka pelampau Israel di Tebing Barat.
- Dalam ucapannya di Persidangan Antarabangsa 75 tahun Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat di Universiti Ghent, De Croo menekankan komitmennya untuk melindungi orang awam dari keganasan di Timur Tengah.
- “Peneroka ekstremis di Tebing Barat akan dilarang memasuki Belanda. Kami akan bekerjasama dengan AS mengenai sekatan menyasarkan individu terlibat dalam tindakan menjejaskan keamanan, keselamatan dan kestabilan di Tebing Barat,” kata De Croo dipetik Brussels Times.
- Kenyataan itu dibuat selepas Setiausaha Negara AS, Antony Blinken mengumumkan langkah sekatan visa semalam.
Selepas Amerika Syarikat (AS) mengenakan sekatan visa ke atas peneroka pelampau Israel, Belanda juga akan melarang kelompok ekstremis zionis dari memasuki negara itu.
Perkara itu diumumkan Perdana Menteri Belanda, Alexander De Croo pada Rabu ke atas peneroka pelampau Israel di Tebing Barat.
Dalam ucapannya di Persidangan Antarabangsa 75 tahun Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat di Universiti Ghent, De Croo menekankan komitmennya untuk melindungi orang awam dari keganasan di Timur Tengah.
Kenyataan itu dibuat selepas Setiausaha Negara AS, Antony Blinken mengumumkan langkah sekatan visa semalam.
“Peneroka ekstremis di Tebing Barat akan dilarang memasuki Belanda. Kami akan bekerjasama dengan AS mengenai sekatan menyasarkan individu terlibat dalam tindakan menjejaskan keamanan, keselamatan dan kestabilan di Tebing Barat.
“Kami akan bekerjasama dengan AS berkaitan sekatan ini dan akan mendorong Kesatuan Eropah (EU) untuk mengikutinya,” kata De Croo dipetik Brussels Times.
Sejak serangan dilancarkan pejuang Hamas pada 7 Oktober lalu, keganasan semakin meningkat di Tebing Barat dengan sekurang-kurangnya 258 warga Palestin terbunuh, menurut statistik Pihak Berkuasa Palestin.
Majoritinya terbunuh dalam pertembungan dengan tentera zionis dengan majoriti orang awam menjadi mangsa keganasan tanpa provokasi peneroka pelampau Israel.
Ia juga disebabkan kerajaan sayap kanan Israel yang terdiri daripada peneroka ultranasionalis, mengisyaratkan sokongan terhadap tindakan kumpulan peneroka haram Israel.
Setakat ini, lebih 17,150 warga Palestin, termasuk lebih 7,000 kanak-kanak, terbunuh dalam tempoh lebih lapan minggu serangan rejim zionis Israel ke atas Gaza, manakala 1,200 orang terkorban di Israel. – The Merdeka Times
-
Terkini4 days ago
Kredit e-Madani dilarang pindah atau tebus tunai, akaun boleh disekat
-
Terkini3 days ago
(VIDEO) Tular rakyat Malaysia gesa Kedutaan Israel dibuka di negara ini
-
Antarabangsa2 days ago
Israel akui sukar tewaskan Hamas
-
Antarabangsa3 days ago
(VIDEO) Tentera rejim zionis rogol kanak-kanak lelaki Palestin di Penjara Israel – Bekas pegawai kanan AS